Monday, December 6, 2010

Kenangan Kem Hafazan di Pusat Tahfiz Ar-Redha Dungun, T'ganu


Setelah menghabiskan masa di Kelantan, kini sy beralih angin pula ke dungun, t’ganu utk kem hafzn sempena cuti sekolah di pusat tahfiz ar-redha. Dgn beg yg sedikit pertambahan beratnya dan penat bercuti di Kelantan masih bersisa, terasa ingin balik ke Melaka sahaja. Tapi apa boleh buat, taklifat... yg diberikan mesti ditunaikan terlebih dahulu.


Alhamdulillah....akhirnya, sy selamat smpi di dungun, t’ganu. Rasa macam tak percaya pula apabila berseorangan diri sekali lagi di negeri org. Kali pertama, sy ke perak utk program kem menuju puncak di lenggong, empat tahun yg lalu (kalau tidak silap). Pengalaman yg tidak dpt dilupakan...

Sebaik shj sampai, meeting (final touch) dimulakan sbg gambaran sebenar perjalanan kem tersebut. Shbt sy yg turut serta dlm kem ini ialah jawahir, sarahayati, hafizah dan fauziah hanum. Tamat shj meeting, kami bersolat asar.

Kami bercadang utk pergi menikmati keindahan pantai yg hanya mengambil 2 minit shj utk smpi jika berjalan kaki. Mmg seronok bila menghayati keindahan alam. Deruan ombak yg sudah cukup utk menilai kekuasaan Allah dan angin yg bertiup sepoi2 bhs membuatkan kami tidak mahu berangkat utk pulang.




Kak siti pula yg akan melangsungkan perkahwinannya pada 5 dis ini sempat membawa kami bersiar2 di sekitar dungun dgn menaiki kereta alza sebelum maghrib tiba. Kami sempat membeli keropok lekor utk juadah mkn mlm kami.

Pd malam hari pula, kami membuat persiapan utk menyambut adik2 yg akan melapor diri pd keesokan hari. Tapi pada malam hari pula, sy rasa tidak sedap badan dan akhirnya rebah di katil. Seram sejuk jadinya. selesema yg semakin menjadi2 adalah symptom2 demam rupanya...


program belum mula apa2 lagi, demam sudah dtg. Sy mula takut utk mengambil mana2 ubatan terutamanya paracetamol atau panadol dll apabila ja dan sa yg mengambil bidang perubatan dan farmasi menjelaskan akibat apabila terlalu byk mengambil bhn tersebut.

Keesokannya ialah hari pendaftaran adik2 (muslimat shj). Sy bertugas di bhgn meja pendaftaran bersama2 hafizah. agak panik seketika apabila terlalu ramai yg dtg utk mendaftar. Peserta yg paling muda ialah 8 tahun manakala perserta paling tua ialah 16 tahun.

Kami agak teruja melihat gelagat seorang budak perempuan yg berusia 8 tahun yg beria benar ingin mendaftar tetapi dilarang oleh ibunya kerana anaknya masih belum boleh berdikari lagi. Emaknya tidak tahu mengenai kem tersebut. Kebetulan emaknya dtg utk menghadiri kuliah jumaat yg diadakan di situ.

Sedar2, anaknya dtg kpdnya dgn membawa fail yg kami letak di atas meja pendaftaran. Emaknya berbelah bhg utk melepaskan anaknya utk bermalam di sini. Akhirnya, emaknya terpaksa membatalkan hasrat utk anaknya mengikuti kem hafazan. Kagum betul sy lihat keinginan budak tersebut. Adik2 sy pun tidak sepertinya.

Berdebar2 rasanya nk conduct adik2 ni. Sy mmg tidak membuat apa2 persiapan mental utk menghadiri kem ni. Mengharapkan ilmu di dada shj. Memang payah jika tiada persiapan mental tp Alhamdulillah dgn bantuan shbt2 yg terlibat, kami sering membuat discussion dan post mortem pd setiap hari.

Kdg2 geli hati melihat prangai adik2 ni. Hr pertama hingga lah hari keempat lebih kurang, ada shj yg menangis mengadu hendak balik ke rumah. Kami fasi2 sekalian penat nk memujuk mereka. Kalau bab memujuk budak perempuan, sy mmg surrender awl2 cz sy xde adik perempuan yg seumur dgn mereka. Nasib baik la ada shbt sy yg pandai memujuk.

merajuk sampai menyorok kt dlm loker x nk makan

Ape yg sy dpt simpulkan di sini, system pembelajaran dlm program ni ala2 sistem pondok. Mana tidaknya, budak kecil seawal umur 8 tahun sudah didik utk bangun qiamulail setiap hari. Xpe dik, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya rasa jeles dgn adik2 yg dtg kem ni cz semasa kecil sy tidak didedahkan seperti ini. Mula menghafal quran pun bila umur dh 18 tahun. Otak pun dh berkarat.


Aktiviti yg dijalankan seolah2 mengajar kita hidup berdikari. Berikut adalah aktiviti harian mereka sepanjang seminggu berada di kem ini:

4.30 pg: bgn dan mandi

5.00 pg: qiamulail dan solat subuh

6.15 pg: perjumpaan pagi

6.30 pg: kelas hafazan 1

7.30 pg: tugasan harian dan solat sunat dhuha

8.00 pg: sarapan

8.30 pg: kelas hafazan 2

10.30 pg: minum pagi

11.00 pg: kelas tajwid

12.00 tghri: qailullah

1.00 ptg: solat zohor

2.00 ptg: kelas hafazan 3

4.00 ptg: solat asar

4.30 ptg: minum ptg

4.45 ptg: kelas tauhid/fardhu ain

5.45 ptg: LDK (kebiasaannya kami beri mereka peluang utk berehat dan khidmat diri)

6.30 ptg: makan malam

7.00 mlm: solat maghrib dan solat isyak serta pengisian

9.00 mlm: kelas hafazan 4

10.30 mlm: minum malam dan bacaan al-mulk

11.00 mlm: tidur







Tugas kami sbg fasi mmg sgt berat. Bukan sbg fasi shj malah sbg guru tasmi’. Baru sy sedar bukan senang nk jadi guru tasmi’ ni. Nk kena jaga hafalan mereka. Mereka ni menghafal bukan macam kita hafal. Kita boleh fikir sendiri dgn kreatif cmne nk hafal dgn betul. Bagi mereka, kita sbg guru mesti tunjuk kpd mereka satu persatu cmne nk mengingat al-quran spy tidak lupa. Secara tidak langsung, sy dpt memikirkan cara utk sy sendiri mengulang al-quran dgn betul.

time ni anak murid sy ajar sy cara yg betul camne nk bukak sampul ketupat palas. byk makanan yg sy x pernah jumpa sebelum ni sy dh rasa kt t'ganu ni. contohnya, pulut cawan. hehe, x tau sedap ke x... no comment la..
 Alhamdulillah... ank2 murid sy mmg bagus2 belaka. Sy sgt kagum dgn mereka. Kumpulan hafazan 5 sentiasa di hati ustazah. Zulaikha, udaimatunnur, adrina, najihah, ariani, zaharah... Ustazah rindu kalian semua...!


Selain itu, kami sentiasa mengawasi segala aktiviti mereka. Setiap kali makan, mandi dan sebagainya. Penat juga sebenarnya jd fasi tp itu semua pengalaman. Pengalaman mmg byk mengajar sy. Utk kelas tajwid juga kami juga yg mengendalikan. Risau juga kalau apa yg kita ajar ilmu yg salah dan tidak difahami oleh adik2 ni. Sebelum kelas tajwid tu, kami akan membuat perbincangan sebentar.

muka garang masa kelas tajwid.
Pada mlm hari sebelum hari terakhir diadakan ujian hafazan. Semua guru tasmi’ terlibat dlm ujian ni. Sy akan mentasmi’ ank2 murid sarah. Ada yg x dpt menjawab soalan dan ada yg dpt menjawab soalan dgn baik tp tajwid hancur.

Sarah sgt risau takut2 sy ni sgt syadid dlm pembhgian markah. Sy dpt report dr sarah yg ada salah seorang ank muridnya menangis tidak mendapat jwb soalan sy. That’s it! Sy mmg syadid... tp sebenarnya, sebelum ujian tu, sy sgt berdebar seolah2 sy pula yg ingin menjawab soalan. Salah satu sebabnya ialah sy takut jika tersilap bagi markah. Alhamdulillah... sarah berpuas hati dgn markah anak muridnya...

cmne ngn keputusan ujian, nadiatul? puas hati x?

Selepas ujian, kami adakan LDK terakhir utk memilih siapakah peserta terbaik. Ada kumpulan yg best dan sebaliknya tp tiada hadiah utk kumpulan tersebut, hanya utk peserta terbaik shj.

air beracun


tirai ukhwwah

Selepas LDK, kami fasi2 sekalian sgt2 sibuk mengemas bilik utk check out kerana fasi muslimin akan check in ke bilik yg kami tinggal. Sy pula sibuk dgn video yg masih byk lagi tidak disiapkan. Mmg malam tu sy berniat utk tidak tidur tp disebabkan laptop semakin menjadi2 masalahnya, akhirnya, sy pun tertidur di hdpn lptop.

Keesokan paginya, adik2 minta pergi ke pantai. Memang kami fasi2 sendiri hendak sgt utk ke pantai bersama adik2 tp cuaca tidak mengizinkan. Pg tu pula hujan. Kami terpaksa membatalkan hasrat utk ke pantai tp adik2 ni nk sgt2 g pantai. Kami tidak sampai hati melihat adik2 merayu utk ke pantai. Akhirnya, kami terpaksa akur dgn permintaan adik2.






Sedih sgt2 bila tidak dpt tayangkan video tersebut semasa majlis penutup. Insya allah, sy akan cuba utk menyiapkannya dan akan diupload ke dlm facebook utk tatapan adik2. byk lg gambar2 yg sy simpan tp x dpt nk upload sume kt cni.

kenangan dari pusat tahfiz ar-redha. terima kasih utk segalanya. layanan yg cukup baik! terima kasih juga kpd penceramah jemputan yg tidak diundang, ustazah baiti solehah.hehe. nasib baik la awak ada utk membantu kami.

Sy rasa puas sebaik shj tamatnya program ni cz cuti sy yg hampir sebulan ni tidak sia2 camtu shj. Tp apakan daya selepas shj majlis penutup kem ni, kami terpaksa menyambung tugas di meja pendaftaran utk peserta banin pula.

Sy akan bertolak pulang ke Melaka pd sebelah malam. Tidak sempat utk membeli belah di t’ganu utk org2 di Melaka. Alhamdulillah...sy selamat sampai di Melaka tepat jam 5 pagi. Pengalaman pertama naik bas sampai ke destinasi sebelum subuh.

*****

Sebaik shj sampai di Melaka sentral, sy menelefon emak sy. Pagi tu, kereta yg dipandu emak sy nyaris kemalangan dgn sebuah ambulans. Nasib baik emak sy sempat menekan brek. Mmg mak sy pandu sgt laju menyebabkan kami tidak perasan bunyi ambulans pagi tu tambahan pula kereta di atas jln pd waktu begini mmg sgt lengang.

Jika satu saat shj emak sy tidak menekan brek, mmg kami dh berada di hospital. Sy yg sdg melayan mimpi di dlm kereta terjaga dan tiada perasaan terkejut pun masa tu. Masa tu sy yakin yg kami akan selamat apabila melihat ambulans menghampiri kereta kami. Sy tak tahu di mana dtgnya keyakinan tu. Allahu akbar!

Alhamdulillah... semuanya selamat. Ya Allah.... jauhkan kami dari segala musibah.

Sunday, December 5, 2010

KELANTAN MENGGAMIT KEMBALI...


setelah 2 minggu tidak dpt online kerana terlalu asyik dgn percutian di pantai timur,akhirnya dapat juga sy berpeluang utk menekan papan kekunci yg selalu menjadi rebutan adik2 sy.pelik sungguh,sdg pantai timur dilanda salji m'sia, sy pula sibuk ingin bercuti ke sana.

seperti yg sy sebutkn dlm n3 sebelum ini,mmg dh lama nk bercuti di sini ttpi byk halangan. tambahan pula, kelantan merupakn transit utk sy ke t'ganu pd 25 nov ini. inilah kali pertama sy menjejakkan kaki ke sini bersama rakan. kali terakhir sy ke sini semasa sy di sekolah rendah.mmg x igt ape2 ttg kelantan mse tu.

sy dan syimah bermalam di rumah sahabat kami, salihah di pasir puteh. perjalanan kami ke sana dengan kereta yg dipandu oleh adik syimah mengambil masa selama 10 jam. kami bertolak dr segamat agak lambat dan had laju terpaksa dinaikan utk mengejar masa sehinggakan salah seorg kami yg tertidur mengigau seolah2 kereta kami menghentam kereta di hdpn. adegan yg sungguh melucukan. padahal jarak kereta kami masih jauh dgn kereta di hdpn.

apa yg menarik perhatian sy sepanjang perjalanan ialah papan tanda-papan tanda di sepanjang perjalanan semuanya ditulis dlm dua tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi. bukan hj papan tanda malah papan iklan juga dituli dlm tulisan jawi. inilah kelainan yg sgt sy kagumi di negeri pantai timur ini. sy tidak pernah lg membaca tulisan jawi di sign board tepi jalan. kita lebih mengagungkan tulisan2 yg diimpot dr barat drpd tulisan asal kita sehinggakan ank2 kecil menjadi buta jawi. tidak hairanlah ada di antara kita yg susah utk membaca jawi apatah lagi utk mengaji al-quran. pelajaran jawi pula sudah dijadikan sebagai subjek sampingan shj.




kami tiba di pasir puteh pd pukul 10.30 mlm. sebaik shj smpi di rumah salihah, kami terus berehat kerana sepanjang perjalanan kami tidak dpt tidur.

keesoknnya, selepas membeli sarapan salihah mengajak kami ke pantai tok bali. kami menikmati sarapan di tepi pantai. mmg seronok. angin yg tiup sepoi2 bhs, hari yg tidak panas dan tidak pula sejuk menyebabkan kami enggan pulang.  kononnya mahu bermain di tepi2 shj tp alang2 dh basah, baik mandi terus.



sy pula letih melihat mereka bermain di gigi pantai. tambahan pula, selesema yg tidak sembuh2 semakin menjadi2 membuat sy letih dan kurang stamina. mood utk mandi pantai hilang dan sy tidaklah teruja utk bermandi di pantai. hanya sekadar menikmati keindahan ciptaan Allah sudah cukup utk sy menghilangkan stres.

kami lihat byk rumah yg didirikan di tepi pantai tok bali. kelihatan seorang pak cik bersama sebuah sampan yg tersadai di tepi pantai. kami manghampiri pak cik tersebut dan sempat berbual bersamanya. di raut wajahnya terpancar keikhlasan. kerjanya ke laut tidak mematahkan semangatnya utk mencari rezeki yg halal utk menyara keluarga. bukan senang utk ke laut yg sentiasa berhadapan dgn risiko. saya sempat meneka umurnya dlm lingkungan 60 an. ya, mmg tepat jangkaan sy.






sebaik shj sampai di rumah, kami keletihan dan tertidur sehingga terlajak utk meneruskan rancangan kami ke rumah syakila iaitu roomate saya. mmg semasa di pantai tok bali kami merancang utk ke rumahnya. kata syakila, hari ni (21 nov) ade kenduri di rumah makciknya. rupa2nya, kenduri kahwin sepupunya. walaupun terlambat, kami kuatkan utk pergi sbb kami sudah berjanji utk dtg ke rmhnya. seronok tgk gelagat fmily syakila yg sgt besar. riuh rendah jadinya apabila semua org di dlm rumah tidak sabar2 utk menonton perlawanan antara dato' lee chong dan lin dan. mmg sgt seronok dan kelakar. syg tiada gambar diambil waktu ni.

keesokannya pula, kami bercdg utk ke expo cheng ho. dari rumah lg ayah sy dh berpesan utk pergi ke expo cheng ho. sy pn tidak tahu apa yg ada di sana sehinggakan ayah saya beria benar meyuruh sy ke sana. sebaik shj smpi di sana, org ramai berpusu2 masuk ke dalam dewan pameran. sy pun naik pening kerana terlalu byk sgt dewan pameran. ini menunjukkan populasi org cina di kelantan mmg ramai.







yg melucukan di sini ialah apabila kami tidak dpt membezakan antara org cina m'sia dan org cina China. yg selalu terkena ialah sy.

"How much?" tanya saya kepada penjual kain.
"lapan puluh." jawab penjual itu.
"alamak, die boleh ckp melayu ler.." dlm hati sy menjawab.

sebenarnya, sj je sy nk tnya sbb nk dgr org cina kelantan speaking kelantanese. lgpun, sy tidak berniat utk membeli satu brg pun utk dibawa balik ke melaka. mana tidaknya, ongkosnya tak cukup sbb lps ni sy akan ke t'ganu pula. sy rasa macam lawak pulak apabila mendengar org cina ckp kelantan.

expo cheng ho ni mmg sgt besar. mmg sgt penat dan meletihkan. rasa macam nk tercabut kaki sy dibuatnya. kemudian, kami mengambil kesempatan utk menyaksikan pertunjukkan kung fu oleh shau lin (betol ke spelling?) dan pertunjukkan berjalan atas tali di dlm stadium sultan muhammed. bayaran masuk adalah sebanyak RM10. apabila mendengar dikenakan byrn, sy terus membatalkan niat utk melihat pertunjukkan tersebut ttpi apabila syimah dan salihah pula besetuju utk menyaksikannya, sy pun ikut aja la. bila lagi nk tgk klu bukan skrg.



apa yg tidak disangka, kami sempat berjumpa dgn farhan, roomate dan classmate sy di sini. dlm keadaan tercari2 kerana masalah talian celcom yg tidak dapat berhubung melalui panggilan, akhirnya kami berjumpa dgn farhan di salah sebuah booth di sini.

sedar tidak sedar, kami rupanya seharian berada di expo cheng ho. sepanjang hari sy berada di bandar KB, sejuk mata memandang apabila muslimat di sini bertudung labuh kebanyakkannya. inilah dikatakan bandaraya Islam. nk nampak org yg tidak bertudung sgt susah. ptg tu, kami tidak tahu nk balik ke pasir puteh dgn menaiki apa. akhirnya, kami terpaksa mengejar sebuah teksi ni. alhamdulillah...kami selamat sampai ke rumah walaupun lambat.

keesokannya, kami ingin melawat ke bandar KB utk membeli brg2 utk dibawa pulang tp kami terpaksa menundakan rancangan kami ke hari esoknya. kami pergi ke pasar Siti Khadijah utk membeli-belah. Salihah sempat membeli buah tgn utk sy bawa pulang ke rumah. destinasi terakhir kami ketika berada di kelantan ialah Radix Fried Chicken (RFC) utk makan tengahari di sini. mmg kami nk sgt2 utk menjamu selera di sini. tercapai juga hasrat kami.

kami terpaksa balik ke pasir puteh awal kerana syimah akan bertolak ke segamat pd mlm ni manakala sy akan betolak ke dungun t'ganu pd esk pg. percutian yg mengasyikkan walaupun sy kekurangan stamina sepanjang berada di kelantan.

plan kami berakhir di sini.... :)

nxt n3, sy akan ke t'ganu pula. selamat tinggal kelantan!