Monday, December 26, 2011

Masalah kami, masalah anda atau anda bermasalah?

Tiba-tiba datang satu semangat untuk menaip sesuatu untuk tatapan pembaca sekalian walaupu saya tidak punyai ramai pembaca tetap. Jari jemari saya pantas menekan papan kekunci walaupun di saat ini ada satu tugasan yang perlu disiapkan untuk dihantar pada esok hari.

Tidak mengapalah.... as long as it benefit to others and doesn't need much time, i'll continue writing.

Setelah beberapa minggu asyik melayan perasaan dan masalah sendiri, diri menjadi tidak tentu hala, bak kata kawan saya “jiwa kacau”, tambahan dengan tugasan yang semakin menebal dan kurangnya pengisian rohani sejak akhir-akhir ini, menyebabkan saya tertumpu kepada akademik semata-mata.

Sehinggakan saya rasa keinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi mula menyelubungi diri. Nak jadi academician la kononnya. 

Lebih-lebih lagi, Student Science Society (SCIENCESSS) telah mengadakan Career Navigator Programme yang mana banyak mendedahkan pengetahuan tentang world of working and our future world.

Pendek kata, saya sudah jatuh hati untuk melanjutkan pelajaran sebaik sahaja tamat ijazah. Oleh kerana banyak kemungkinan untuk tidak menyambung pelajaran selepas ijazah, saya masih mempertimbangkan semula hasrat tersebut.

Tidak perlulah untuk saya menceritakan kenapa dan biarlah ia menjadi rahsia...

Insya Allah, ada rezeki di kemudian hari cuma kita tidak mengetahuinya.

Teringat kata-kata lecturer saya, ada dua benda di dunia ini yang tidak usah kita risaukan iaitu rezeki dan jodoh.

Allah telah tentukan segalanya untuk kita dan setiap daripada hambanya ada rezeki mereka masing-masing. Mungkin esok, mungkin hari ini, mungkin 3 tahun akan datang, mungkin 30 tahun akan datang, mungkin kita akan dapat di syurga dan ia adalah rahsia Allah.

Akhir-akhir  ini, saya seolah-olah berasa menyesal atas jalan yang saya pilih selama ini tetapi Alhamdulillah... Allah telah buka pintu hati saya bahawa apa yang saya lakukan ini adalah betul dan menepati prinsip hidup saya.

Kita sering membaca ayat ini setiap kali berdoa, “rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar” tetapi sungguh jarang sekali untuk melihat prinsip ini dipraktikkan dalam diri seseorang yang membacanya.

Ada kata-kata dari seorang sahabat saya, “kita sering sibuk dengan masalah diri kita sendiri sehingga diri menjadi tidak terurus tapi kita lupa untuk sibuk dengan masalah umat yang mana ia lebih berat”.

Sahabat-sahabat sekalian, bagaimana kita hendak mengahadapi masalah umat sedang masalah diri kita sendiri tidak dapat diselesaikan?

Anda hidup di atas dunia ini bukan seorang tapi berbillion-billion manusia yang tinggal bersama anda. Tidak mungkin anda tidak menghadapi masalah dengan spesies yang bernama manusia.

Fikir-fikirkanlah...