Friday, April 6, 2012

PSIKOLOGI ORANG BERJAYA



"Psikolgi Orang Berjaya" sebuah buku yang tertarik untuk dibaca tetapi saya hanya sempat membeleknya sahaja. saya hanya dapat mengungkapkan tidak sampai 1% daripada kandungannya. Apa yang saya tertarik ialah:

tahap IQ seseorang tiada kaitan langsung dengan kejayaan individu

kajian yang dijalankan ke atas para peguam, jurutera, dan pakar kimia menghasilkan jumpaan yang mendapati bagi tiap-tiap bidang itu, IQ individu-individu itu ialah di antara 100-150. Didapati juga, dalam bidang-bidang itu korelasi antara IQ dengan kejayaan individu ialah sifar.

Jadi, tidak semestinya orang yang berjaya mempunyai IQ yang tinggi. Sebagai contoh, seorang doktor yang dikatakan hebat dari segi IQ, kemungkinan mempunyai IQ yang rendah.

Setiap orang mempuyai potensi untuk berjaya walaupun mereka gagal dalam SPM, walaupun pekerja yang bekerja sebagai pencuci tandas, majlis bandaraya dan sebagainya.

"Innallaha yughaiyyiruma biqaumin hatta yughaiyyiruma bianfusihim"

bila seseorang itu memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, terus sahaja memohon untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan, farmasi, pergigian....

Jarang sekali orang ingin memohon untuk bidang usulluddin, syariah, bahasa arab dan sebagainya. Sepatutnya, bidang inilah yang perlu diisi oleh mereka yang mempunyai keputusan SPM yang sangat cemerlang!

setakat ini, baru seorang yang saya jumpai yang mempunyai keputusan SPM yang sangat cemerlang tetapi dia melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa arab.

sememangnya pada awal permohonan orang akan berkata mengapakah tidak memilih bidang yang bagus macam medic ke, dentist ke, farmasi ke....

tetapi sahabat saya ini ingin menceburi dan berjaya dalam bidang bahasa arab dan dia mempunyai alasan tersendiri dan cita-cita dalam bidang ini.

adakah peluang memilih bidang pengajian dalam kerjaya seorang doktor, dentist, pharmacist sudah dikatakan berjaya?

adakah dengan menceburi bidang-bidang lain orang tidak boleh berjaya?

apa-apapun, itu bukan matlamat kita. matlamat kita ialah ingin mencapai redha Allah. Jika seorang pharmacist itu seorang yg sgt bijak tetapi tiada moral, sudah tentu orang akan mencemuhnya.

rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina azabannar...

lafaz yang sering dibaca di akhir doa.

kebaikan di dunia seiring dengan kebaikan di akhirat.

2 comments: