Monday, September 16, 2013

New Life, New Resolution!


After 7 years of being a full time student, now i just came to the new world as a career woman. Hurm...it's an unexpected to happen at the beginning of my so called 'no-books' life. Ha2.

Knowledge is very important. Without knowledge, i unable to express my ideology. But, Albert Einstain said, "imagination is more important than knowledge". Another quote said that, experience is the best teacher!".

Whatever it is, the great aim of education is not knowledge but action. Knowledge without action is like a tree without fruit. Well said from Al-Ghazali, "ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia".

And now, i come to new life of reality where i have to apply all my knowledge. From the small world to the world of life. Not lost of the world...ha2. It's all about our knowledge; IQ, EQ, and SQ. How we control all of them in the real life.

Sudong Reception Counter

As a Customer Care Officer at Sudong Sdn. Bhd., patient is a big deal when handling customer especially handling Singaporean customer. We need to learn their culture in order to understand them. What they know is everything can be settled with just a 'click'. Can you imagine, Singaporean set-up their place (after being separated from Malaysia) without any resources but Malaysia got everything from our natural resources; oil, plants and so on. With all that, they able to be the first develop country in Asia pacific in ranking compared to Malaysia.

Sudong's Core Values: Delight, Trust, Positive mindset, Ownership

See....where we are now? We already have everything but could not achieve better than Singapore. They already fiber connection in telecommunication at every single of the place but Malaysia still using cable connection. They are very fast in everything. Malaysia always left behind in term of technology. I think, not only in technology but also in attitude such as road attitude. He2. I think, every Malaysian knows about it.

Customer focus, Teamwork, Challenger spirit, Personal excellence, Integrity, 

All these things is not based on my experience but based on my trainers during my training session. All of them are well-experienced with Singaporean customers. Everything is just a click to serve them!

Pacmanroom.

Almost a month i have been in Sudong. Many things i need to learn and i am still in training schedule for few weeks more. Alhamdulillah, everything goes smooth so far. I'll share something here for next entry if i have time for writing plus wi-fi. They are so many beautiful scenery and designs inside Sudong's office. Serious talking, ma... See you on the next entry! ;)

Snapshot on 1st day reported to Sudong. Sempat lagi tu!!!

during training session

Monday, June 24, 2013

MAY IT BECOME TRUE!

Lama saya biarkan blog saya bersawang tanpa menjalankan proses pembersihan. Mungkin terlalu sibuk dengan proses pembersihan dan pengemasan rumah selama 2 minggu sebaik sahaja saya bergraduasi secara tidak rasmi.

Ketika saya menaip entri ni, sebenarnya saya baru sahaja tamat mengikuti kursus membuat cheese kek & kuih tradisional bermula 21 hingga 23 Jun (Jumaat hingga Ahad) di Institut Skill Tech, Taman Tasik Utama (TTU) Ayer Keroh.


Sebaik sahaja dengar ‘cheese cake’, terus sahaja saya cakap dengan emak saya ‘nak join!’ walaupun saya sebagai peserta menumpang. Pjg ceritanya macam mana bleh dapat title ‘peserta menumpang’. Kira ok la kan, daripada x dapat join langsung. At least dapat ilmu. Free plak tu. First time join kursus yang berbentuk kemahiran macam ni. Dan inilah pertama kali saya keluar dari rumah selepas 2 minggu terperap di rumah dengan keadaan jerebu yang sangat tebal yang kini mencecah IPU 400 pd pagi tadi (Ahad, 23 Jun).

keadaan jerebu di pagi hari jumaat pukul 8.20pg. sampaikan matahri pun nsmpak kabur di pagi hari. 

Saya hampir-hampir tidak mengikuti kursus ni disebabkan miscommunication. Kursus ni limited seat. Only 20 persons and they gave priority to single mother and new entrepreneurship. Hal-hal pendaftaran, saya serahkan kepada emak saya disebabkan dia juga yang memberitahu saya tentang kursus ni. Dipendekkan cerita, pada jumaat pagi tepat pukul 9 pagi saya telah sampi ke tempat program dan nama saya tiada dalam list. Seats already occupied with 20 participants. Nego punya nego, at last dapat join. Bab nego ni serahkan pada emak saya je la…memang terbaik negotiator!

Sebaik sahaja saya melangkah kaki ke dalam kelas untuk sesi teori, semua kerusi telah dipenuhi oleh orang-orang veteran. Hanya beberapa orang sahaja daripada golongan umur seperti saya. Majority golongan umur 30 ke atas. Sometimes, it made me confused whether I need to called them ‘akak’ or ‘mak cik’.

tentatif kursus selama 3 hari: 9pagi hingga 5 petang

First thing first, mesti la kte akan taaruf sesama peserta dan juga cikgu yang akan mengajar kami semua. Cikgu yang mengajar saya kali ini, cikgu Ili Xawani yang sedang 7 bulan hamil. seronok belajar dgn cikgu ni. Haaa...time ni la terasa segan dan rendah diri sebab majority peserta ni dh pernah join macam2 kursus kemahiran anjuran kerajaan dan merupakan pelatih sijil kemahiran. yang pernah join kursus 1 AZAM pn ada. Akhiri zaman miskin. Ha2. Standard la bagi mereka yang dh veteran. Ada yang dah buka bisnes sendiri di rumah. Berbagai-bagai jenis bisnes mereka join. Ada yang menjahit, bisnes cheese tart, kek di pasar malam, roti dan ada juga first time join kursus seperti ni.

Time ni juga akan dibahagikan kumpulan untuk aktiviti dalam bengkel. So, kami akan menjalankan aktiviti memasak dalam kumpulan dan bahan dan peralatan memasak juga diberi dalam kumpulan. payah juga nak form group dalam kalangan ahli yang veteran ni sebab kebanyakan mereka inginkan geng mereka sendiri. Kebanyakan mereka hadir ke kursus bersama rakan-rakan, jiran dan saudara mereka. Tiba-tiba, ada seorang peserta yang saya kira berusia dalam lingkungan 40-an bersuara di dalam kelas,

“Puan, saya rasa baik kita campur2 kumpulan supaya nanti kita dapat belajar dengan orang yang berpengalaman bagi mereka yang muda2 dan kurang pengalaman”.

Keadaan ketika membahagikan kumpulan dipenuhi dengan suara mereka yang menyebut2 nama mereka sendiri untuk ditulis oleh puan pengarah di whiteboard. Inilah kali pertama saya belajar di dalam kelas yang dihadiri oleh golongan veteran. Sungguh menghiburkan hati. Semasa taklimat sedang dijalankan, seperti biasa jika di dalam kelas, saya akan menukar handphone saya kepada silent mode. Tetapi tidak bagi mereka. bunyi deringan handphone semasa sesi taklimat berkali-kali berlaku sehinggakan mereka menjawab panggilan di dalam kelas dengan suara yang agak kuat bagi saya. Kejap-kejap bunyi handset. Keadaan yang agak kurang selesa sedikit apabila terdapat gangguan seperti ini. Tetapi saya tidak la memarahi mereka kerana saya anggap mereka terlupa untuk silentkan handphone atau kurang mahir cara untuk silentkan handphone. Perkara yang sering berlaku pada parents saya juga. Geli hati juga melihat gelagat mereka di dalam kelas yang sungguh aktif. Lebih-lebih lagi saya terpaksa duduk di bahagian belakang kelas. Memang jelas kelihatan reaksi mereka ketika di dalam kelas.

setelah tamat pembahagian kumpulan. aman sikit...
Sebaik sahaja selepas kelas teori, kami akan terus ke bengkel untuk belajar membuat resipi yang pertama iaitu, Japanese cheese cake. Ini adalah kali pertama kali kami bertemu dengan ahli group masing2. Rupa2nya, group saya semuanya golongan orang2 muda except makcik rosnani. Peserta terdiri daripada 22 orang yang semuanya perempuan dan dibahagikan kepada 4 group. So, 2 group mengandungi 5 orang, 2 group lagi mengandungi 6 orang. Group saya terdiri daripada 5 orang; saya, kak azlina, kak fadhlina, kak zalifah dan makcik rosnani. Dalam fikiran, “boleh la dapat makan banyak sikit resipi kek yang kteorang buat.he2”

1st day kursus; dari kiri: saya, kak zalifah, kak azlina, kak fadhlina, makcik rosnani

2nd day 

3rd day

Zalifah (29 thn) seorang tauke roti dan kak azlina (27 thn) tauke pasar malam jual kek di shah alam. Kak fadhlina surirumah. Masa taaruf dalam kelas, dia cakap yang dia first timer join kursus dan merupakan seorang guru tadika pasti. Memang sesuai dgn karakter die yang lemah lembut. Makcik rosnani ni memang sesuai sgt join group org muda sebab dia ni jenis yang gamble2 gitu. Ala2 gaya otai. He2. Masa dia introduce herself, memang geli hati bila dengar lengguk bahasa dia. ada style! Dia ni paling susah nak mintk amek gambar bersama. Memang class lah group kteorg!


Japanese cheese cake yang saya dapat bawa balik rumah hasil masakan group saya

Utk first day, kami hanya sempat buat 1 resipi je. Keesokannya, kami sambung buat blueberry cheese cake, coklat cheese cake dan kuih bakar. Hari ahad pula, kami buat kuih talam berlauk dan tepung pelita. Bila dah masuk bengkel, secara tidak langsung kita akan nampak karakter diri kita yang sebenar. Memang riuh rendah bengkel tu dibuatnya. kelam kabut pun ye makcik2 ni. Maklumlah kebanyakan mereka semuanya dah ‘dapat phd’ utk course bahagian dapur sehinggakan belum sempat cikgu tunjukkan demo untuk cara masakan, mereka dah siap semua bahan mentah seperti kisar kelapa dan sebagainya. Group kami juga yang steady and cool. Setiap kali memasak, group kami la yang terakhir akan siap kek dan kuih sebab sering beralah dengan group lain. Dah la meja di bahagian kami tiada kipas dan sering penuh dengan peralatan masakan. Memang kepanasan dibuatnya sehinggakan saya rasa nak pengsan sebab terlalu lama berdiri dan kepanasan. It’s normal for me since I’m always having low blood pressure.

demo memasak oleh cikgu

coklat cheese cake dan kuih bakar. kuih bakar nampak mcc x cantik tp bila  makan buatan group kami mmg lembut dan sedap!

kuih talam berlauk hasil group kami


blueberry cheese cake. proses terakhir, meletak topping. 

Apabila tamat sahaja bengkel bermakna masakan kami semua dh siap. so, boleh bawa balik dan diagihkan kek dan kuih mengikut citarasa kumpulan masing2. ni yang best bila join kursus pemprosesan makanan. hari2 bawa balik makanan best! FOC kot...

utk hari ke-3, pihak penganjur juga ada menyediakan slot keusahawanan kepada peserta. time ni belajar guna slide power point. hu2. biasalah org veteren x bpe x mahir guna gadget. saya juga la yg jd technician. ha2. kelihatan bosan sedikit pada awal2 slot ni sebab apa yang diajar kebanyakannya saya dh belajar semasa dalam kelas minor business. tapi bila part prosedur2 seperti halal, pakaging dan sebagainya, kelihatan sangat menarik dengan penerangan bersama contoh usahawan2 melayu yang sudah berjya seperti Noraini Cookies, Quetart dan sebagainya. ketika sesi penerangan, otak saya menerawang tentang bisnes yang bakal saya majukan nanti. seolah2 seperti di alam realiti. may it become true! Insya Allah...

sempat saya snap gambar ni. ni adalah kerusi meja yang saya duduk  buat kali terakhir hopefully.
utk slot terakhir kursus ini, ada disediakan quiz dan penyampaian sijil. ada 2 soalan quiz yang sangat senang bagi saya. memang x disangka-sangka, saya akan menjawab soalan quiz ni. haha. soalan dia berbunyi:

"Namakan 2 badan yang menganjurkan kursus ini"

mula2, ada la 4-5 orang yang angkat tangan nk jawab tp saya x angkat tangan sbb saya nk bagi peluang kpd peserta lain. soalan pn senang sangat dan saya fikir yang saya ni hanya peserta menumpang.

ada sorang peserta ni menjawab: RTC dan JPK

puan pengarah minta jawapan dalam nama penuh. dia jawab: Pusat Transformasi Bandar dan Jabatan Pembangunan Kemahiran 

jawapan betul tapi puan pengarah minta jawab RTC dengan akronim yg betul. peserta tadi jawab, "REFORMASI TRANSFORMASI CENTER" haha... memang kena cop anti-kerajaan nampaknya tp saya nampak peserta tu bawa goody beg  berlogo dacing. 

at last, saya pn volunteer jawab. RURAL TRANSFORMATION CENTER. ops...sape kerajaan, sape pembangkang ni??? x pasal2 dapat hadiah jam dinding. haha. sebagai pengganti loyang sebab setiap peserta akan dapat loyang utk buat kek dan loyang kuih bakar setiap satu. tapi peserta menumpang mcm sy ni x dpt la... mungkin sebab mereka x biasa dengar perkataan 'rural' agaknya...nk sebut pn payah. Alhamdulillah....rezeki. so many input that have been grasped. 

Saturday, April 20, 2013

Malaysia’s 13th General Election-Nomination Day!



20th April 2013 has been the most exhilarating and exciting day for all political thinker especially those who have been nominated as nominee in general election. Nomination day is the most anxiety day which is 14 days road to polling day. It indicates that campaign period begins officially. 

A big crowd had been gathered at each nomination center with their all sorts of campaign materials and the enthusiastic cheer from all supporters that represent their own parties. The supporters marched together to the nomination center to accompany the candidates.

Here, we can see the real attitude of supporters who represented their parties. It’s all about emotion and patient. How we control our emotion when encounter with our contestant? Are you strong enough? Do we care the ‘adab’?

This is one example of emotion that happened in my fb's wall. No facts. Auta semata2. 

People who are cyber-based oriented know better what is really happened. It’s easy to distinguish between who will be on the right track. Government still has its power to conquer upon the media. So, undoubtedly they can do anything in many ways to deceive the residents itself but they cannot deceive the resident’s minds who are able to judge and analyze wisely.

After 55 years BN’s regime, we need changes this time! Corruption becomes crucial. No matter what, we will struggle for the battle of Malaysia! May Allah ease us for the prosperity of Islam!

I choose to vote for Islam!

VOTE FOR PAKATAN RAKYAT!

Thursday, April 4, 2013

Nice Entry from NST: A LIFETIME OF LEARNING




Abraham Lincoln once said, “I do not think much of a man who is not wiser today than he was yesterday”. This opens the premise that learning is a daily adventure that one carries and explores throughout a lifetime.

Learning doesn’t stop just because school does. People who are truly effective generally do not get that way by sitting still, they apply themselves to constant learning, and competing against themselves to grow and learn day-by-day.

Make a commitment to yourself to learn something new every day, and you will not only enjoy what you discover, but you will be able to apply your knowledge and become a teacher to future generations. Here’s how:

1.  Learn how you learn: Determine your own preferred learning style or styles. Note what learning techniques are most effective for you and use them as much as is practical, such as viewing online tutorials on websites like youtube if you are more visual learner. Most people learn through multiple methods, but favour one or two. Use your preferences to your advantage.

2.   Learn where your talents and interests lie: try many different things so you don’t box yourself into believing that you are only good at few things. It is probable that you that you are good at many things, but you won’t know until you have tried.

Be wary of past memories that tell you to stay away from certain things.

As you grow, you develop more experience, coordination, responsiveness, and confidence that one experience can’t teach, but you can apply to relearn an old experience.

3.   Look at learning as an exploration and opportunity: don’t just force yourself to learn things because they are important or necessary. Instead, learn things that you need to learn alongside thing you love to learn. Follow your heart, as well as your sense of duty.

   4.    Learn the basic: it can be a grind at times, but you will be able to remember, connect, and figure out all kinds of complicated thing through relatively few, simple, building blocks, if you learn some math and natural-science concepts. You can look up precise formulas and trivia again later, but the concepts will do the most good and save a lot of time in repeated look-ups if mostly learned by heart.

   5.   Read, read, read: make friends with your local library and new and used book sellers. Reading is portal into other world, and into the minds of your fellow human being. Through reading, you will never stop learning and being amazed by the incredible creativity, intelligence, and even banality of the human species. Wise people read lots of book, all the time; it is as simple as that. And reading will help you to learn the discoveries and mistakes of others who have gone before you.

    6.  Broaden your definition of learning: take a look at the Theory of Multiple Intelligence if you don’t know it yet. Consider how you might fit it, and where you can improve. Refine your existing skills. Are you already good at cooking? Computers? Teaching? Playing saxophone? Hone these skills and take them to the next level. Try new things, both inside and outside your preferred skills area.

    7.  Do things outside your vocation: as an adult, your experience may be your best teacher. Whether you work for pay, or volunteer your time, focus on a project or tinker with whatever grabs your attention, try lots of things and notice the results. Apply the results to other things in your life, to expand the value of what you have learned. You never know when an opportune discovery may arise as a result of your observation and innovative approaches.

    8.   Create: not all learning comes from outside you. In fact, some of the most powerful learning happens when you are creating or formulating something for yourself. Creation, like intelligence, can be artistic or scientific; physical or intellectual; social or solitary. Try different media and methods and refine the ones that you like the most.

Adapted from: NST, CLASSIFIED, 27TH MARCH 2013

Sunday, November 4, 2012

Tribute for ‘Nek Cik’



Hari ini genaplah seminggu dia meninggalkan kami.

Seminggu jugalah saya meratap kehilangannya.

Bukan tidak redha tetapi bagai semalam saya berjumpa dengannya.

Seolah-olah seperti mimpi.

Senyum di bibir tidak pernah lekang. Sentiasa membuatkan suasana yang ceria dengan gelak tawanya.

Masih terngiang-ngiang di telinga mendengar nada ketawanya.

Dia tidak pernah marah.

Dia seorang yang pandai mengasuh adik-adik saya walaupun dia tidak dikurniakan anak.

Suatu hari saya bertanya kepada adik saya yang berumur 7 tahun yang pernah diasuh olehnya sehingga kini,

 “Nek Cik baik x dengan Kinah?”

“baik”

“Nek Cik pernah marah atau rotan Kinah x?”

“hurm...”,adik saya berfikir sejenak.

“x pernah..”,jawab adik saya sambil menggeleng kepala.

“yeke?bukan hari tu Nek Cik gtau yg Kinah nakal kt rumah die. Kinah buat ape hah?” Tanya saya dengan nada bergurau.

“eh,pernah, pernah.... Nek Cik pernah marah Kinah. Masa Nek Cik marah tu, dia tunjuk hanger kat Kinah macam ni, tapi die tak rotan Kinah”, jawab adik saya sambil mengayakan semula gaya Nek Cik beserta memek mukanya sekali. Gelak sungguh saya ketika itu.

Memang Nek Cik pandai mengasuh anak-anak kecil. Dia asuh seperti anaknya sendiri walaupun dia tidak dikurniakan anak.

Pernah suatu ketika dahulu, kami sekeluarga mendapat berita yang Nek Cik akan dimadukan. Kami agak terkejut masa itu. Wajah Nek Cik ketika itu seperti biasa apabila kami bertandang ke rumahnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.Tapi hasrat ini dibatalkan oleh suaminya yang kami panggil ‘Tok Cik’.

Nek Cik sangat pandai memasak. Sering kali kami berbalas bekas makanan dengannya. Bukan sekadar lauk –pauk yang dihantar ke rumah kami bahkan, kuih-muih yang dibuat sendiri olehnya. Memang sedap...

Kadang-kadang ayah saya di rumah tidak perlu memasak kerana dengan adanya lauk pemberian darinya sudah cukup untuk kami sekeluarga. Maklumlah, emak saya bekerja.

Tapi, insan ini pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Insane yang telah banyak berjasa kepada kami adik-beradik.

Dia telah mengasuh adik-adik saya, Hanisa, Faris dan Sakinah. Sudah 18 tahun dia mengasuh adik-adik saya sehingga mereka terlalu akrab dengannya.

Adik saya, Hanisa yang sudah berumur 18 tahun sudah dianggap seperti anak angkat oleh keluarga Nek Cik. Bermula Hanisa dilahirkan, dia telah diasuh oleh Nek Cik sehinggakan dia enggan tinggal bersama kami sekeluarga.

Kemudian, adik saya yang keenam, Faris, juga diasuh oleh Nek Cik. Dan kini, Sakinah yang sedang berumur 7 tahun. Hasil didikan Nek Cik, pencapaian adik-adik saya terutamanya dalam bidang akademik sangat memberansangkan.

Alhamdulillah...Ya Rabb... tetapi, saya tidak berkesempatan menimba ilmu daripada Nek Cik tentang menddidik anak walaupun terlalu awal untuk saya mempelajarinya.

Terima kasih, Nek Cik sebab sudi mengasuh adik-adik Hawa....

Sehari sebelum Nek Cik meninggalkan kami, Sakinah minta emak saya menghantarnya ke rumah Nek Cik.

“Kinah nak tidur rumah Nek Cik”, pinta adik saya.

Keesokan hari iaitu hari sabtu bersamaan 11 zulhijjah, 27 oktober 2012, saya pulang ke UIAM Kuantan setelah cuti berakhir kerana kami di UIA sedang bertungkus lumus utk mid-term exam.

Sebaik sahaja sampai di Kuantan pada petang 27 Oktober, pada waktu malam, saya menerima panggilan daripada adik saya, Hanisa.

“Kak We, Nisa ni. Kak We kt mana?”

“Kak We kt Kuantan. Nape?”

“o yeke...ingat Kak We kat rumah lagi. Nek Cik dah lain macam je ni. Nisa call rumah x dapat. Call mama pun tak angkat.”, kedengaran suara tangisan di belakang suara telefon.

“owh, ok2.Kak We call mama sekarang!”, talian segera dimatikan dan mendail semua nombor adik-beradik saya. Hampir saya putus asa. Akhirnya panggilan dijawab oleh adik saya yang kedua, Omar.

“Panggil mama sekarang! Cepat!”, saya hampir menjerit di dalam telefon.

Apabila telefon bimbit bertukar tangan, “Ma, Nisa telefon tadi, dia cakap Nek Cik dah lain macam. Mama gi rumah Nek Cik sekarang, Ma...”.

Saya di Kuantan sedang menelaah pelajaran ketika itu menjadi gelisah. “Ya Allah, Kau berilah yang terbaik buat Nek Cik. Kau permudahkanlah ketika sakratul mautnya.”

Saya sms adik saya, Hanisa. “Nisa, Nek Cik cmne?”

“Nek Cik dah meninggal. Masa Kak We telefon dah xde.”

Ya Allah....! saya tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya mampu menitiskan air mata. Tika itu, tiada siapa untuk saya mengadu kerana saya keseorangan di dalam bilik di UIA Kuantan. Roommate saya masih dalam perjalanan pulang ke UIA. Hanya Allah sahaja tempat saya mengadu ketika itu.

Buku yang dibaca ketika itu dibiarkan sahaja di atas meja. Saya hanya termenung di hadapan meja study sambil membayangkan wajah adik-adik saya ketika itu terutamanya Sakinah yang masih belum mengerti apa-apa. Malam itu juga, Sakinah masih berada di rumah Nek Cik.

Sungguh kematian Nek Cik menjadi pengajaran buat diri saya. Nek Cik pergi meninggalkan kami disebabkan oleh sakit kanser usus pada awal pengetahuan saya. Tetapi, ade pula yang mengatakan bahawa 
Nek Cik bukan mengidap kanser usus. Saya pun tidak tahu dengan lebih lanjut.

Moga Nek Cik aman di sana dan rohnya dicucuri rahmat. 

Tetapi, ape yang patut kita tahu ialah, ajal di tangan Allah. Nek Cik meningalkan kami seperti yang telah tercatat di luh mahfuz. Nek Cik meninggal sebab ajal dia dah tiba.

Ajal kita bila? Wallahu ‘alam....

Allah masih memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri dan untuk beramal sepuas-puasnya di dunia. Dunia adalah ladang untuk bercucuk tanam di akhirat. Persiapkan diri kalian ke arah itu!

Sesungguhnya, orang yang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati.....   

Tuesday, October 9, 2012

Apabila ditanya “Bila nak kahwin?”



Kenapa saya tulis berkenaan tajuk ini sedangkan saya seorang yang tidak gemar menceritakan perihal perkahwinan. Yup, agak rimas apabila kerap kali ditanya dengan soalan yang sama diajukan dan tiada jawapan yang pasti. Tidak berani nk post entri ini kerana ditakuti disalahtafsirkan.

Apa reaksi saya apabila soalan ini dituju kepada saya?
“tunggu aje la kad jemputan”.
“kita tunggu org yg dh x sabar2 dulu...(org yg dh bertunang)”
“tunggu awk dulu...”
“xde calon yg nk kt kita...”

Jawapan yang sebenar2nya ialah....
Jodohkan di tangan Allah. Wallahu ‘alam...Hanya Allah sahaja yang tahu.

Naik je sem baru, 4 org rakan sekelas saya telah berkahwin semasa cuti. Hurm...biasalah student UIA mmg ramai kahwin awal. It's a good desicion.Tahniah buat kalian yang berjaya melepasi tahap bujang!

Naik sem baru ni jugak la ramai yang bercerita pasal kahwin.
pergi kelompok kt sana, cerita pasal kahwin....pergi kelompok kt bilik sebelah,cerita pasal kahwin...
huh...letih telinga menadah cerita pasal kahwin....kahwin..kahwin....

Bagi saya, nak kahwin awal tiada masalah tapi adakah kita pasti bahawa perkahwinan kita berlandaskan nafsu atau kerana Allah?

Kalau kita rasa nak kahwin disebabkan x sabar bila tgk kawan-kawan kita ramai yang dah kahwin, it’s better for us to stop thinking about that.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peringkat umur 20-an ramai yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi bagi saya perkahwinan adalah suatu tempoh yang memerlukan masa yang sangat panjang utk berfikir. Perlu fikir sedalam-dalamnya. Ia melibatkan kehidupan kita selama-lamanya.

Kita tidak pasti bagaimana perjalanan hidup kita selepas kita berubah status daripada “single and available” kepada “married”. Bukan sahaja status yang berubah malah tanggungjawab juga berubah.

Bila difikirkan tanggungjawab sekarang sebagai seorang anak sulong terhadap ibu bapa dan kakak sulong kepada 7 orang adik-beradik masih tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin, membuatkan saya takut untuk menambah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu.

Keluarga yang sakinah dan mawaddah adalah idaman bagi setiap pasangan yang sudah berkeluarga. Begitu juga saya. Saya ingin melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tetapi ia harus bermula daripada ibu bapa anak tersebut. Means, harus bermula dengan diri saya sendiri.

Bagi saya, saya masih belum mampu untuk melepasi tahap bujang kini. Saya masih belum berjaya mendidik seseorang untuk menjadi solehah seperti anak solehah yang saya idamkan. Saya belum berjaya mendidik adik-adik saya ke arah soleh dan solehah.

Tambahan pula, masalah keluarga menghempap keinginan untuk memikirkan tentang perihal ini. How stress I am? Sometimes it disturbs my studies. But I have to go through this life patiently. Only faith accompanied me. Life is challenges. No challenges, no life.

Practise makes perfect. So, keep practising and learning.

Sooner or later, saya akan kahwin juga satu hari nanti. Jika bukan di dunia, Insya Allah di akhirat akan bertemu juga jodoh saya.

Sudah dijanjikan oleh Allah bahawa “telah dijadikan manusia itu berpasang-pasangan”. (Surah Hujurat)

Pasangan bagi kerusi ialah meja.
Pasangan bagi lelaki ialah perempuan.
Pasangan bagi siang ialah malam.
Pasangan bagi Hawa ialah ....................... Adam. (Ahaks! Do not speculate this statement, ok...)

Whatever it is, pasangan kita telah ditentukan oleh Allah. Cuma kita perlu jihad dengan kesabaran when it will happen and with whom...


THEY ARE ALWAYS IN MY HEART




While looking for a title of the new post, just a little bit sharing during tazkirah session at the beginning of our meeting yesterday.

There are lots of differences between us, in Malaysia and those, in Gaza.

Since I just finished reading a book entitled "Naskhah Cinta Buat Nusaibah" by Ustaz Ridhuan Mohd Nor, it is a chance for me to share my knowledge.

"ballighu 'anni wallaww aayah"

A catchy title of the book grasps readers’ attention. Actually, this book does not about love that people eager want to know about, but it is the love to become freedom from offensive.

While people in Malaysia were keep thinking of “where we want to eat?” during Ramadhan, people in Gaza were keep thinking of “What we want to eat?”.

Did we care what kind of food people in Gaza eat but we in Malaysia always put an effort to break-fasting at exclusive hotel with high costly special menu.

Even though people in Gaza poor with wealth, but they are prosperous with knowledge. There are very knowledgeable people because process of learning always occurred at every edge of the world in Gaza. The mothers teach their children and the teachers teach their students even under tight condition.

The author of the book was asked a question to one of the children in Gaza, “why you should study hard?” Then, that child answered, “I want to fight with the intelligent Muslims’ enemies”

See... how eager they are in seeking knowledge.

But we in Malaysia always take for granted in seeking knowledge. During our childhood, our parents always keep lecturing their children to study hard.

For what purpose??? Of course to hunt the best job in the future. That’s why we have to study hard in order to obtain the highest cgpa. After get a good job, we will have a good salary and we enable to have exclusive cars and house.

These are how materials have governed the human-being. Materials control men not men control materials. This is what happened in ourselves nowadays.

In administration aspect, since HAMAS are leading Gaza, Israel always take many efforts to ruin this government. Because of that, the prime minister’s schedule must be secret to avoid Israel’s attack.  

So, the army always be with Ismail Haniyyeh (Prime Minister of Palestine) wherever he goes to protect himself from any offensives.

The military system in Palestine does not like the military system in Malaysia and other democratic countries. The army should have spiritual strength and physical strength as well. They never left their fasting in Monday and Thursday.

See...how they practise Islam in any fields. Islam is syumul and flexible. I always pray for “freedom will come Palestine!” . Insha Allah.

These differences always make me think of my life. Am I strong to undergo this life better? This book always makes me think of the hardship in our life in order to obtain mardhotillah.

If we think that we are in difficulties, but there are a thousand people outside there who are suffering and fighting their life for ummah.

Monday, July 23, 2012

Al-kisah di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah...
hari ni genaplah 3 hari berpuasa.

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang tidak akan berulang lagi kerana Ramadhan kali ini saya berpuasa bersama keluarga di kampung dengan membawa bersama 'latihan industri'.

So, it would be a hectic Ramadhan.
On weekdays, I'll go to office yang kerjanya hanya goyang kaki but it needs a big focus on my mini project. After office hour, saya akan menolong ayah saya di kedai and preparation utk berbuka puasa pula.

On weekend, saya akan sangatlah busy menolong ayah saya dari pagi hingga berbuka puasa and I've to manage my time for doing my research at public library.
At night, I'll try my best to do tarawih at mosque.

At the same time, saya risau tentang hafalan saya pada masa sekarang dan masa akan datang.
Adakah masa untuk saya mengulang Al-Quran jika dalam keadaan situasi sekarang saya sudah rasa letih, penat dan kurangnya masa bersama Al-Quran.
Apatah lagi untuk melalui masa akan datang yang belum tentu kesibukan duniawinya yang macam mana.

Semakin hari, semakin banyak tanggungjawab yang ditaklifkan ke atas setiap insan.
The more we make a day, the more rigorous our responsibilities.


A day before Ramadhan, I make a time to drop by at Mydin Mall MITC during lunch.
surprisingly, I saw sooo many kuih raya.
dah macam pesta kuih raya.hu2.

Puasanya baru hendak bermula esok tapi dah ada lambakan kuih-kiuh raya.
Never mind...
I'll make my Ramadhan as intriguing as possible! :)


Suddenly, I'm just thinking about how nice I have many siblings.
I'm the oldest of seven siblings.
So many kinds of modes.haha


sometimes they make a humour in my life and made me a smile. 
sometimes they make me sad.
A joyful of my life.


My youngest sister, after sahur, she asked my mom to recite a niat.
"ma...niat..." then, my mom will recite a niat and she follows.


Setiap kali nak sahur, kena kejut dyorang ni.
ha...kat sini berliku-liku cabaran nak kejut dyorang.
Baik yang lelaki atau yang perempuan.


Setiap orang berbeza-beza cara nak kejut.
Ade 5 orang adik, kena belajar 5 skill nak kejut dyorang ni.
Memang kecoh pagi-pagi buta.
Rasanya jiran sebelah rumah kteorang dah masak dgr kteorg bising stiap pagi.


Adik saya yang ke-6, kalau nak kejut memang kena angkat badan die sampai dia dlm keadaan duduk.
kalau x bangun jugak, emak saya akan dirikan dia sampai dia sedar betol2.
seksa betol bila nak bangun.
bukan bulan puase je tapi setiap hari kena buat macam tu!


Nasib baik dyorang ni rajin tolong bisnes ayah saya especially bila saya tiada kat rumah.
Alhamdulillah...
Itupun, still bising sesama dyorang..
mana tidaknya, salah ckt buat krj, dah saling salah-menyalahi antara mereka.
masing2 tak nak kena marah dgn big bos la katakan...


"pergh...sebab kau ler ni x jadi..."
"ni apsal jadi camni ni???"
"abes la kau lepas ni kalau ayah tahu..."
"apsal lak aku yang kena??"


kadang-kadang saya yang kena dengar cakap dyorang bila nk tolong ayah.
sebab ayah saya banyak harapkan adik2 saya bila saya tiada kat rumah.
So, when I'm coming, kena ikut cakap bos junior.
Saya la yang kena hambur dek kemarahan dyorang.haha.
buat dek je la. (kakak yg tegar!)

"kak we, buat ni...!" (ayat perintah)
"kak we gi jaga kedai depan." (baru je nak duduk)
"kak we buat macam ni tau.."

cerita bila berbuka pula...


part ni biasa2 je...
saya akan tolong mak saya hidang makanan.
kalau weekend sempat la mak saya nak masak.
klu weekdays, selalunya kteorang beli je.


memang x sempat la kalau nk masak sebab mak saya balik dari bekerja pn dah hampir maghrib.
hanya sempat masak nasi je.
sbb ayah and adik2 sume busy kt kedai bila bulan puase sampai la azan maghrib berkumandang, barula kteorag balik rumah.


bila berbuka...adik2 yang masih kecil yang x jaga kedai, dyorg awal2 lagi akan asingkan makanan favourite dyorang.
azan je masuk, sume berebut-rebut minum air sampai tersedak-sedak.
saya pulak sampai dh x terlayan.
sorang nak air, sorang nk nasi..


"kak we hulurkan air....cpt2."
"kak we, nk nasi.."
"kak we amekkan air basuh tgn..."


adik saya yg ke-5 saya gelarkan sebagai CFO (Chief Financial Officer)-eh,betul ke istilah dia?
dialah yg akan pegang duit jualan setiap hari and planning for the next day.
biasanya, dia yg akan abes mknan awal sebab tugas dia yg seterusnya ialah mengira duit jualan.


saya plak akan tanya dia setiap kali abes je kira duit.
kteorang yang belum abes mkn lg, akan cpt2 buat kesimpulan.


"eh, nape hari ni jualan kurang?"
"hari ni kan hujan..x ramai yang nak kuar rumah.."


"tadi masak buat berapa tong air?"
bila bulan puasa, kteorang buat air kadang2 hampir mencecah belasan tong air bersamaan satu guni kacang soya.


"maksudnya, esok kena buat byk lg sbb permintaan hari pertama sangat memberangsangkan"


"ok, big bos!"


gambar ni diambil semasa tahun 2009. kteorg mmg susah nk amek gmbr sekeluarga.ni pn still x lengkap family kami.


hah...begitulah ceritanya kami sekeluarga di bulan Ramadhan.
Ade pahit, ade manis.he2.
jumpa next entri ye.~

Thursday, July 19, 2012

The Most Spectacular Food Fiesta Month!



Alhamdulillah...
finally, Allah give me a chance to meet with this year's ramadhan.
i'm always think and afraid that if i don't have a chance to meet ramadhan this year.
nauzubillahiminzalik...

this year is the 2nd time i celebrate the whole ramadhan with my family.
i have to make a month to spend my time with my family.

Ramadhan,
month that already mentioned in Holy Quran.
consist of lailatul qadr inside it.

All muslims are fighting for the rewards.
tarawih, sahur, ifthor, tadarus....

our daily routine will change 360 degree.

syaitan dan iblis tiada. tapi....
orang yang berperangai seperti syaitan masih bejalan di atas muka bumi.

perokok-perokok berkurangan di siang hari walaunpun masih ada segelintir yg merokok pada bulan puasa.

masjid dan surau dipenuhi sehingga terpaksa memuntahkan umat Islam terutama di malam pertama bulan Ramadhan.

Ramadhan, di mana keuntungan peniaga-peniaga di pasar malam, bazar ramadhan dan seantero Malaysia melebihi gaji sebulan mereka yang makan gaji.

hospital dan klinik juga yang rugi
kerana apa?
kerana kurang pesakit.
sebab berpuasa mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan.

tak percaya?
tanyalah doktor-doktor di setiap hospital dan klinik.

orang yang tak pakai tudung pun boleh terbuka hati untuk pakai tudung
walaupun untuk sebulan sahaja...

Sebelum Ramadhan lg, iklan2 kt tv dh ada promosi jualan aidilfitri.
untung berganda2 la syarikat pengiklanan.
tak tau la semangat untuk ramadhan atau semangat untuk syawal...

bulan puasa ni la,sume orang Islam akan hafal takwim solat maghrib.
solat zohor? solat asar? solat subuh? (jwb sendiri)

dan bulan ramadhan ni la orang akan ingat tarikh mengikut tahun hijrah.
bkn setakat kalendar hijrah je, tapi kalendar masihi pn skali.

semoga kita istiqamah dalam melakukan ibadah. bukan setakat bulan puasa shj tp secara berterusan.

percayalah...
jika anda dapat meneruskan ibadah2 yg dilakukan sepjg bulan puasa, nescaya ibadah puasa anda akan diterima dan diredhai oleh Allah.

itu menunjukkan anda tidak hipokrit dlm beribadah..

happy Ramadhan!



Thursday, July 12, 2012

"tourism" versus "illegitimate child"

you will see that this topic doesn't has a relationship at all. 
but...
it's really important to me for the sake of my mini project.
my lecturer will visit me here on 20th july.


my supervisor just gave me a data yesterday (11th july) regarding the number of illegitimate child in melaka.
he gave me the number of illegitimate child birth in year 2002-2012.
but i've already designed my mini project about tourism.


wow...!
it's a challenge for me because i need to follow what my supervisor want.
and me myself have to follow what my lecturer want too.


rse mcm btol2 nk jd journalist. it's my dream...


the topic that my supervisor given to me was quite challenge and interesting!
he want a story behind this data.
means.. he want to know how it can happened.
the cause and effect....
the background of the parents,bla...bla..bla...


i've already explained  to him that i need to apply what i've learnt from statistic.
i've also do a discussion with kak farah who is one of the staff here.
she also recommended to me to do a tourism since upen has many data about tourism...


I can't say "no" to him because I need to be professional and take as a challenge by doing that task.
professional is one of my principle when doing my work.


hurm...
klu ikutkan nk buat yg senang je sbb dh kesuntukan masa dh ni...


so...what's gonna to do?
if i could, i want to do both!
buat sampai jadi!


 went to book store to buy something after my office hour yesterday.
incidentally, i found a book entitled "buat sampai jadi!" by Dr. HM Tuah.
Hopefully, this book may help me to motivate me to complete my mini project.


i'm still searching the info regarding the illegitimate child.
huh!
mcm nk wt tesis dh...
rabbi yassir, Ya Rabb~



dilemma~