Tuesday, October 9, 2012

Apabila ditanya “Bila nak kahwin?”



Kenapa saya tulis berkenaan tajuk ini sedangkan saya seorang yang tidak gemar menceritakan perihal perkahwinan. Yup, agak rimas apabila kerap kali ditanya dengan soalan yang sama diajukan dan tiada jawapan yang pasti. Tidak berani nk post entri ini kerana ditakuti disalahtafsirkan.

Apa reaksi saya apabila soalan ini dituju kepada saya?
“tunggu aje la kad jemputan”.
“kita tunggu org yg dh x sabar2 dulu...(org yg dh bertunang)”
“tunggu awk dulu...”
“xde calon yg nk kt kita...”

Jawapan yang sebenar2nya ialah....
Jodohkan di tangan Allah. Wallahu ‘alam...Hanya Allah sahaja yang tahu.

Naik je sem baru, 4 org rakan sekelas saya telah berkahwin semasa cuti. Hurm...biasalah student UIA mmg ramai kahwin awal. It's a good desicion.Tahniah buat kalian yang berjaya melepasi tahap bujang!

Naik sem baru ni jugak la ramai yang bercerita pasal kahwin.
pergi kelompok kt sana, cerita pasal kahwin....pergi kelompok kt bilik sebelah,cerita pasal kahwin...
huh...letih telinga menadah cerita pasal kahwin....kahwin..kahwin....

Bagi saya, nak kahwin awal tiada masalah tapi adakah kita pasti bahawa perkahwinan kita berlandaskan nafsu atau kerana Allah?

Kalau kita rasa nak kahwin disebabkan x sabar bila tgk kawan-kawan kita ramai yang dah kahwin, it’s better for us to stop thinking about that.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peringkat umur 20-an ramai yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi bagi saya perkahwinan adalah suatu tempoh yang memerlukan masa yang sangat panjang utk berfikir. Perlu fikir sedalam-dalamnya. Ia melibatkan kehidupan kita selama-lamanya.

Kita tidak pasti bagaimana perjalanan hidup kita selepas kita berubah status daripada “single and available” kepada “married”. Bukan sahaja status yang berubah malah tanggungjawab juga berubah.

Bila difikirkan tanggungjawab sekarang sebagai seorang anak sulong terhadap ibu bapa dan kakak sulong kepada 7 orang adik-beradik masih tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin, membuatkan saya takut untuk menambah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu.

Keluarga yang sakinah dan mawaddah adalah idaman bagi setiap pasangan yang sudah berkeluarga. Begitu juga saya. Saya ingin melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tetapi ia harus bermula daripada ibu bapa anak tersebut. Means, harus bermula dengan diri saya sendiri.

Bagi saya, saya masih belum mampu untuk melepasi tahap bujang kini. Saya masih belum berjaya mendidik seseorang untuk menjadi solehah seperti anak solehah yang saya idamkan. Saya belum berjaya mendidik adik-adik saya ke arah soleh dan solehah.

Tambahan pula, masalah keluarga menghempap keinginan untuk memikirkan tentang perihal ini. How stress I am? Sometimes it disturbs my studies. But I have to go through this life patiently. Only faith accompanied me. Life is challenges. No challenges, no life.

Practise makes perfect. So, keep practising and learning.

Sooner or later, saya akan kahwin juga satu hari nanti. Jika bukan di dunia, Insya Allah di akhirat akan bertemu juga jodoh saya.

Sudah dijanjikan oleh Allah bahawa “telah dijadikan manusia itu berpasang-pasangan”. (Surah Hujurat)

Pasangan bagi kerusi ialah meja.
Pasangan bagi lelaki ialah perempuan.
Pasangan bagi siang ialah malam.
Pasangan bagi Hawa ialah ....................... Adam. (Ahaks! Do not speculate this statement, ok...)

Whatever it is, pasangan kita telah ditentukan oleh Allah. Cuma kita perlu jihad dengan kesabaran when it will happen and with whom...


1 comment:

  1. post bagus nie :)
    patut di share kepada umum..
    khususnye kepada mereka yang dah nak kahwin tu..


    KadKahwin?

    ReplyDelete