Monday, December 6, 2010

Kenangan Kem Hafazan di Pusat Tahfiz Ar-Redha Dungun, T'ganu


Setelah menghabiskan masa di Kelantan, kini sy beralih angin pula ke dungun, t’ganu utk kem hafzn sempena cuti sekolah di pusat tahfiz ar-redha. Dgn beg yg sedikit pertambahan beratnya dan penat bercuti di Kelantan masih bersisa, terasa ingin balik ke Melaka sahaja. Tapi apa boleh buat, taklifat... yg diberikan mesti ditunaikan terlebih dahulu.


Alhamdulillah....akhirnya, sy selamat smpi di dungun, t’ganu. Rasa macam tak percaya pula apabila berseorangan diri sekali lagi di negeri org. Kali pertama, sy ke perak utk program kem menuju puncak di lenggong, empat tahun yg lalu (kalau tidak silap). Pengalaman yg tidak dpt dilupakan...

Sebaik shj sampai, meeting (final touch) dimulakan sbg gambaran sebenar perjalanan kem tersebut. Shbt sy yg turut serta dlm kem ini ialah jawahir, sarahayati, hafizah dan fauziah hanum. Tamat shj meeting, kami bersolat asar.

Kami bercadang utk pergi menikmati keindahan pantai yg hanya mengambil 2 minit shj utk smpi jika berjalan kaki. Mmg seronok bila menghayati keindahan alam. Deruan ombak yg sudah cukup utk menilai kekuasaan Allah dan angin yg bertiup sepoi2 bhs membuatkan kami tidak mahu berangkat utk pulang.




Kak siti pula yg akan melangsungkan perkahwinannya pada 5 dis ini sempat membawa kami bersiar2 di sekitar dungun dgn menaiki kereta alza sebelum maghrib tiba. Kami sempat membeli keropok lekor utk juadah mkn mlm kami.

Pd malam hari pula, kami membuat persiapan utk menyambut adik2 yg akan melapor diri pd keesokan hari. Tapi pada malam hari pula, sy rasa tidak sedap badan dan akhirnya rebah di katil. Seram sejuk jadinya. selesema yg semakin menjadi2 adalah symptom2 demam rupanya...


program belum mula apa2 lagi, demam sudah dtg. Sy mula takut utk mengambil mana2 ubatan terutamanya paracetamol atau panadol dll apabila ja dan sa yg mengambil bidang perubatan dan farmasi menjelaskan akibat apabila terlalu byk mengambil bhn tersebut.

Keesokannya ialah hari pendaftaran adik2 (muslimat shj). Sy bertugas di bhgn meja pendaftaran bersama2 hafizah. agak panik seketika apabila terlalu ramai yg dtg utk mendaftar. Peserta yg paling muda ialah 8 tahun manakala perserta paling tua ialah 16 tahun.

Kami agak teruja melihat gelagat seorang budak perempuan yg berusia 8 tahun yg beria benar ingin mendaftar tetapi dilarang oleh ibunya kerana anaknya masih belum boleh berdikari lagi. Emaknya tidak tahu mengenai kem tersebut. Kebetulan emaknya dtg utk menghadiri kuliah jumaat yg diadakan di situ.

Sedar2, anaknya dtg kpdnya dgn membawa fail yg kami letak di atas meja pendaftaran. Emaknya berbelah bhg utk melepaskan anaknya utk bermalam di sini. Akhirnya, emaknya terpaksa membatalkan hasrat utk anaknya mengikuti kem hafazan. Kagum betul sy lihat keinginan budak tersebut. Adik2 sy pun tidak sepertinya.

Berdebar2 rasanya nk conduct adik2 ni. Sy mmg tidak membuat apa2 persiapan mental utk menghadiri kem ni. Mengharapkan ilmu di dada shj. Memang payah jika tiada persiapan mental tp Alhamdulillah dgn bantuan shbt2 yg terlibat, kami sering membuat discussion dan post mortem pd setiap hari.

Kdg2 geli hati melihat prangai adik2 ni. Hr pertama hingga lah hari keempat lebih kurang, ada shj yg menangis mengadu hendak balik ke rumah. Kami fasi2 sekalian penat nk memujuk mereka. Kalau bab memujuk budak perempuan, sy mmg surrender awl2 cz sy xde adik perempuan yg seumur dgn mereka. Nasib baik la ada shbt sy yg pandai memujuk.

merajuk sampai menyorok kt dlm loker x nk makan

Ape yg sy dpt simpulkan di sini, system pembelajaran dlm program ni ala2 sistem pondok. Mana tidaknya, budak kecil seawal umur 8 tahun sudah didik utk bangun qiamulail setiap hari. Xpe dik, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya rasa jeles dgn adik2 yg dtg kem ni cz semasa kecil sy tidak didedahkan seperti ini. Mula menghafal quran pun bila umur dh 18 tahun. Otak pun dh berkarat.


Aktiviti yg dijalankan seolah2 mengajar kita hidup berdikari. Berikut adalah aktiviti harian mereka sepanjang seminggu berada di kem ini:

4.30 pg: bgn dan mandi

5.00 pg: qiamulail dan solat subuh

6.15 pg: perjumpaan pagi

6.30 pg: kelas hafazan 1

7.30 pg: tugasan harian dan solat sunat dhuha

8.00 pg: sarapan

8.30 pg: kelas hafazan 2

10.30 pg: minum pagi

11.00 pg: kelas tajwid

12.00 tghri: qailullah

1.00 ptg: solat zohor

2.00 ptg: kelas hafazan 3

4.00 ptg: solat asar

4.30 ptg: minum ptg

4.45 ptg: kelas tauhid/fardhu ain

5.45 ptg: LDK (kebiasaannya kami beri mereka peluang utk berehat dan khidmat diri)

6.30 ptg: makan malam

7.00 mlm: solat maghrib dan solat isyak serta pengisian

9.00 mlm: kelas hafazan 4

10.30 mlm: minum malam dan bacaan al-mulk

11.00 mlm: tidur







Tugas kami sbg fasi mmg sgt berat. Bukan sbg fasi shj malah sbg guru tasmi’. Baru sy sedar bukan senang nk jadi guru tasmi’ ni. Nk kena jaga hafalan mereka. Mereka ni menghafal bukan macam kita hafal. Kita boleh fikir sendiri dgn kreatif cmne nk hafal dgn betul. Bagi mereka, kita sbg guru mesti tunjuk kpd mereka satu persatu cmne nk mengingat al-quran spy tidak lupa. Secara tidak langsung, sy dpt memikirkan cara utk sy sendiri mengulang al-quran dgn betul.

time ni anak murid sy ajar sy cara yg betul camne nk bukak sampul ketupat palas. byk makanan yg sy x pernah jumpa sebelum ni sy dh rasa kt t'ganu ni. contohnya, pulut cawan. hehe, x tau sedap ke x... no comment la..
 Alhamdulillah... ank2 murid sy mmg bagus2 belaka. Sy sgt kagum dgn mereka. Kumpulan hafazan 5 sentiasa di hati ustazah. Zulaikha, udaimatunnur, adrina, najihah, ariani, zaharah... Ustazah rindu kalian semua...!


Selain itu, kami sentiasa mengawasi segala aktiviti mereka. Setiap kali makan, mandi dan sebagainya. Penat juga sebenarnya jd fasi tp itu semua pengalaman. Pengalaman mmg byk mengajar sy. Utk kelas tajwid juga kami juga yg mengendalikan. Risau juga kalau apa yg kita ajar ilmu yg salah dan tidak difahami oleh adik2 ni. Sebelum kelas tajwid tu, kami akan membuat perbincangan sebentar.

muka garang masa kelas tajwid.
Pada mlm hari sebelum hari terakhir diadakan ujian hafazan. Semua guru tasmi’ terlibat dlm ujian ni. Sy akan mentasmi’ ank2 murid sarah. Ada yg x dpt menjawab soalan dan ada yg dpt menjawab soalan dgn baik tp tajwid hancur.

Sarah sgt risau takut2 sy ni sgt syadid dlm pembhgian markah. Sy dpt report dr sarah yg ada salah seorang ank muridnya menangis tidak mendapat jwb soalan sy. That’s it! Sy mmg syadid... tp sebenarnya, sebelum ujian tu, sy sgt berdebar seolah2 sy pula yg ingin menjawab soalan. Salah satu sebabnya ialah sy takut jika tersilap bagi markah. Alhamdulillah... sarah berpuas hati dgn markah anak muridnya...

cmne ngn keputusan ujian, nadiatul? puas hati x?

Selepas ujian, kami adakan LDK terakhir utk memilih siapakah peserta terbaik. Ada kumpulan yg best dan sebaliknya tp tiada hadiah utk kumpulan tersebut, hanya utk peserta terbaik shj.

air beracun


tirai ukhwwah

Selepas LDK, kami fasi2 sekalian sgt2 sibuk mengemas bilik utk check out kerana fasi muslimin akan check in ke bilik yg kami tinggal. Sy pula sibuk dgn video yg masih byk lagi tidak disiapkan. Mmg malam tu sy berniat utk tidak tidur tp disebabkan laptop semakin menjadi2 masalahnya, akhirnya, sy pun tertidur di hdpn lptop.

Keesokan paginya, adik2 minta pergi ke pantai. Memang kami fasi2 sendiri hendak sgt utk ke pantai bersama adik2 tp cuaca tidak mengizinkan. Pg tu pula hujan. Kami terpaksa membatalkan hasrat utk ke pantai tp adik2 ni nk sgt2 g pantai. Kami tidak sampai hati melihat adik2 merayu utk ke pantai. Akhirnya, kami terpaksa akur dgn permintaan adik2.






Sedih sgt2 bila tidak dpt tayangkan video tersebut semasa majlis penutup. Insya allah, sy akan cuba utk menyiapkannya dan akan diupload ke dlm facebook utk tatapan adik2. byk lg gambar2 yg sy simpan tp x dpt nk upload sume kt cni.

kenangan dari pusat tahfiz ar-redha. terima kasih utk segalanya. layanan yg cukup baik! terima kasih juga kpd penceramah jemputan yg tidak diundang, ustazah baiti solehah.hehe. nasib baik la awak ada utk membantu kami.

Sy rasa puas sebaik shj tamatnya program ni cz cuti sy yg hampir sebulan ni tidak sia2 camtu shj. Tp apakan daya selepas shj majlis penutup kem ni, kami terpaksa menyambung tugas di meja pendaftaran utk peserta banin pula.

Sy akan bertolak pulang ke Melaka pd sebelah malam. Tidak sempat utk membeli belah di t’ganu utk org2 di Melaka. Alhamdulillah...sy selamat sampai di Melaka tepat jam 5 pagi. Pengalaman pertama naik bas sampai ke destinasi sebelum subuh.

*****

Sebaik shj sampai di Melaka sentral, sy menelefon emak sy. Pagi tu, kereta yg dipandu emak sy nyaris kemalangan dgn sebuah ambulans. Nasib baik emak sy sempat menekan brek. Mmg mak sy pandu sgt laju menyebabkan kami tidak perasan bunyi ambulans pagi tu tambahan pula kereta di atas jln pd waktu begini mmg sgt lengang.

Jika satu saat shj emak sy tidak menekan brek, mmg kami dh berada di hospital. Sy yg sdg melayan mimpi di dlm kereta terjaga dan tiada perasaan terkejut pun masa tu. Masa tu sy yakin yg kami akan selamat apabila melihat ambulans menghampiri kereta kami. Sy tak tahu di mana dtgnya keyakinan tu. Allahu akbar!

Alhamdulillah... semuanya selamat. Ya Allah.... jauhkan kami dari segala musibah.

2 comments:

  1. salam....ish, br trsrmpak ngn blog hawa...bestny...ja pun ad post gak psl ni....laen kali datang ag terengganu yer =)

    ReplyDelete
  2. w'slm..blog sy xde pape sgt pn..sbb 2 x rmi yg tau.insya allah...pasni klu dtg ganu,awk kne jd tourist guide sy plak.he2.

    ReplyDelete