seperti yg sy sebutkn dlm n3 sebelum ini,mmg dh lama nk bercuti di sini ttpi byk halangan. tambahan pula, kelantan merupakn transit utk sy ke t'ganu pd 25 nov ini. inilah kali pertama sy menjejakkan kaki ke sini bersama rakan. kali terakhir sy ke sini semasa sy di sekolah rendah.mmg x igt ape2 ttg kelantan mse tu.
sy dan syimah bermalam di rumah sahabat kami, salihah di pasir puteh. perjalanan kami ke sana dengan kereta yg dipandu oleh adik syimah mengambil masa selama 10 jam. kami bertolak dr segamat agak lambat dan had laju terpaksa dinaikan utk mengejar masa sehinggakan salah seorg kami yg tertidur mengigau seolah2 kereta kami menghentam kereta di hdpn. adegan yg sungguh melucukan. padahal jarak kereta kami masih jauh dgn kereta di hdpn.
apa yg menarik perhatian sy sepanjang perjalanan ialah papan tanda-papan tanda di sepanjang perjalanan semuanya ditulis dlm dua tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi. bukan hj papan tanda malah papan iklan juga dituli dlm tulisan jawi. inilah kelainan yg sgt sy kagumi di negeri pantai timur ini. sy tidak pernah lg membaca tulisan jawi di sign board tepi jalan. kita lebih mengagungkan tulisan2 yg diimpot dr barat drpd tulisan asal kita sehinggakan ank2 kecil menjadi buta jawi. tidak hairanlah ada di antara kita yg susah utk membaca jawi apatah lagi utk mengaji al-quran. pelajaran jawi pula sudah dijadikan sebagai subjek sampingan shj.
kami tiba di pasir puteh pd pukul 10.30 mlm. sebaik shj smpi di rumah salihah, kami terus berehat kerana sepanjang perjalanan kami tidak dpt tidur.
keesoknnya, selepas membeli sarapan salihah mengajak kami ke pantai tok bali. kami menikmati sarapan di tepi pantai. mmg seronok. angin yg tiup sepoi2 bhs, hari yg tidak panas dan tidak pula sejuk menyebabkan kami enggan pulang. kononnya mahu bermain di tepi2 shj tp alang2 dh basah, baik mandi terus.
sy pula letih melihat mereka bermain di gigi pantai. tambahan pula, selesema yg tidak sembuh2 semakin menjadi2 membuat sy letih dan kurang stamina. mood utk mandi pantai hilang dan sy tidaklah teruja utk bermandi di pantai. hanya sekadar menikmati keindahan ciptaan Allah sudah cukup utk sy menghilangkan stres.
kami lihat byk rumah yg didirikan di tepi pantai tok bali. kelihatan seorang pak cik bersama sebuah sampan yg tersadai di tepi pantai. kami manghampiri pak cik tersebut dan sempat berbual bersamanya. di raut wajahnya terpancar keikhlasan. kerjanya ke laut tidak mematahkan semangatnya utk mencari rezeki yg halal utk menyara keluarga. bukan senang utk ke laut yg sentiasa berhadapan dgn risiko. saya sempat meneka umurnya dlm lingkungan 60 an. ya, mmg tepat jangkaan sy.
sebaik shj sampai di rumah, kami keletihan dan tertidur sehingga terlajak utk meneruskan rancangan kami ke rumah syakila iaitu roomate saya. mmg semasa di pantai tok bali kami merancang utk ke rumahnya. kata syakila, hari ni (21 nov) ade kenduri di rumah makciknya. rupa2nya, kenduri kahwin sepupunya. walaupun terlambat, kami kuatkan utk pergi sbb kami sudah berjanji utk dtg ke rmhnya. seronok tgk gelagat fmily syakila yg sgt besar. riuh rendah jadinya apabila semua org di dlm rumah tidak sabar2 utk menonton perlawanan antara dato' lee chong dan lin dan. mmg sgt seronok dan kelakar. syg tiada gambar diambil waktu ni.
keesokannya pula, kami bercdg utk ke expo cheng ho. dari rumah lg ayah sy dh berpesan utk pergi ke expo cheng ho. sy pn tidak tahu apa yg ada di sana sehinggakan ayah saya beria benar meyuruh sy ke sana. sebaik shj smpi di sana, org ramai berpusu2 masuk ke dalam dewan pameran. sy pun naik pening kerana terlalu byk sgt dewan pameran. ini menunjukkan populasi org cina di kelantan mmg ramai.
yg melucukan di sini ialah apabila kami tidak dpt membezakan antara org cina m'sia dan org cina China. yg selalu terkena ialah sy.
"How much?" tanya saya kepada penjual kain.
"lapan puluh." jawab penjual itu.
"alamak, die boleh ckp melayu ler.." dlm hati sy menjawab.
sebenarnya, sj je sy nk tnya sbb nk dgr org cina kelantan speaking kelantanese. lgpun, sy tidak berniat utk membeli satu brg pun utk dibawa balik ke melaka. mana tidaknya, ongkosnya tak cukup sbb lps ni sy akan ke t'ganu pula. sy rasa macam lawak pulak apabila mendengar org cina ckp kelantan.
expo cheng ho ni mmg sgt besar. mmg sgt penat dan meletihkan. rasa macam nk tercabut kaki sy dibuatnya. kemudian, kami mengambil kesempatan utk menyaksikan pertunjukkan kung fu oleh shau lin (betol ke spelling?) dan pertunjukkan berjalan atas tali di dlm stadium sultan muhammed. bayaran masuk adalah sebanyak RM10. apabila mendengar dikenakan byrn, sy terus membatalkan niat utk melihat pertunjukkan tersebut ttpi apabila syimah dan salihah pula besetuju utk menyaksikannya, sy pun ikut aja la. bila lagi nk tgk klu bukan skrg.
apa yg tidak disangka, kami sempat berjumpa dgn farhan, roomate dan classmate sy di sini. dlm keadaan tercari2 kerana masalah talian celcom yg tidak dapat berhubung melalui panggilan, akhirnya kami berjumpa dgn farhan di salah sebuah booth di sini.
sedar tidak sedar, kami rupanya seharian berada di expo cheng ho. sepanjang hari sy berada di bandar KB, sejuk mata memandang apabila muslimat di sini bertudung labuh kebanyakkannya. inilah dikatakan bandaraya Islam. nk nampak org yg tidak bertudung sgt susah. ptg tu, kami tidak tahu nk balik ke pasir puteh dgn menaiki apa. akhirnya, kami terpaksa mengejar sebuah teksi ni. alhamdulillah...kami selamat sampai ke rumah walaupun lambat.
keesokannya, kami ingin melawat ke bandar KB utk membeli brg2 utk dibawa pulang tp kami terpaksa menundakan rancangan kami ke hari esoknya. kami pergi ke pasar Siti Khadijah utk membeli-belah. Salihah sempat membeli buah tgn utk sy bawa pulang ke rumah. destinasi terakhir kami ketika berada di kelantan ialah Radix Fried Chicken (RFC) utk makan tengahari di sini. mmg kami nk sgt2 utk menjamu selera di sini. tercapai juga hasrat kami.
kami terpaksa balik ke pasir puteh awal kerana syimah akan bertolak ke segamat pd mlm ni manakala sy akan betolak ke dungun t'ganu pd esk pg. percutian yg mengasyikkan walaupun sy kekurangan stamina sepanjang berada di kelantan.
plan kami berakhir di sini.... :)
nxt n3, sy akan ke t'ganu pula. selamat tinggal kelantan!
@ apa yg menarik perhatian sy sepanjang perjalanan ialah papan tanda-papan tanda di sepanjang perjalanan semuanya ditulis dlm dua tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi.
ReplyDeleteMembandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2= 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.