Friday, January 27, 2012

TEMPAT INI...




Tempat ini,
Telah mengajarkanku,
Sesuatu yang amat berharga,
Tak ternilai harganya....,
Walaupun aku tidak yakin pada mulanya...

Tetapi hari ini,
Pintu hatiku sudah terbuka,
Untuk belajar memahami sesuatu,
Sesuatu yang sudah disemai,
Hanya menunggu masa yang sesuai...

Sesuatu yang amat menenangkan hatiku,
Sesiapa jua, iaitu,
Keindahan mengabdikan diri,
Hanya pada Allah,
Tuhan sekalian alam.

-zanki_11-

Wednesday, January 25, 2012

JAGALAH HATI

Setelah seminggu berada di rumah, menjadi rutin harian saya untuk mengemas rumah. Adik-adik semuanya bersekolah. Emak saya pula bekerja. Hanya mengharapkan ayah seorang menguruskan rumah dan 4 orang adik di rumah.

Beberapa hari ini, saya mengambil masa untuk mengemas sehabis yang boleh seperti hendak raya tapi bukan raya cina. Banyak betul kenangan lama semasa zaman kanak-kanak hinggalah semasa di CFS IIUM yang saya jumpa. Tergelak sorang-sorang sambil mengemas. Ada la juga hiburannya..

Ada suatu yang menarik untuk saya post di sini. Hasil nukilan seorang sahabat saya di DQ kalau tidak silap saya.



Buat renungan dariku....

Dadaku berdebar-debar. Selepas ini, aku ada kelas Matematik Tambahan. Bagiku, kelas ini adalah satu kelas yang bukan sahaja mencabar mindaku, tetapi hatiku ini. 

Aku juga tidak pasti dengan perasaanku. Keperibadiannya sebagai salah seorang barisan kepimpinaan sekolah, membuatkan hatiku suka padanya. Ya, hanya suka. Mungkin kesibukanku menghadapai SPM yang bakal menjelang dan juga kehidupanku sendiri yang tidak lekang dengan pelbagai tugasan, membuatkan diriku tidak begitu melayan kerenah hatiku ini. Tetapi, apa yang aku pasti, suasana sekolahku yang terjaga dalam batasan Islam dan cikgu-cikgu yang tidak jemu untuk membimbingku, telah menjadikan diriku begitu berhati-hati dengan perkara sebegini. 

Kini, aku sudah dewasa untuk menilai. Tambahan pula, aku sekarang berada di suatu tempat yang sentiasa dialunkan kalam Allah di dalamnya. Pendedahan muamalah di sekolah dan di sini membuatkanku bertambah cintakan Islam. Deenul Khaliq. Apa yang Allah gariskan untuk makhluk-Nya amatlah sesuai. Tidak seperti apa yang digariskan manusia untuk manusia sendiri. Islam mendidik hati untuk melawan nafsu, bukan untuk merangsangnya. Mengasuh hati ke arah kebaikan, bukan mengongkongnya. 

Alhamdulillah, Allah yang Maha Penyayang telah menyedarkan diriku, sebelum hatiku bertambah hitam untuk menerima sinaran nur-Nya. Benar, hanya kembali kepada Allahlah, segala penderitaan akan berakhir. Sejarah telah membuktikan bagaimana Allah telah membebaskan manusia dari cengkaman hukum rimba ketika di zaman jahiliyyah dahulu. Adakah kita mengambil iktibar? Fikirkanlah.

Kini, aku hanya menimba ilmu ilahi yang tidak bertepi itu dan bekerja untuk menegakkan deen Islam  di atas muka bumi ini. Soal lain, tertolak ke tepi. Tidakku nafikan, betapa besarnya ujiannya.

Oleh itu, kepada rakan seperjuanganku yang dikasihi, didiklah hati kalian untuk sentiasa berinteraksi dengan Allah, rabb kita dan sentiasa menjadikan kalam Allah itu sebagai satu arahan yang wajib dipatuhi, walaupun hati kita menolaknya. Carilah kekuatan dengan sentiasa berdampingan dengan ulama', mencari sahabat yang benar-benar boleh mengajak kepada kebaikan, bukan kelalaian dan buku-buku karangan ulama' muktabar. Isilah hatimu dengan Islam, jika tidak syaitan akan mengambil alih.

-my-art-

Banyak lagi kenangan yang tersimpan. Rasa macam nak post semua sekali. Mungkin untuk entri yang lain pula.

Friday, January 6, 2012

CUKUP GENIUSKAH KITA???


Entri kali ini agak menarik untuk diceritakan. Baru semalam saya membuka akaun facebook saya. Bertimbun-timbun isu tentang pelajar genius Malaysia yang kini belajar di UK sudah hilang arah.

Apa yang boleh saya ulas ialah, rakyat Malaysia kini dahagakan nilai-nilai Islam dalam diri setiap muslim. Bukan kita tidak ketahui bahawa si genius ini merupakan seorang beragama Islam berbangsa Melayu. Sudah pasti solat 5 waktu sehari semalam wajib ke atas dirinya.

"Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia.
Untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya.
Untuk membaiki hati , kita mesti bermula dengan memperbaiki solatnya."

Kata-kata ini saya ambil dari buku tulisan ustaz pahrol bertajuk beduk diketuk.

Apakah silapnya manusia genius ini?

Mungkin salah satu puncanya ialah solat yang didirikan. Memang benar kenyataan media ada menyatakan bahawa si genius ini menunaikan solat. 

Wallahua’alam.

Benar atau tidak hanya dia dan Allah. Tapi apa yang hendak dipersoalkan di sini ialah adakah sempurna solatnya? (persoalan ini juga ditujukan buat diri ini yang sering lalai)

Saya sendiri tidak mengetahui sama ada solat saya selama 23 tahun ini diterima Allah atau tidak.

Sepatutnya, si genius haruslah ketahui bahawa dia merupakan ikon negara dan rakyat Malaysia akan sentiasa memerhatikan segala tingkah lakunya dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.

Saya tidak hairan dengan berita yang disiarkan di media kerana pada awal kemunculannya sebagai pelajar terbaik Malaysia SPM 2004, sekolah saya ada menjemputnya untuk menghadiri majlis solat hajat dan motivasi untuk pelajar PMR dan SPM.

Waktu itu, sesi bersama si genius ini diadakan di surau. Maklumlah, surau sekolah saya memang dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja. Tiada masalah jika si genius ini untuk membuka aurat sekalipun.

Saya lihat dari segi pakaian yang dipakai sudah menunujukkan sesuatu tentang dirinya. Sekolah saya merupakan sekolah berstatus ‘A’. Status ‘A’ ini ialah SMK (A) iaitu sekolah menengah kebangsaan ‘Agama’......

Bagi saya dress up yang dipakai kurang sesuai dengan suasana majlis dan suasana sekolah kami. Tiada masalah untuk berfesyen tetapi biarlah berpada. Pakaian yang dipakai agak ketat beserta tudung ala-ala tudung bienda yang nampak batang leher.

Jika hendak dibandingkan dengan peraturan sekolah saya, saya yakin pakaian tersebut akan dirampas!

Mungkin sesetengah antara kita tidak memandang isu pakaian ini terlalu besar tetapi semakin hari, manusia terutama di Malaysia semakin memandang nilai-nilai islam. Macam mana genius pun seseorang itu tetapi tiada nilai Islam dalam dirinya terus dijadikan bahan ‘gosip ’ utama di media-media.

Nilai Islam yang saya maksudkan di sini ialah nilai yang membezakan antara seorang muslim dan bukan muslim contohnya seperti amalan membaca Al-quran setiap hari, qiamulail setiap minggu, berpakaian menutup aurat dan sebagainya.

Berakhlaq mulia juga merupakan nilai islam tetapi orang bukan islam juga ramai yang berakhlaq mulia seperti menghormati guru dan ibu bapa, tidak mencuri dan sebagainya. Orang bukan islam ‘dress up’nya sungguh berbeza.

Adakah kita perlu meniru cara mereka berpakaian dengan melanggar suruhan Allah untuk menutup aurat???

Jatuhlah hukumnya BERDOSA...

Mungkin kita boleh contohi pelajar Malaysia kita yang juga belajar di UK mengambil jurusan perubatan sama seperti si genius ini iaitu Siti Fatimah Mokhtar. Dari segi fizikal, memang sudah terbukti yang dia ini merupakan seorang yang berakhlaq mulia serta memenuhi ciri-ciri Islam.

Keseimbangan antara IQ, EQ dan SQ terserlah apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik Malaysia SPM 2006 kalau tidak silap saya.

Jadi, mana yang perlu kita contohi?
Tepuk dada tanya iman~