Setelah seminggu berada di rumah, menjadi rutin harian saya untuk mengemas rumah. Adik-adik semuanya bersekolah. Emak saya pula bekerja. Hanya mengharapkan ayah seorang menguruskan rumah dan 4 orang adik di rumah.
Beberapa hari ini, saya mengambil masa untuk mengemas sehabis yang boleh seperti hendak raya tapi bukan raya cina. Banyak betul kenangan lama semasa zaman kanak-kanak hinggalah semasa di CFS IIUM yang saya jumpa. Tergelak sorang-sorang sambil mengemas. Ada la juga hiburannya..
Buat renungan dariku....
Dadaku berdebar-debar. Selepas ini, aku ada kelas Matematik Tambahan. Bagiku, kelas ini adalah satu kelas yang bukan sahaja mencabar mindaku, tetapi hatiku ini.
Aku juga tidak pasti dengan perasaanku. Keperibadiannya sebagai salah seorang barisan kepimpinaan sekolah, membuatkan hatiku suka padanya. Ya, hanya suka. Mungkin kesibukanku menghadapai SPM yang bakal menjelang dan juga kehidupanku sendiri yang tidak lekang dengan pelbagai tugasan, membuatkan diriku tidak begitu melayan kerenah hatiku ini. Tetapi, apa yang aku pasti, suasana sekolahku yang terjaga dalam batasan Islam dan cikgu-cikgu yang tidak jemu untuk membimbingku, telah menjadikan diriku begitu berhati-hati dengan perkara sebegini.
Kini, aku sudah dewasa untuk menilai. Tambahan pula, aku sekarang berada di suatu tempat yang sentiasa dialunkan kalam Allah di dalamnya. Pendedahan muamalah di sekolah dan di sini membuatkanku bertambah cintakan Islam. Deenul Khaliq. Apa yang Allah gariskan untuk makhluk-Nya amatlah sesuai. Tidak seperti apa yang digariskan manusia untuk manusia sendiri. Islam mendidik hati untuk melawan nafsu, bukan untuk merangsangnya. Mengasuh hati ke arah kebaikan, bukan mengongkongnya.
Alhamdulillah, Allah yang Maha Penyayang telah menyedarkan diriku, sebelum hatiku bertambah hitam untuk menerima sinaran nur-Nya. Benar, hanya kembali kepada Allahlah, segala penderitaan akan berakhir. Sejarah telah membuktikan bagaimana Allah telah membebaskan manusia dari cengkaman hukum rimba ketika di zaman jahiliyyah dahulu. Adakah kita mengambil iktibar? Fikirkanlah.
Kini, aku hanya menimba ilmu ilahi yang tidak bertepi itu dan bekerja untuk menegakkan deen Islam di atas muka bumi ini. Soal lain, tertolak ke tepi. Tidakku nafikan, betapa besarnya ujiannya.
Oleh itu, kepada rakan seperjuanganku yang dikasihi, didiklah hati kalian untuk sentiasa berinteraksi dengan Allah, rabb kita dan sentiasa menjadikan kalam Allah itu sebagai satu arahan yang wajib dipatuhi, walaupun hati kita menolaknya. Carilah kekuatan dengan sentiasa berdampingan dengan ulama', mencari sahabat yang benar-benar boleh mengajak kepada kebaikan, bukan kelalaian dan buku-buku karangan ulama' muktabar. Isilah hatimu dengan Islam, jika tidak syaitan akan mengambil alih.
-my-art-
Banyak lagi kenangan yang tersimpan. Rasa macam nak post semua sekali. Mungkin untuk entri yang lain pula.
No comments:
Post a Comment