Monday, June 24, 2013

MAY IT BECOME TRUE!

Lama saya biarkan blog saya bersawang tanpa menjalankan proses pembersihan. Mungkin terlalu sibuk dengan proses pembersihan dan pengemasan rumah selama 2 minggu sebaik sahaja saya bergraduasi secara tidak rasmi.

Ketika saya menaip entri ni, sebenarnya saya baru sahaja tamat mengikuti kursus membuat cheese kek & kuih tradisional bermula 21 hingga 23 Jun (Jumaat hingga Ahad) di Institut Skill Tech, Taman Tasik Utama (TTU) Ayer Keroh.


Sebaik sahaja dengar ‘cheese cake’, terus sahaja saya cakap dengan emak saya ‘nak join!’ walaupun saya sebagai peserta menumpang. Pjg ceritanya macam mana bleh dapat title ‘peserta menumpang’. Kira ok la kan, daripada x dapat join langsung. At least dapat ilmu. Free plak tu. First time join kursus yang berbentuk kemahiran macam ni. Dan inilah pertama kali saya keluar dari rumah selepas 2 minggu terperap di rumah dengan keadaan jerebu yang sangat tebal yang kini mencecah IPU 400 pd pagi tadi (Ahad, 23 Jun).

keadaan jerebu di pagi hari jumaat pukul 8.20pg. sampaikan matahri pun nsmpak kabur di pagi hari. 

Saya hampir-hampir tidak mengikuti kursus ni disebabkan miscommunication. Kursus ni limited seat. Only 20 persons and they gave priority to single mother and new entrepreneurship. Hal-hal pendaftaran, saya serahkan kepada emak saya disebabkan dia juga yang memberitahu saya tentang kursus ni. Dipendekkan cerita, pada jumaat pagi tepat pukul 9 pagi saya telah sampi ke tempat program dan nama saya tiada dalam list. Seats already occupied with 20 participants. Nego punya nego, at last dapat join. Bab nego ni serahkan pada emak saya je la…memang terbaik negotiator!

Sebaik sahaja saya melangkah kaki ke dalam kelas untuk sesi teori, semua kerusi telah dipenuhi oleh orang-orang veteran. Hanya beberapa orang sahaja daripada golongan umur seperti saya. Majority golongan umur 30 ke atas. Sometimes, it made me confused whether I need to called them ‘akak’ or ‘mak cik’.

tentatif kursus selama 3 hari: 9pagi hingga 5 petang

First thing first, mesti la kte akan taaruf sesama peserta dan juga cikgu yang akan mengajar kami semua. Cikgu yang mengajar saya kali ini, cikgu Ili Xawani yang sedang 7 bulan hamil. seronok belajar dgn cikgu ni. Haaa...time ni la terasa segan dan rendah diri sebab majority peserta ni dh pernah join macam2 kursus kemahiran anjuran kerajaan dan merupakan pelatih sijil kemahiran. yang pernah join kursus 1 AZAM pn ada. Akhiri zaman miskin. Ha2. Standard la bagi mereka yang dh veteran. Ada yang dah buka bisnes sendiri di rumah. Berbagai-bagai jenis bisnes mereka join. Ada yang menjahit, bisnes cheese tart, kek di pasar malam, roti dan ada juga first time join kursus seperti ni.

Time ni juga akan dibahagikan kumpulan untuk aktiviti dalam bengkel. So, kami akan menjalankan aktiviti memasak dalam kumpulan dan bahan dan peralatan memasak juga diberi dalam kumpulan. payah juga nak form group dalam kalangan ahli yang veteran ni sebab kebanyakan mereka inginkan geng mereka sendiri. Kebanyakan mereka hadir ke kursus bersama rakan-rakan, jiran dan saudara mereka. Tiba-tiba, ada seorang peserta yang saya kira berusia dalam lingkungan 40-an bersuara di dalam kelas,

“Puan, saya rasa baik kita campur2 kumpulan supaya nanti kita dapat belajar dengan orang yang berpengalaman bagi mereka yang muda2 dan kurang pengalaman”.

Keadaan ketika membahagikan kumpulan dipenuhi dengan suara mereka yang menyebut2 nama mereka sendiri untuk ditulis oleh puan pengarah di whiteboard. Inilah kali pertama saya belajar di dalam kelas yang dihadiri oleh golongan veteran. Sungguh menghiburkan hati. Semasa taklimat sedang dijalankan, seperti biasa jika di dalam kelas, saya akan menukar handphone saya kepada silent mode. Tetapi tidak bagi mereka. bunyi deringan handphone semasa sesi taklimat berkali-kali berlaku sehinggakan mereka menjawab panggilan di dalam kelas dengan suara yang agak kuat bagi saya. Kejap-kejap bunyi handset. Keadaan yang agak kurang selesa sedikit apabila terdapat gangguan seperti ini. Tetapi saya tidak la memarahi mereka kerana saya anggap mereka terlupa untuk silentkan handphone atau kurang mahir cara untuk silentkan handphone. Perkara yang sering berlaku pada parents saya juga. Geli hati juga melihat gelagat mereka di dalam kelas yang sungguh aktif. Lebih-lebih lagi saya terpaksa duduk di bahagian belakang kelas. Memang jelas kelihatan reaksi mereka ketika di dalam kelas.

setelah tamat pembahagian kumpulan. aman sikit...
Sebaik sahaja selepas kelas teori, kami akan terus ke bengkel untuk belajar membuat resipi yang pertama iaitu, Japanese cheese cake. Ini adalah kali pertama kali kami bertemu dengan ahli group masing2. Rupa2nya, group saya semuanya golongan orang2 muda except makcik rosnani. Peserta terdiri daripada 22 orang yang semuanya perempuan dan dibahagikan kepada 4 group. So, 2 group mengandungi 5 orang, 2 group lagi mengandungi 6 orang. Group saya terdiri daripada 5 orang; saya, kak azlina, kak fadhlina, kak zalifah dan makcik rosnani. Dalam fikiran, “boleh la dapat makan banyak sikit resipi kek yang kteorang buat.he2”

1st day kursus; dari kiri: saya, kak zalifah, kak azlina, kak fadhlina, makcik rosnani

2nd day 

3rd day

Zalifah (29 thn) seorang tauke roti dan kak azlina (27 thn) tauke pasar malam jual kek di shah alam. Kak fadhlina surirumah. Masa taaruf dalam kelas, dia cakap yang dia first timer join kursus dan merupakan seorang guru tadika pasti. Memang sesuai dgn karakter die yang lemah lembut. Makcik rosnani ni memang sesuai sgt join group org muda sebab dia ni jenis yang gamble2 gitu. Ala2 gaya otai. He2. Masa dia introduce herself, memang geli hati bila dengar lengguk bahasa dia. ada style! Dia ni paling susah nak mintk amek gambar bersama. Memang class lah group kteorg!


Japanese cheese cake yang saya dapat bawa balik rumah hasil masakan group saya

Utk first day, kami hanya sempat buat 1 resipi je. Keesokannya, kami sambung buat blueberry cheese cake, coklat cheese cake dan kuih bakar. Hari ahad pula, kami buat kuih talam berlauk dan tepung pelita. Bila dah masuk bengkel, secara tidak langsung kita akan nampak karakter diri kita yang sebenar. Memang riuh rendah bengkel tu dibuatnya. kelam kabut pun ye makcik2 ni. Maklumlah kebanyakan mereka semuanya dah ‘dapat phd’ utk course bahagian dapur sehinggakan belum sempat cikgu tunjukkan demo untuk cara masakan, mereka dah siap semua bahan mentah seperti kisar kelapa dan sebagainya. Group kami juga yang steady and cool. Setiap kali memasak, group kami la yang terakhir akan siap kek dan kuih sebab sering beralah dengan group lain. Dah la meja di bahagian kami tiada kipas dan sering penuh dengan peralatan masakan. Memang kepanasan dibuatnya sehinggakan saya rasa nak pengsan sebab terlalu lama berdiri dan kepanasan. It’s normal for me since I’m always having low blood pressure.

demo memasak oleh cikgu

coklat cheese cake dan kuih bakar. kuih bakar nampak mcc x cantik tp bila  makan buatan group kami mmg lembut dan sedap!

kuih talam berlauk hasil group kami


blueberry cheese cake. proses terakhir, meletak topping. 

Apabila tamat sahaja bengkel bermakna masakan kami semua dh siap. so, boleh bawa balik dan diagihkan kek dan kuih mengikut citarasa kumpulan masing2. ni yang best bila join kursus pemprosesan makanan. hari2 bawa balik makanan best! FOC kot...

utk hari ke-3, pihak penganjur juga ada menyediakan slot keusahawanan kepada peserta. time ni belajar guna slide power point. hu2. biasalah org veteren x bpe x mahir guna gadget. saya juga la yg jd technician. ha2. kelihatan bosan sedikit pada awal2 slot ni sebab apa yang diajar kebanyakannya saya dh belajar semasa dalam kelas minor business. tapi bila part prosedur2 seperti halal, pakaging dan sebagainya, kelihatan sangat menarik dengan penerangan bersama contoh usahawan2 melayu yang sudah berjya seperti Noraini Cookies, Quetart dan sebagainya. ketika sesi penerangan, otak saya menerawang tentang bisnes yang bakal saya majukan nanti. seolah2 seperti di alam realiti. may it become true! Insya Allah...

sempat saya snap gambar ni. ni adalah kerusi meja yang saya duduk  buat kali terakhir hopefully.
utk slot terakhir kursus ini, ada disediakan quiz dan penyampaian sijil. ada 2 soalan quiz yang sangat senang bagi saya. memang x disangka-sangka, saya akan menjawab soalan quiz ni. haha. soalan dia berbunyi:

"Namakan 2 badan yang menganjurkan kursus ini"

mula2, ada la 4-5 orang yang angkat tangan nk jawab tp saya x angkat tangan sbb saya nk bagi peluang kpd peserta lain. soalan pn senang sangat dan saya fikir yang saya ni hanya peserta menumpang.

ada sorang peserta ni menjawab: RTC dan JPK

puan pengarah minta jawapan dalam nama penuh. dia jawab: Pusat Transformasi Bandar dan Jabatan Pembangunan Kemahiran 

jawapan betul tapi puan pengarah minta jawab RTC dengan akronim yg betul. peserta tadi jawab, "REFORMASI TRANSFORMASI CENTER" haha... memang kena cop anti-kerajaan nampaknya tp saya nampak peserta tu bawa goody beg  berlogo dacing. 

at last, saya pn volunteer jawab. RURAL TRANSFORMATION CENTER. ops...sape kerajaan, sape pembangkang ni??? x pasal2 dapat hadiah jam dinding. haha. sebagai pengganti loyang sebab setiap peserta akan dapat loyang utk buat kek dan loyang kuih bakar setiap satu. tapi peserta menumpang mcm sy ni x dpt la... mungkin sebab mereka x biasa dengar perkataan 'rural' agaknya...nk sebut pn payah. Alhamdulillah....rezeki. so many input that have been grasped.