Lama saya biarkan blog saya bersawang tanpa menjalankan
proses pembersihan. Mungkin terlalu sibuk dengan proses pembersihan dan
pengemasan rumah selama 2 minggu sebaik sahaja saya bergraduasi secara tidak
rasmi.
Ketika saya menaip entri ni, sebenarnya saya baru sahaja
tamat mengikuti kursus membuat cheese kek & kuih tradisional bermula 21
hingga 23 Jun (Jumaat hingga Ahad) di Institut Skill Tech, Taman Tasik Utama (TTU)
Ayer Keroh.
Sebaik sahaja dengar ‘cheese cake’, terus sahaja saya cakap dengan
emak saya ‘nak join!’ walaupun saya sebagai peserta menumpang. Pjg ceritanya
macam mana bleh dapat title ‘peserta menumpang’. Kira ok la kan, daripada x
dapat join langsung. At least dapat ilmu. Free plak tu. First time join kursus
yang berbentuk kemahiran macam ni. Dan inilah pertama kali saya keluar dari
rumah selepas 2 minggu terperap di rumah dengan keadaan jerebu yang sangat
tebal yang kini mencecah IPU 400 pd pagi tadi (Ahad, 23 Jun).
keadaan jerebu di pagi hari jumaat pukul 8.20pg. sampaikan matahri pun nsmpak kabur di pagi hari. |
Saya hampir-hampir tidak mengikuti kursus ni disebabkan miscommunication.
Kursus ni limited seat. Only 20 persons and they gave priority to single mother
and new entrepreneurship. Hal-hal pendaftaran, saya serahkan kepada emak saya
disebabkan dia juga yang memberitahu saya tentang kursus ni. Dipendekkan cerita,
pada jumaat pagi tepat pukul 9 pagi saya telah sampi ke tempat program dan nama
saya tiada dalam list. Seats already occupied with 20 participants. Nego punya
nego, at last dapat join. Bab nego ni serahkan pada emak saya je la…memang
terbaik negotiator!
Sebaik sahaja saya melangkah kaki ke dalam kelas untuk sesi
teori, semua kerusi telah dipenuhi oleh orang-orang veteran. Hanya beberapa
orang sahaja daripada golongan umur seperti saya. Majority golongan umur 30 ke
atas. Sometimes, it made me confused whether I need to called them ‘akak’ or ‘mak
cik’.
tentatif kursus selama 3 hari: 9pagi hingga 5 petang |
First thing first, mesti la kte akan taaruf sesama peserta
dan juga cikgu yang akan mengajar kami semua. Cikgu yang mengajar saya kali
ini, cikgu Ili Xawani yang sedang 7 bulan hamil. seronok belajar dgn cikgu ni. Haaa...time ni la terasa segan
dan rendah diri sebab majority peserta ni dh pernah join macam2 kursus
kemahiran anjuran kerajaan dan merupakan pelatih sijil kemahiran. yang pernah
join kursus 1 AZAM pn ada. Akhiri zaman miskin. Ha2. Standard la bagi mereka
yang dh veteran. Ada yang dah buka bisnes sendiri di rumah. Berbagai-bagai
jenis bisnes mereka join. Ada yang menjahit, bisnes cheese tart, kek di pasar
malam, roti dan ada juga first time join kursus seperti ni.
Time ni juga akan dibahagikan kumpulan untuk aktiviti dalam
bengkel. So, kami akan menjalankan aktiviti memasak dalam kumpulan dan bahan
dan peralatan memasak juga diberi dalam kumpulan. payah juga nak form group
dalam kalangan ahli yang veteran ni sebab kebanyakan mereka inginkan geng
mereka sendiri. Kebanyakan mereka hadir ke kursus bersama rakan-rakan, jiran
dan saudara mereka. Tiba-tiba, ada seorang peserta yang saya kira berusia dalam
lingkungan 40-an bersuara di dalam kelas,
“Puan, saya rasa baik kita campur2 kumpulan supaya nanti
kita dapat belajar dengan orang yang berpengalaman bagi mereka yang muda2 dan
kurang pengalaman”.
Keadaan ketika membahagikan kumpulan dipenuhi dengan suara
mereka yang menyebut2 nama mereka sendiri untuk ditulis oleh puan pengarah di
whiteboard. Inilah kali pertama saya belajar di dalam kelas yang dihadiri oleh
golongan veteran. Sungguh menghiburkan hati. Semasa taklimat sedang dijalankan,
seperti biasa jika di dalam kelas, saya akan menukar handphone saya kepada
silent mode. Tetapi tidak bagi mereka. bunyi deringan handphone semasa sesi
taklimat berkali-kali berlaku sehinggakan mereka menjawab panggilan di dalam
kelas dengan suara yang agak kuat bagi saya. Kejap-kejap bunyi handset. Keadaan
yang agak kurang selesa sedikit apabila terdapat gangguan seperti ini. Tetapi saya
tidak la memarahi mereka kerana saya anggap mereka terlupa untuk silentkan
handphone atau kurang mahir cara untuk silentkan handphone. Perkara yang sering
berlaku pada parents saya juga. Geli hati juga melihat gelagat mereka di dalam
kelas yang sungguh aktif. Lebih-lebih lagi saya terpaksa duduk di bahagian
belakang kelas. Memang jelas kelihatan reaksi mereka ketika di dalam kelas.
setelah tamat pembahagian kumpulan. aman sikit... |
Sebaik sahaja selepas kelas teori, kami akan terus ke
bengkel untuk belajar membuat resipi yang pertama iaitu, Japanese cheese cake. Ini
adalah kali pertama kali kami bertemu dengan ahli group masing2. Rupa2nya, group
saya semuanya golongan orang2 muda except makcik rosnani. Peserta terdiri
daripada 22 orang yang semuanya perempuan dan dibahagikan kepada 4 group. So, 2
group mengandungi 5 orang, 2 group lagi mengandungi 6 orang. Group saya terdiri
daripada 5 orang; saya, kak azlina, kak fadhlina, kak zalifah dan makcik
rosnani. Dalam fikiran, “boleh la dapat makan banyak sikit resipi kek yang
kteorang buat.he2”
1st day kursus; dari kiri: saya, kak zalifah, kak azlina, kak fadhlina, makcik rosnani |
2nd day |
3rd day |
Zalifah (29 thn) seorang tauke roti dan kak azlina (27 thn)
tauke pasar malam jual kek di shah alam. Kak fadhlina surirumah. Masa taaruf
dalam kelas, dia cakap yang dia first timer join kursus dan merupakan seorang
guru tadika pasti. Memang sesuai dgn karakter die yang lemah lembut. Makcik rosnani
ni memang sesuai sgt join group org muda sebab dia ni jenis yang gamble2 gitu. Ala2
gaya otai. He2. Masa dia introduce herself, memang geli hati bila dengar
lengguk bahasa dia. ada style! Dia ni paling susah nak mintk amek gambar
bersama. Memang class lah group kteorg!
Japanese cheese cake yang saya dapat bawa balik rumah hasil masakan group saya |
Utk first day, kami hanya sempat buat 1 resipi je. Keesokannya,
kami sambung buat blueberry cheese cake, coklat cheese cake dan kuih bakar. Hari
ahad pula, kami buat kuih talam berlauk dan tepung pelita. Bila dah masuk
bengkel, secara tidak langsung kita akan nampak karakter diri kita yang
sebenar. Memang riuh rendah bengkel tu dibuatnya. kelam kabut pun ye makcik2 ni. Maklumlah kebanyakan mereka
semuanya dah ‘dapat phd’ utk course bahagian dapur sehinggakan belum sempat
cikgu tunjukkan demo untuk cara masakan, mereka dah siap semua bahan mentah
seperti kisar kelapa dan sebagainya. Group kami juga yang steady and cool. Setiap
kali memasak, group kami la yang terakhir akan siap kek dan kuih sebab sering
beralah dengan group lain. Dah la meja di bahagian kami tiada kipas dan sering
penuh dengan peralatan masakan. Memang kepanasan dibuatnya sehinggakan saya
rasa nak pengsan sebab terlalu lama berdiri dan kepanasan. It’s normal for me
since I’m always having low blood pressure.
demo memasak oleh cikgu |
coklat cheese cake dan kuih bakar. kuih bakar nampak mcc x cantik tp bila makan buatan group kami mmg lembut dan sedap! |
kuih talam berlauk hasil group kami |
blueberry cheese cake. proses terakhir, meletak topping. |
Apabila tamat sahaja bengkel bermakna masakan kami semua dh siap. so, boleh bawa balik dan diagihkan kek dan kuih mengikut citarasa kumpulan masing2. ni yang best bila join kursus pemprosesan makanan. hari2 bawa balik makanan best! FOC kot...
utk hari ke-3, pihak penganjur juga ada menyediakan slot keusahawanan kepada peserta. time ni belajar guna slide power point. hu2. biasalah org veteren x bpe x mahir guna gadget. saya juga la yg jd technician. ha2. kelihatan bosan sedikit pada awal2 slot ni sebab apa yang diajar kebanyakannya saya dh belajar semasa dalam kelas minor business. tapi bila part prosedur2 seperti halal, pakaging dan sebagainya, kelihatan sangat menarik dengan penerangan bersama contoh usahawan2 melayu yang sudah berjya seperti Noraini Cookies, Quetart dan sebagainya. ketika sesi penerangan, otak saya menerawang tentang bisnes yang bakal saya majukan nanti. seolah2 seperti di alam realiti. may it become true! Insya Allah...
sempat saya snap gambar ni. ni adalah kerusi meja yang saya duduk buat kali terakhir hopefully. |
"Namakan 2 badan yang menganjurkan kursus ini"
mula2, ada la 4-5 orang yang angkat tangan nk jawab tp saya x angkat tangan sbb saya nk bagi peluang kpd peserta lain. soalan pn senang sangat dan saya fikir yang saya ni hanya peserta menumpang.
ada sorang peserta ni menjawab: RTC dan JPK
puan pengarah minta jawapan dalam nama penuh. dia jawab: Pusat Transformasi Bandar dan Jabatan Pembangunan Kemahiran
jawapan betul tapi puan pengarah minta jawab RTC dengan akronim yg betul. peserta tadi jawab, "REFORMASI TRANSFORMASI CENTER" haha... memang kena cop anti-kerajaan nampaknya tp saya nampak peserta tu bawa goody beg berlogo dacing.
at last, saya pn volunteer jawab. RURAL TRANSFORMATION CENTER. ops...sape kerajaan, sape pembangkang ni??? x pasal2 dapat hadiah jam dinding. haha. sebagai pengganti loyang sebab setiap peserta akan dapat loyang utk buat kek dan loyang kuih bakar setiap satu. tapi peserta menumpang mcm sy ni x dpt la... mungkin sebab mereka x biasa dengar perkataan 'rural' agaknya...nk sebut pn payah. Alhamdulillah....rezeki. so many input that have been grasped.
No comments:
Post a Comment