Thursday, November 18, 2010

Plan kami sdg bermula...


Pagi td sy menerima msg dr syimah ttg plan kami semasa cuti. Kami bercdg utk bercuti di Kelantan utk beberapa hari di rumah salihah. Cadgan ini sudah lama di kotak fikiran kami. Kami berdua berniat utk berya haji di Kelantan. Maklumlah, raya haji di negeri selatan m’sia tidak semeriah sebagaimana di Kelantan. Tetapi cdgn ini terpaksa dibatalkan kerana saya terlalu rindu utk pulang ke rumah. Agak aneh perasaan rindu ini setelah sekian lama dipendamkan.

Entah, kenapa diri ini bagai ada tarikan magnet dgn kg halaman. Teringat adik2 d rumah...terutamanya si kecil molek. Suaranya bagai terngiang2 di kepala. Mana tidakya, selps aidilfitri yg lps, sy memang tidak pulang2. Perasaan cemburu mula tiba apabila melihat rakan sebilik yg sering pulang ke rumah. Tidak kira lah balik rmh kakak ke sedara ke..ataupun rmh sendiri. Kebiasaannya, sy tidak lah kemaruk nk balik seperti ini. Kawan2 pun sudah fhm dgn kerenah diri sy yg sering x mahu balik bila cuti pjg. Tp kali ini aneh sungguh. Hurm..sabar..sabar...

dan...skrg sy sudah pn berada di rmh utk cuti yg agak lama. Hrp cuti kali ini memberi manfaat. Ditakuti masa yg ada dibuang begitu sahaja tanpa apa2 kerja utk disumbangkan kpd islam. Perkara inilah yg amat membimbangkan kerana apabila berada di rumh kita sering lalai dan sering termakan godaan syaitan.


Kita fikir, kita bebas melakukan apa shj apabila cuti. Tp kita lupa sebenarnya tanggungjwb kita yg sentiasa dihitung oleh Allah. Tanggungjwb kita sbg hamba allah di muka bumi, tanggungjawab kita sbg mahasiswa, tanggungjwb kita sbg anak, tggjwb kita sbg masyrk dan sbginya.

sbg seorg hamlatul quran, kita tidak seharusnya melupakan tggjwb kita terhadap al-quran. Masa cuti inilah masa yg paling ideal utk kita mengulang bersama2. Peringatan ini utk diri sendiri dan shbt2 sehafiz dan sehafizah. JOm memaknakan cuti dgn mengulang quran!

*****

Br sebentar td sy ke Melaka sentral utk membeli tiket ke segamat pd hr sabtu ini. Sy ke sana bersama ayah dgn menaiki motor. Sy lebih suka memilih motor sbg kenderaan utk ke Bandar kerana itu lebih menyenangkan. Lebih2 lg di musim perayaan, lbh senang utk mencelah ketika terperangkap dlm trafik jam. Saya dan syimah merancang utk bertolak ke Kelantan dr segamat (rumah syimah). Alhamdulillah...jimat tmbg utk ke sana kerana kami akan menaiki kereta yg dipandu oleh adik syimah.

Utk memasuki ruang tempat meletak motor di Melaka sentral dikenakan byrn rm1. Tidak hairanlah setiap benda pd zaman skrg dikenakan byrn hatta memasuki tandas awam dlm Melaka sentarl pun dikenakan byrn 'yuran' 20sen yg mana masih mengekalkan ranking tandas awam termurah. Jika kebiasaannya ‘yuran’ masuk tandas awam di m’sia ialah 30sen.

Jika dahulu, hendak parking motor hanya percuma shj tp sekarang sudah berbayar dan diadakan tempat letak motor berkunci. Di sini, pekerja diperlukan utk menjaga kwsn parkir motor serta memungut yuran rm1 dr setiap org awam yg masuk utk memakir motor.

Sebaik shj smpi di kwsn parkir, kelihatan seorang pak cik dlm lingkungan 50thn ke ats, seakan2 seusia dgn ayah memanggil kami yg masih tercari2 tmpt pakir motor yg kosong.

“mari sini....! mari sini...!” panggil pak cik tersebut.

“bagus betul pak cik ni...x yah nk tercari2 parking ksg kt cni,dia dh tlg carikan...” dlm hati sy berkata.

Sebaik shj ayah masuk ke dlm petak parkir, sy pn turun dr motor lalu membuka topi keledar. Kelihatan pak cik tersebut mengenakan kunci lalu mengunci motor yg kami naiki dgn kemas.

“haih....panas merungut....bila hujan turun, merungut jugak...” kata pak cik tersebut sambil terbongkok2 membetulkan pengunci di motor kami. Sungguh tersentap sy mendengar kata2 pak cik itu.

Ayah pun membalas, “ada air salah, xde air pun salah....”

Ayah seolah2 memahami apa yg diperkatakan oleh pak cik tersebut.

Ya, mungkin ada persamaaan antara pak cik itu dan ayah saya. Hati sy terdetik bhw pak cik ni mesti hidup susah. Masakan tidak dia sanggup bekerja di sini di bawah matahari terik dgn hanya gaji yg entah berapa sen sehari....

Mahu shj sy snap gmbr pak cik td, tp x kesampaian...entah sejak bila la sy ni minat dgn dunia fotografi. Mungkin terlalu asyik dgn bahan bacaan tentang fotografi agaknya.

Sebaik shj slps membeli tiket, saya dan ayah terus balik ke rumah. Sekali lagi, pak cik yg tadinya mengenakan kunci pd motor membuka pengunci motor kami.

“org2 ni x reti nk bersyukur agaknya....” sambung pak cik td seolah2 menyambung perbualan yg tadinya tertangguh.

Ayah sempat berbual utk beberapa ketika tp sy tidak mengambil perhatian apa yg mereka perkatakan. Pak cik tersebut terpaksa menamatkan perbualan dgn segera kerana terdapat org yg ingin meletak motor.

“dok mana?” ayah bertanya sebagai tanda perkenalan. Sudah menjadi kebiasaan kpd ayah bertanya tmpt tinggal.

Pesan nenek saya suatu ketika dahulu, “kalau jumpa org, tegur...tnya dia dok mana..mana la tau, entah2 dia tu sedare kita” begitulah sikap ayah saya yg mewarisi sikap emaknya.

Suaranya samar2 kedengaran menjawab pertanyaan ayah td. Tidak pasti di mana tempat tinggalnya.

Di wajahnya terpancar keikhlasan dgn peluh di dahi tidak lekang dek panas mentari. Hanya Allah yg dpt membalasnya. Moga Allah mempermudahkan rezekinya. Aduhai manusia, tidak kah engkau besyukur hidup di atas muka bumi ini yg penuh dgn nikmat yg limpah ruah? Itupun, masih engkau tidak sedari...diberi paha mahu betis!

Saturday, November 13, 2010

GARAM DI CAWAN, GARAM DI KOLAM


Seorang ustaz mendekati ,muridnya yang kelihatan murung dan suka menyendiri sejak kebelakangan ini.

“Kenapa kau selalu nampak macam tak gembira? Bukankah banyak benda yang cantik dan indah di dunia ini?” sang guru agama itu bertanya.

Si murid, Aiman yang berusia 16 tahun mengangkat kepala sambil merenung wajah ustaz.

“Ustaz, sejak akhir-akhir ini hidup saya penuh dengan masalah hingga saya sukar untuk tersenyum. Masalah yang datang tak habis-habis, seperti air mengalir dari lereng gunung” jawab Aiman.

Ustaz tersenyum saja. “Aiman, ambil secawan air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar ustaz perbaiki suasana hati Aiman yang sedang runsing dan berkecamuk.” Si murid beredar dan berjalan longlai ke rumah. Dia pergi ke dapur dan mencari barang seperti yang diminta ustaznya.

“Cuba ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam cawan yang ada air putih. Kacau dulu dan selepas itu teguk sedikit airnya.” Aiman melakukan demikian.

Wajahnya meringis kerana meminum air masin. “Bagaimana rasanya?” Tanya ustaznya.

“Cukup masin, perut Aiman jadi mual” jawab si murid dengan lidah yang terjulur.

Ustaz tersenyum melihat perlakuan gelabah muridnya yang baru saja menelan air masin.

“Sekarang Aiman ikut ustaz” kata ustaz sambil memimpin tangan Aiman yang sedang menggengam garam dan gelas menuju ke sebuah kolam yang agak besar dan jernih airnya, tidak jauh dari situ.

“Ambil garam yang segenggam lagi dan tebarkan ke dalam kolam.”

Aiman menebarkan segenggam garam ke dalam kolam tanpa banyak soal. Apa yang pasti, rasa masin dimulutnya beum hilang. Dia ingin meludahkan rasa masin dimulutnya,tetapi tidak melakukannya. Dia rasa tidak sopan untuk meludah di hadapan mursyidnya.

“Sekarang cuba kamu minum air kolam yang jernih ini” kata ustaz sambil mencari pangkin kayu di tepi kolam itu. Si murid menangkup kedua-dua tangannya dan mengambil air kolam yang jernih dan menghirupnya. Ketika air dingin segar mengalir di kerongkong, ustaz mencelah. “Bagaimana rasanya?”

“Segar, memang cukup segar. Sedikit pun tidak masin!” kata si murid sambil mencuci bibirnya.

“Tentu saja air kolam itu berasal daripada sumber mata air dan airnya mengalir dari kawasan gunung. Adakah terasa garam yang kau taburkan?” Tanya ustaz.

“Tidak, ustaz!” kata si murid sambil menghirup lagi air kolam yang dingin dan segar. Sang guru hanya tersenyum dan membiarkan muridnya mengambil dan minum air tasik sampai puas.

Tiada manusia bebas daripada masalah sambil menepuk bahu Aiman. Ustaz memberitahu, “beginilah Aiman, segala maslah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang dan tidak lebih. Banyaknya maslah dan penderitaan yang kau hadapi di dalam hidup ini sudah ditentukan Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tidak berkurang dan tidak pula bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian.”

“Tidak ada satu manusia pun, walau ia seorang nabi bebas daripada penderitaan dan maslah.”

Si murid terdiam dan khusyuk mendengarnya. “Tapi rasa masin daripada penderitaan yang dialami itu sangat bergantung daripada besarnya kalbu (hati) yang menampungnya. Jadi, supaya tidak merasa derita, berhentilah menjadi cawan dan jadikan kalbu di dalam dadamu itu sebesar kolam.”

Begitulah masalah yang kecil menjadi besar tatkala hati tidak berjiwa besar. Banyak kita saksikan dalam perjalanan hidup kita ada orang saling bertengkar malah berbunuhan hanya kerana masalah kecil. Masalah yang kecil itu menjadi besar tatkala hatinya sempit.

Besarkanlah ruang hati kita dan jadilah kita lebih bijaksana dalam menghadapi masalah. Nescaya hasilnya akan terhampar seiring dengan terdampar luas ruang hati kita. Bersemangatlah menjalani kehidupan. Berfikirlah bagaimana untuk hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Jangan jadikan masalah kecil sebagai masalah besar sehingga membebankan fikiran.