Thursday, November 18, 2010

Plan kami sdg bermula...


Pagi td sy menerima msg dr syimah ttg plan kami semasa cuti. Kami bercdg utk bercuti di Kelantan utk beberapa hari di rumah salihah. Cadgan ini sudah lama di kotak fikiran kami. Kami berdua berniat utk berya haji di Kelantan. Maklumlah, raya haji di negeri selatan m’sia tidak semeriah sebagaimana di Kelantan. Tetapi cdgn ini terpaksa dibatalkan kerana saya terlalu rindu utk pulang ke rumah. Agak aneh perasaan rindu ini setelah sekian lama dipendamkan.

Entah, kenapa diri ini bagai ada tarikan magnet dgn kg halaman. Teringat adik2 d rumah...terutamanya si kecil molek. Suaranya bagai terngiang2 di kepala. Mana tidakya, selps aidilfitri yg lps, sy memang tidak pulang2. Perasaan cemburu mula tiba apabila melihat rakan sebilik yg sering pulang ke rumah. Tidak kira lah balik rmh kakak ke sedara ke..ataupun rmh sendiri. Kebiasaannya, sy tidak lah kemaruk nk balik seperti ini. Kawan2 pun sudah fhm dgn kerenah diri sy yg sering x mahu balik bila cuti pjg. Tp kali ini aneh sungguh. Hurm..sabar..sabar...

dan...skrg sy sudah pn berada di rmh utk cuti yg agak lama. Hrp cuti kali ini memberi manfaat. Ditakuti masa yg ada dibuang begitu sahaja tanpa apa2 kerja utk disumbangkan kpd islam. Perkara inilah yg amat membimbangkan kerana apabila berada di rumh kita sering lalai dan sering termakan godaan syaitan.


Kita fikir, kita bebas melakukan apa shj apabila cuti. Tp kita lupa sebenarnya tanggungjwb kita yg sentiasa dihitung oleh Allah. Tanggungjwb kita sbg hamba allah di muka bumi, tanggungjawab kita sbg mahasiswa, tanggungjwb kita sbg anak, tggjwb kita sbg masyrk dan sbginya.

sbg seorg hamlatul quran, kita tidak seharusnya melupakan tggjwb kita terhadap al-quran. Masa cuti inilah masa yg paling ideal utk kita mengulang bersama2. Peringatan ini utk diri sendiri dan shbt2 sehafiz dan sehafizah. JOm memaknakan cuti dgn mengulang quran!

*****

Br sebentar td sy ke Melaka sentral utk membeli tiket ke segamat pd hr sabtu ini. Sy ke sana bersama ayah dgn menaiki motor. Sy lebih suka memilih motor sbg kenderaan utk ke Bandar kerana itu lebih menyenangkan. Lebih2 lg di musim perayaan, lbh senang utk mencelah ketika terperangkap dlm trafik jam. Saya dan syimah merancang utk bertolak ke Kelantan dr segamat (rumah syimah). Alhamdulillah...jimat tmbg utk ke sana kerana kami akan menaiki kereta yg dipandu oleh adik syimah.

Utk memasuki ruang tempat meletak motor di Melaka sentral dikenakan byrn rm1. Tidak hairanlah setiap benda pd zaman skrg dikenakan byrn hatta memasuki tandas awam dlm Melaka sentarl pun dikenakan byrn 'yuran' 20sen yg mana masih mengekalkan ranking tandas awam termurah. Jika kebiasaannya ‘yuran’ masuk tandas awam di m’sia ialah 30sen.

Jika dahulu, hendak parking motor hanya percuma shj tp sekarang sudah berbayar dan diadakan tempat letak motor berkunci. Di sini, pekerja diperlukan utk menjaga kwsn parkir motor serta memungut yuran rm1 dr setiap org awam yg masuk utk memakir motor.

Sebaik shj smpi di kwsn parkir, kelihatan seorang pak cik dlm lingkungan 50thn ke ats, seakan2 seusia dgn ayah memanggil kami yg masih tercari2 tmpt pakir motor yg kosong.

“mari sini....! mari sini...!” panggil pak cik tersebut.

“bagus betul pak cik ni...x yah nk tercari2 parking ksg kt cni,dia dh tlg carikan...” dlm hati sy berkata.

Sebaik shj ayah masuk ke dlm petak parkir, sy pn turun dr motor lalu membuka topi keledar. Kelihatan pak cik tersebut mengenakan kunci lalu mengunci motor yg kami naiki dgn kemas.

“haih....panas merungut....bila hujan turun, merungut jugak...” kata pak cik tersebut sambil terbongkok2 membetulkan pengunci di motor kami. Sungguh tersentap sy mendengar kata2 pak cik itu.

Ayah pun membalas, “ada air salah, xde air pun salah....”

Ayah seolah2 memahami apa yg diperkatakan oleh pak cik tersebut.

Ya, mungkin ada persamaaan antara pak cik itu dan ayah saya. Hati sy terdetik bhw pak cik ni mesti hidup susah. Masakan tidak dia sanggup bekerja di sini di bawah matahari terik dgn hanya gaji yg entah berapa sen sehari....

Mahu shj sy snap gmbr pak cik td, tp x kesampaian...entah sejak bila la sy ni minat dgn dunia fotografi. Mungkin terlalu asyik dgn bahan bacaan tentang fotografi agaknya.

Sebaik shj slps membeli tiket, saya dan ayah terus balik ke rumah. Sekali lagi, pak cik yg tadinya mengenakan kunci pd motor membuka pengunci motor kami.

“org2 ni x reti nk bersyukur agaknya....” sambung pak cik td seolah2 menyambung perbualan yg tadinya tertangguh.

Ayah sempat berbual utk beberapa ketika tp sy tidak mengambil perhatian apa yg mereka perkatakan. Pak cik tersebut terpaksa menamatkan perbualan dgn segera kerana terdapat org yg ingin meletak motor.

“dok mana?” ayah bertanya sebagai tanda perkenalan. Sudah menjadi kebiasaan kpd ayah bertanya tmpt tinggal.

Pesan nenek saya suatu ketika dahulu, “kalau jumpa org, tegur...tnya dia dok mana..mana la tau, entah2 dia tu sedare kita” begitulah sikap ayah saya yg mewarisi sikap emaknya.

Suaranya samar2 kedengaran menjawab pertanyaan ayah td. Tidak pasti di mana tempat tinggalnya.

Di wajahnya terpancar keikhlasan dgn peluh di dahi tidak lekang dek panas mentari. Hanya Allah yg dpt membalasnya. Moga Allah mempermudahkan rezekinya. Aduhai manusia, tidak kah engkau besyukur hidup di atas muka bumi ini yg penuh dgn nikmat yg limpah ruah? Itupun, masih engkau tidak sedari...diberi paha mahu betis!

No comments:

Post a Comment