Wednesday, February 2, 2011

8 KEKUATAN PENJAJAH MENAKLUKI ORANG ISLAM

Menurut Muhammad Sayyid al-Wakil seorang sejarawan Mesir, setidaknya dalam kerangka perang pemikiran, kekuatan penjajah menjalankan lapan langkah menakluki kaum muslimin.

1. Menimbulkan keraguan pada nilai Islam, sehingga pada tahap berikutnya muncul pula ketidakpercayaan bahawa Islam mampu memberikan penyelesaian dan menjadi pemecah masalah. Pada saat yang sama dihembuskan semangat untuk meninggalkan agam, kerana barat dan eropah mengalami kemajuan dengan cara meninggalkan agamanya.

2. Belajar dari keturunan khilafah Islam, maka kekuatan penjajah memperkenalkan dan menjalankan sistem sekularisme agar pemerintah tempatan menjauh dari ajaran Islam, dan mempercayai bahawa Islam adalah penghalang kemajuan. 

3. Diterapkan pula sistem dikotomi dalam pendidikan agama dan pendidikan umum, yang akibatnya akan muncul konflik bahkan pada tingkat yang lebih genting di dalam keluarga, kerana standarisasi pendidikan yang berbeza antara anak dan ibu bapa.

4. Pendidikan umum akan dipromosikan keunggulannya dan hasil didikannya diberi kedudukan dan tempat yang terhormat di dalam masyarakat agar nampak keunggulan sistem pendidikan sekular. Pada masa yang sama, semua lulusan sekolah agama akan dipandang rendah dan diremehkan kedudukannya di tengah masyarakat.

5. Kerosakan moral akan ditebar sebagai salah satu jaringan yang menghancurkan potensi-potensi dalam umat Islam. Seorang orientalis pernah mengatakan, segelas minuman dan seorang artis mampu menghancurkan umat Muhammad melebihi seribu meriam. Maka tenggelamkan umat Muhammad pada material dan syahwat.

6. Sekolah-sekolah yang memperkenalkan pendidikan sekular akan terus digalakkan untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah ditentukan.

7. Rumah sakit dan pusat rawatan untuk orang miskin akan dikurangkan pembangunannya dengan tujuan rawatan yang bersyarat. Perubatan hanya diberikan kepada oang-orang yang mengakui dan mahu meninggalkan agamnya sendiri.

8. Biasiswa dan program-program pendidikan akan diberikan untuk anak-anak keluarga Muslim, agar mereka jauh dari ajaran Islam dan sebagai gantinya, otak mereka akan diisi oleh pendidikan justeru akan menghancurkan agamanya.

# Dan hari ini, kita dapati betapa berkuasanya Israel dan Amerika ke atas dunia Islam. Salah satunya, polisi yang mereka ambil dan diaplikasikan lahir daripada kajian-kajian serius terhadap dunia Islam. Sedangkan umat Islam, sampai hari ini pun masih belum mengerti tentang siapa dan bagaimana musuh-musuhnya menyiapkan rancangan penyerangan. 

# Kajian tentang Islam dan Arab merupakan kajian tertua di Hebrew University of Jerusalem. Kajian ini digagas dan dimulakan bersamaan dengan kejayaan zionisme merampas tanah Palestin dan dijadikan negara haram iaitu Israel. Berbondong-bondong ilmuan Yahudi dari eropah berpindah ke Palestin sehingga melahirkan 32 professor dan pensyarah dalam bidang ini.

# Mereka tidak segan silu menyatukan perpustakaan mereka demi satu tujuan yang sama. Misalnya perpustakaan Ignaz Goldziher yang mengandungi lebih daripada 6000 jenis buku klasik dari berbagai zaman yang disumbangkan kepada Jewish Naional And University Library. Hari ini, mereka memiliki tidak kurang daripada 30,000 koleksi karya-karya penting tentang Arab dan Islam di perpustakaan mereka. 

 Zionis, Yahudi, Freemansori, dipenuhi konspirasi dan propaganda menghancurkan Islam! Mungkin setiap apa yang kita lakukan sudah cukup menggambarkan betapa liciknya mereka!

No comments:

Post a Comment