Monday, December 6, 2010

Kenangan Kem Hafazan di Pusat Tahfiz Ar-Redha Dungun, T'ganu


Setelah menghabiskan masa di Kelantan, kini sy beralih angin pula ke dungun, t’ganu utk kem hafzn sempena cuti sekolah di pusat tahfiz ar-redha. Dgn beg yg sedikit pertambahan beratnya dan penat bercuti di Kelantan masih bersisa, terasa ingin balik ke Melaka sahaja. Tapi apa boleh buat, taklifat... yg diberikan mesti ditunaikan terlebih dahulu.


Alhamdulillah....akhirnya, sy selamat smpi di dungun, t’ganu. Rasa macam tak percaya pula apabila berseorangan diri sekali lagi di negeri org. Kali pertama, sy ke perak utk program kem menuju puncak di lenggong, empat tahun yg lalu (kalau tidak silap). Pengalaman yg tidak dpt dilupakan...

Sebaik shj sampai, meeting (final touch) dimulakan sbg gambaran sebenar perjalanan kem tersebut. Shbt sy yg turut serta dlm kem ini ialah jawahir, sarahayati, hafizah dan fauziah hanum. Tamat shj meeting, kami bersolat asar.

Kami bercadang utk pergi menikmati keindahan pantai yg hanya mengambil 2 minit shj utk smpi jika berjalan kaki. Mmg seronok bila menghayati keindahan alam. Deruan ombak yg sudah cukup utk menilai kekuasaan Allah dan angin yg bertiup sepoi2 bhs membuatkan kami tidak mahu berangkat utk pulang.




Kak siti pula yg akan melangsungkan perkahwinannya pada 5 dis ini sempat membawa kami bersiar2 di sekitar dungun dgn menaiki kereta alza sebelum maghrib tiba. Kami sempat membeli keropok lekor utk juadah mkn mlm kami.

Pd malam hari pula, kami membuat persiapan utk menyambut adik2 yg akan melapor diri pd keesokan hari. Tapi pada malam hari pula, sy rasa tidak sedap badan dan akhirnya rebah di katil. Seram sejuk jadinya. selesema yg semakin menjadi2 adalah symptom2 demam rupanya...


program belum mula apa2 lagi, demam sudah dtg. Sy mula takut utk mengambil mana2 ubatan terutamanya paracetamol atau panadol dll apabila ja dan sa yg mengambil bidang perubatan dan farmasi menjelaskan akibat apabila terlalu byk mengambil bhn tersebut.

Keesokannya ialah hari pendaftaran adik2 (muslimat shj). Sy bertugas di bhgn meja pendaftaran bersama2 hafizah. agak panik seketika apabila terlalu ramai yg dtg utk mendaftar. Peserta yg paling muda ialah 8 tahun manakala perserta paling tua ialah 16 tahun.

Kami agak teruja melihat gelagat seorang budak perempuan yg berusia 8 tahun yg beria benar ingin mendaftar tetapi dilarang oleh ibunya kerana anaknya masih belum boleh berdikari lagi. Emaknya tidak tahu mengenai kem tersebut. Kebetulan emaknya dtg utk menghadiri kuliah jumaat yg diadakan di situ.

Sedar2, anaknya dtg kpdnya dgn membawa fail yg kami letak di atas meja pendaftaran. Emaknya berbelah bhg utk melepaskan anaknya utk bermalam di sini. Akhirnya, emaknya terpaksa membatalkan hasrat utk anaknya mengikuti kem hafazan. Kagum betul sy lihat keinginan budak tersebut. Adik2 sy pun tidak sepertinya.

Berdebar2 rasanya nk conduct adik2 ni. Sy mmg tidak membuat apa2 persiapan mental utk menghadiri kem ni. Mengharapkan ilmu di dada shj. Memang payah jika tiada persiapan mental tp Alhamdulillah dgn bantuan shbt2 yg terlibat, kami sering membuat discussion dan post mortem pd setiap hari.

Kdg2 geli hati melihat prangai adik2 ni. Hr pertama hingga lah hari keempat lebih kurang, ada shj yg menangis mengadu hendak balik ke rumah. Kami fasi2 sekalian penat nk memujuk mereka. Kalau bab memujuk budak perempuan, sy mmg surrender awl2 cz sy xde adik perempuan yg seumur dgn mereka. Nasib baik la ada shbt sy yg pandai memujuk.

merajuk sampai menyorok kt dlm loker x nk makan

Ape yg sy dpt simpulkan di sini, system pembelajaran dlm program ni ala2 sistem pondok. Mana tidaknya, budak kecil seawal umur 8 tahun sudah didik utk bangun qiamulail setiap hari. Xpe dik, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya rasa jeles dgn adik2 yg dtg kem ni cz semasa kecil sy tidak didedahkan seperti ini. Mula menghafal quran pun bila umur dh 18 tahun. Otak pun dh berkarat.


Aktiviti yg dijalankan seolah2 mengajar kita hidup berdikari. Berikut adalah aktiviti harian mereka sepanjang seminggu berada di kem ini:

4.30 pg: bgn dan mandi

5.00 pg: qiamulail dan solat subuh

6.15 pg: perjumpaan pagi

6.30 pg: kelas hafazan 1

7.30 pg: tugasan harian dan solat sunat dhuha

8.00 pg: sarapan

8.30 pg: kelas hafazan 2

10.30 pg: minum pagi

11.00 pg: kelas tajwid

12.00 tghri: qailullah

1.00 ptg: solat zohor

2.00 ptg: kelas hafazan 3

4.00 ptg: solat asar

4.30 ptg: minum ptg

4.45 ptg: kelas tauhid/fardhu ain

5.45 ptg: LDK (kebiasaannya kami beri mereka peluang utk berehat dan khidmat diri)

6.30 ptg: makan malam

7.00 mlm: solat maghrib dan solat isyak serta pengisian

9.00 mlm: kelas hafazan 4

10.30 mlm: minum malam dan bacaan al-mulk

11.00 mlm: tidur







Tugas kami sbg fasi mmg sgt berat. Bukan sbg fasi shj malah sbg guru tasmi’. Baru sy sedar bukan senang nk jadi guru tasmi’ ni. Nk kena jaga hafalan mereka. Mereka ni menghafal bukan macam kita hafal. Kita boleh fikir sendiri dgn kreatif cmne nk hafal dgn betul. Bagi mereka, kita sbg guru mesti tunjuk kpd mereka satu persatu cmne nk mengingat al-quran spy tidak lupa. Secara tidak langsung, sy dpt memikirkan cara utk sy sendiri mengulang al-quran dgn betul.

time ni anak murid sy ajar sy cara yg betul camne nk bukak sampul ketupat palas. byk makanan yg sy x pernah jumpa sebelum ni sy dh rasa kt t'ganu ni. contohnya, pulut cawan. hehe, x tau sedap ke x... no comment la..
 Alhamdulillah... ank2 murid sy mmg bagus2 belaka. Sy sgt kagum dgn mereka. Kumpulan hafazan 5 sentiasa di hati ustazah. Zulaikha, udaimatunnur, adrina, najihah, ariani, zaharah... Ustazah rindu kalian semua...!


Selain itu, kami sentiasa mengawasi segala aktiviti mereka. Setiap kali makan, mandi dan sebagainya. Penat juga sebenarnya jd fasi tp itu semua pengalaman. Pengalaman mmg byk mengajar sy. Utk kelas tajwid juga kami juga yg mengendalikan. Risau juga kalau apa yg kita ajar ilmu yg salah dan tidak difahami oleh adik2 ni. Sebelum kelas tajwid tu, kami akan membuat perbincangan sebentar.

muka garang masa kelas tajwid.
Pada mlm hari sebelum hari terakhir diadakan ujian hafazan. Semua guru tasmi’ terlibat dlm ujian ni. Sy akan mentasmi’ ank2 murid sarah. Ada yg x dpt menjawab soalan dan ada yg dpt menjawab soalan dgn baik tp tajwid hancur.

Sarah sgt risau takut2 sy ni sgt syadid dlm pembhgian markah. Sy dpt report dr sarah yg ada salah seorang ank muridnya menangis tidak mendapat jwb soalan sy. That’s it! Sy mmg syadid... tp sebenarnya, sebelum ujian tu, sy sgt berdebar seolah2 sy pula yg ingin menjawab soalan. Salah satu sebabnya ialah sy takut jika tersilap bagi markah. Alhamdulillah... sarah berpuas hati dgn markah anak muridnya...

cmne ngn keputusan ujian, nadiatul? puas hati x?

Selepas ujian, kami adakan LDK terakhir utk memilih siapakah peserta terbaik. Ada kumpulan yg best dan sebaliknya tp tiada hadiah utk kumpulan tersebut, hanya utk peserta terbaik shj.

air beracun


tirai ukhwwah

Selepas LDK, kami fasi2 sekalian sgt2 sibuk mengemas bilik utk check out kerana fasi muslimin akan check in ke bilik yg kami tinggal. Sy pula sibuk dgn video yg masih byk lagi tidak disiapkan. Mmg malam tu sy berniat utk tidak tidur tp disebabkan laptop semakin menjadi2 masalahnya, akhirnya, sy pun tertidur di hdpn lptop.

Keesokan paginya, adik2 minta pergi ke pantai. Memang kami fasi2 sendiri hendak sgt utk ke pantai bersama adik2 tp cuaca tidak mengizinkan. Pg tu pula hujan. Kami terpaksa membatalkan hasrat utk ke pantai tp adik2 ni nk sgt2 g pantai. Kami tidak sampai hati melihat adik2 merayu utk ke pantai. Akhirnya, kami terpaksa akur dgn permintaan adik2.






Sedih sgt2 bila tidak dpt tayangkan video tersebut semasa majlis penutup. Insya allah, sy akan cuba utk menyiapkannya dan akan diupload ke dlm facebook utk tatapan adik2. byk lg gambar2 yg sy simpan tp x dpt nk upload sume kt cni.

kenangan dari pusat tahfiz ar-redha. terima kasih utk segalanya. layanan yg cukup baik! terima kasih juga kpd penceramah jemputan yg tidak diundang, ustazah baiti solehah.hehe. nasib baik la awak ada utk membantu kami.

Sy rasa puas sebaik shj tamatnya program ni cz cuti sy yg hampir sebulan ni tidak sia2 camtu shj. Tp apakan daya selepas shj majlis penutup kem ni, kami terpaksa menyambung tugas di meja pendaftaran utk peserta banin pula.

Sy akan bertolak pulang ke Melaka pd sebelah malam. Tidak sempat utk membeli belah di t’ganu utk org2 di Melaka. Alhamdulillah...sy selamat sampai di Melaka tepat jam 5 pagi. Pengalaman pertama naik bas sampai ke destinasi sebelum subuh.

*****

Sebaik shj sampai di Melaka sentral, sy menelefon emak sy. Pagi tu, kereta yg dipandu emak sy nyaris kemalangan dgn sebuah ambulans. Nasib baik emak sy sempat menekan brek. Mmg mak sy pandu sgt laju menyebabkan kami tidak perasan bunyi ambulans pagi tu tambahan pula kereta di atas jln pd waktu begini mmg sgt lengang.

Jika satu saat shj emak sy tidak menekan brek, mmg kami dh berada di hospital. Sy yg sdg melayan mimpi di dlm kereta terjaga dan tiada perasaan terkejut pun masa tu. Masa tu sy yakin yg kami akan selamat apabila melihat ambulans menghampiri kereta kami. Sy tak tahu di mana dtgnya keyakinan tu. Allahu akbar!

Alhamdulillah... semuanya selamat. Ya Allah.... jauhkan kami dari segala musibah.

Sunday, December 5, 2010

KELANTAN MENGGAMIT KEMBALI...


setelah 2 minggu tidak dpt online kerana terlalu asyik dgn percutian di pantai timur,akhirnya dapat juga sy berpeluang utk menekan papan kekunci yg selalu menjadi rebutan adik2 sy.pelik sungguh,sdg pantai timur dilanda salji m'sia, sy pula sibuk ingin bercuti ke sana.

seperti yg sy sebutkn dlm n3 sebelum ini,mmg dh lama nk bercuti di sini ttpi byk halangan. tambahan pula, kelantan merupakn transit utk sy ke t'ganu pd 25 nov ini. inilah kali pertama sy menjejakkan kaki ke sini bersama rakan. kali terakhir sy ke sini semasa sy di sekolah rendah.mmg x igt ape2 ttg kelantan mse tu.

sy dan syimah bermalam di rumah sahabat kami, salihah di pasir puteh. perjalanan kami ke sana dengan kereta yg dipandu oleh adik syimah mengambil masa selama 10 jam. kami bertolak dr segamat agak lambat dan had laju terpaksa dinaikan utk mengejar masa sehinggakan salah seorg kami yg tertidur mengigau seolah2 kereta kami menghentam kereta di hdpn. adegan yg sungguh melucukan. padahal jarak kereta kami masih jauh dgn kereta di hdpn.

apa yg menarik perhatian sy sepanjang perjalanan ialah papan tanda-papan tanda di sepanjang perjalanan semuanya ditulis dlm dua tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi. bukan hj papan tanda malah papan iklan juga dituli dlm tulisan jawi. inilah kelainan yg sgt sy kagumi di negeri pantai timur ini. sy tidak pernah lg membaca tulisan jawi di sign board tepi jalan. kita lebih mengagungkan tulisan2 yg diimpot dr barat drpd tulisan asal kita sehinggakan ank2 kecil menjadi buta jawi. tidak hairanlah ada di antara kita yg susah utk membaca jawi apatah lagi utk mengaji al-quran. pelajaran jawi pula sudah dijadikan sebagai subjek sampingan shj.




kami tiba di pasir puteh pd pukul 10.30 mlm. sebaik shj smpi di rumah salihah, kami terus berehat kerana sepanjang perjalanan kami tidak dpt tidur.

keesoknnya, selepas membeli sarapan salihah mengajak kami ke pantai tok bali. kami menikmati sarapan di tepi pantai. mmg seronok. angin yg tiup sepoi2 bhs, hari yg tidak panas dan tidak pula sejuk menyebabkan kami enggan pulang.  kononnya mahu bermain di tepi2 shj tp alang2 dh basah, baik mandi terus.



sy pula letih melihat mereka bermain di gigi pantai. tambahan pula, selesema yg tidak sembuh2 semakin menjadi2 membuat sy letih dan kurang stamina. mood utk mandi pantai hilang dan sy tidaklah teruja utk bermandi di pantai. hanya sekadar menikmati keindahan ciptaan Allah sudah cukup utk sy menghilangkan stres.

kami lihat byk rumah yg didirikan di tepi pantai tok bali. kelihatan seorang pak cik bersama sebuah sampan yg tersadai di tepi pantai. kami manghampiri pak cik tersebut dan sempat berbual bersamanya. di raut wajahnya terpancar keikhlasan. kerjanya ke laut tidak mematahkan semangatnya utk mencari rezeki yg halal utk menyara keluarga. bukan senang utk ke laut yg sentiasa berhadapan dgn risiko. saya sempat meneka umurnya dlm lingkungan 60 an. ya, mmg tepat jangkaan sy.






sebaik shj sampai di rumah, kami keletihan dan tertidur sehingga terlajak utk meneruskan rancangan kami ke rumah syakila iaitu roomate saya. mmg semasa di pantai tok bali kami merancang utk ke rumahnya. kata syakila, hari ni (21 nov) ade kenduri di rumah makciknya. rupa2nya, kenduri kahwin sepupunya. walaupun terlambat, kami kuatkan utk pergi sbb kami sudah berjanji utk dtg ke rmhnya. seronok tgk gelagat fmily syakila yg sgt besar. riuh rendah jadinya apabila semua org di dlm rumah tidak sabar2 utk menonton perlawanan antara dato' lee chong dan lin dan. mmg sgt seronok dan kelakar. syg tiada gambar diambil waktu ni.

keesokannya pula, kami bercdg utk ke expo cheng ho. dari rumah lg ayah sy dh berpesan utk pergi ke expo cheng ho. sy pn tidak tahu apa yg ada di sana sehinggakan ayah saya beria benar meyuruh sy ke sana. sebaik shj smpi di sana, org ramai berpusu2 masuk ke dalam dewan pameran. sy pun naik pening kerana terlalu byk sgt dewan pameran. ini menunjukkan populasi org cina di kelantan mmg ramai.







yg melucukan di sini ialah apabila kami tidak dpt membezakan antara org cina m'sia dan org cina China. yg selalu terkena ialah sy.

"How much?" tanya saya kepada penjual kain.
"lapan puluh." jawab penjual itu.
"alamak, die boleh ckp melayu ler.." dlm hati sy menjawab.

sebenarnya, sj je sy nk tnya sbb nk dgr org cina kelantan speaking kelantanese. lgpun, sy tidak berniat utk membeli satu brg pun utk dibawa balik ke melaka. mana tidaknya, ongkosnya tak cukup sbb lps ni sy akan ke t'ganu pula. sy rasa macam lawak pulak apabila mendengar org cina ckp kelantan.

expo cheng ho ni mmg sgt besar. mmg sgt penat dan meletihkan. rasa macam nk tercabut kaki sy dibuatnya. kemudian, kami mengambil kesempatan utk menyaksikan pertunjukkan kung fu oleh shau lin (betol ke spelling?) dan pertunjukkan berjalan atas tali di dlm stadium sultan muhammed. bayaran masuk adalah sebanyak RM10. apabila mendengar dikenakan byrn, sy terus membatalkan niat utk melihat pertunjukkan tersebut ttpi apabila syimah dan salihah pula besetuju utk menyaksikannya, sy pun ikut aja la. bila lagi nk tgk klu bukan skrg.



apa yg tidak disangka, kami sempat berjumpa dgn farhan, roomate dan classmate sy di sini. dlm keadaan tercari2 kerana masalah talian celcom yg tidak dapat berhubung melalui panggilan, akhirnya kami berjumpa dgn farhan di salah sebuah booth di sini.

sedar tidak sedar, kami rupanya seharian berada di expo cheng ho. sepanjang hari sy berada di bandar KB, sejuk mata memandang apabila muslimat di sini bertudung labuh kebanyakkannya. inilah dikatakan bandaraya Islam. nk nampak org yg tidak bertudung sgt susah. ptg tu, kami tidak tahu nk balik ke pasir puteh dgn menaiki apa. akhirnya, kami terpaksa mengejar sebuah teksi ni. alhamdulillah...kami selamat sampai ke rumah walaupun lambat.

keesokannya, kami ingin melawat ke bandar KB utk membeli brg2 utk dibawa pulang tp kami terpaksa menundakan rancangan kami ke hari esoknya. kami pergi ke pasar Siti Khadijah utk membeli-belah. Salihah sempat membeli buah tgn utk sy bawa pulang ke rumah. destinasi terakhir kami ketika berada di kelantan ialah Radix Fried Chicken (RFC) utk makan tengahari di sini. mmg kami nk sgt2 utk menjamu selera di sini. tercapai juga hasrat kami.

kami terpaksa balik ke pasir puteh awal kerana syimah akan bertolak ke segamat pd mlm ni manakala sy akan betolak ke dungun t'ganu pd esk pg. percutian yg mengasyikkan walaupun sy kekurangan stamina sepanjang berada di kelantan.

plan kami berakhir di sini.... :)

nxt n3, sy akan ke t'ganu pula. selamat tinggal kelantan!

Thursday, November 18, 2010

Plan kami sdg bermula...


Pagi td sy menerima msg dr syimah ttg plan kami semasa cuti. Kami bercdg utk bercuti di Kelantan utk beberapa hari di rumah salihah. Cadgan ini sudah lama di kotak fikiran kami. Kami berdua berniat utk berya haji di Kelantan. Maklumlah, raya haji di negeri selatan m’sia tidak semeriah sebagaimana di Kelantan. Tetapi cdgn ini terpaksa dibatalkan kerana saya terlalu rindu utk pulang ke rumah. Agak aneh perasaan rindu ini setelah sekian lama dipendamkan.

Entah, kenapa diri ini bagai ada tarikan magnet dgn kg halaman. Teringat adik2 d rumah...terutamanya si kecil molek. Suaranya bagai terngiang2 di kepala. Mana tidakya, selps aidilfitri yg lps, sy memang tidak pulang2. Perasaan cemburu mula tiba apabila melihat rakan sebilik yg sering pulang ke rumah. Tidak kira lah balik rmh kakak ke sedara ke..ataupun rmh sendiri. Kebiasaannya, sy tidak lah kemaruk nk balik seperti ini. Kawan2 pun sudah fhm dgn kerenah diri sy yg sering x mahu balik bila cuti pjg. Tp kali ini aneh sungguh. Hurm..sabar..sabar...

dan...skrg sy sudah pn berada di rmh utk cuti yg agak lama. Hrp cuti kali ini memberi manfaat. Ditakuti masa yg ada dibuang begitu sahaja tanpa apa2 kerja utk disumbangkan kpd islam. Perkara inilah yg amat membimbangkan kerana apabila berada di rumh kita sering lalai dan sering termakan godaan syaitan.


Kita fikir, kita bebas melakukan apa shj apabila cuti. Tp kita lupa sebenarnya tanggungjwb kita yg sentiasa dihitung oleh Allah. Tanggungjwb kita sbg hamba allah di muka bumi, tanggungjawab kita sbg mahasiswa, tanggungjwb kita sbg anak, tggjwb kita sbg masyrk dan sbginya.

sbg seorg hamlatul quran, kita tidak seharusnya melupakan tggjwb kita terhadap al-quran. Masa cuti inilah masa yg paling ideal utk kita mengulang bersama2. Peringatan ini utk diri sendiri dan shbt2 sehafiz dan sehafizah. JOm memaknakan cuti dgn mengulang quran!

*****

Br sebentar td sy ke Melaka sentral utk membeli tiket ke segamat pd hr sabtu ini. Sy ke sana bersama ayah dgn menaiki motor. Sy lebih suka memilih motor sbg kenderaan utk ke Bandar kerana itu lebih menyenangkan. Lebih2 lg di musim perayaan, lbh senang utk mencelah ketika terperangkap dlm trafik jam. Saya dan syimah merancang utk bertolak ke Kelantan dr segamat (rumah syimah). Alhamdulillah...jimat tmbg utk ke sana kerana kami akan menaiki kereta yg dipandu oleh adik syimah.

Utk memasuki ruang tempat meletak motor di Melaka sentral dikenakan byrn rm1. Tidak hairanlah setiap benda pd zaman skrg dikenakan byrn hatta memasuki tandas awam dlm Melaka sentarl pun dikenakan byrn 'yuran' 20sen yg mana masih mengekalkan ranking tandas awam termurah. Jika kebiasaannya ‘yuran’ masuk tandas awam di m’sia ialah 30sen.

Jika dahulu, hendak parking motor hanya percuma shj tp sekarang sudah berbayar dan diadakan tempat letak motor berkunci. Di sini, pekerja diperlukan utk menjaga kwsn parkir motor serta memungut yuran rm1 dr setiap org awam yg masuk utk memakir motor.

Sebaik shj smpi di kwsn parkir, kelihatan seorang pak cik dlm lingkungan 50thn ke ats, seakan2 seusia dgn ayah memanggil kami yg masih tercari2 tmpt pakir motor yg kosong.

“mari sini....! mari sini...!” panggil pak cik tersebut.

“bagus betul pak cik ni...x yah nk tercari2 parking ksg kt cni,dia dh tlg carikan...” dlm hati sy berkata.

Sebaik shj ayah masuk ke dlm petak parkir, sy pn turun dr motor lalu membuka topi keledar. Kelihatan pak cik tersebut mengenakan kunci lalu mengunci motor yg kami naiki dgn kemas.

“haih....panas merungut....bila hujan turun, merungut jugak...” kata pak cik tersebut sambil terbongkok2 membetulkan pengunci di motor kami. Sungguh tersentap sy mendengar kata2 pak cik itu.

Ayah pun membalas, “ada air salah, xde air pun salah....”

Ayah seolah2 memahami apa yg diperkatakan oleh pak cik tersebut.

Ya, mungkin ada persamaaan antara pak cik itu dan ayah saya. Hati sy terdetik bhw pak cik ni mesti hidup susah. Masakan tidak dia sanggup bekerja di sini di bawah matahari terik dgn hanya gaji yg entah berapa sen sehari....

Mahu shj sy snap gmbr pak cik td, tp x kesampaian...entah sejak bila la sy ni minat dgn dunia fotografi. Mungkin terlalu asyik dgn bahan bacaan tentang fotografi agaknya.

Sebaik shj slps membeli tiket, saya dan ayah terus balik ke rumah. Sekali lagi, pak cik yg tadinya mengenakan kunci pd motor membuka pengunci motor kami.

“org2 ni x reti nk bersyukur agaknya....” sambung pak cik td seolah2 menyambung perbualan yg tadinya tertangguh.

Ayah sempat berbual utk beberapa ketika tp sy tidak mengambil perhatian apa yg mereka perkatakan. Pak cik tersebut terpaksa menamatkan perbualan dgn segera kerana terdapat org yg ingin meletak motor.

“dok mana?” ayah bertanya sebagai tanda perkenalan. Sudah menjadi kebiasaan kpd ayah bertanya tmpt tinggal.

Pesan nenek saya suatu ketika dahulu, “kalau jumpa org, tegur...tnya dia dok mana..mana la tau, entah2 dia tu sedare kita” begitulah sikap ayah saya yg mewarisi sikap emaknya.

Suaranya samar2 kedengaran menjawab pertanyaan ayah td. Tidak pasti di mana tempat tinggalnya.

Di wajahnya terpancar keikhlasan dgn peluh di dahi tidak lekang dek panas mentari. Hanya Allah yg dpt membalasnya. Moga Allah mempermudahkan rezekinya. Aduhai manusia, tidak kah engkau besyukur hidup di atas muka bumi ini yg penuh dgn nikmat yg limpah ruah? Itupun, masih engkau tidak sedari...diberi paha mahu betis!

Saturday, November 13, 2010

GARAM DI CAWAN, GARAM DI KOLAM


Seorang ustaz mendekati ,muridnya yang kelihatan murung dan suka menyendiri sejak kebelakangan ini.

“Kenapa kau selalu nampak macam tak gembira? Bukankah banyak benda yang cantik dan indah di dunia ini?” sang guru agama itu bertanya.

Si murid, Aiman yang berusia 16 tahun mengangkat kepala sambil merenung wajah ustaz.

“Ustaz, sejak akhir-akhir ini hidup saya penuh dengan masalah hingga saya sukar untuk tersenyum. Masalah yang datang tak habis-habis, seperti air mengalir dari lereng gunung” jawab Aiman.

Ustaz tersenyum saja. “Aiman, ambil secawan air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar ustaz perbaiki suasana hati Aiman yang sedang runsing dan berkecamuk.” Si murid beredar dan berjalan longlai ke rumah. Dia pergi ke dapur dan mencari barang seperti yang diminta ustaznya.

“Cuba ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam cawan yang ada air putih. Kacau dulu dan selepas itu teguk sedikit airnya.” Aiman melakukan demikian.

Wajahnya meringis kerana meminum air masin. “Bagaimana rasanya?” Tanya ustaznya.

“Cukup masin, perut Aiman jadi mual” jawab si murid dengan lidah yang terjulur.

Ustaz tersenyum melihat perlakuan gelabah muridnya yang baru saja menelan air masin.

“Sekarang Aiman ikut ustaz” kata ustaz sambil memimpin tangan Aiman yang sedang menggengam garam dan gelas menuju ke sebuah kolam yang agak besar dan jernih airnya, tidak jauh dari situ.

“Ambil garam yang segenggam lagi dan tebarkan ke dalam kolam.”

Aiman menebarkan segenggam garam ke dalam kolam tanpa banyak soal. Apa yang pasti, rasa masin dimulutnya beum hilang. Dia ingin meludahkan rasa masin dimulutnya,tetapi tidak melakukannya. Dia rasa tidak sopan untuk meludah di hadapan mursyidnya.

“Sekarang cuba kamu minum air kolam yang jernih ini” kata ustaz sambil mencari pangkin kayu di tepi kolam itu. Si murid menangkup kedua-dua tangannya dan mengambil air kolam yang jernih dan menghirupnya. Ketika air dingin segar mengalir di kerongkong, ustaz mencelah. “Bagaimana rasanya?”

“Segar, memang cukup segar. Sedikit pun tidak masin!” kata si murid sambil mencuci bibirnya.

“Tentu saja air kolam itu berasal daripada sumber mata air dan airnya mengalir dari kawasan gunung. Adakah terasa garam yang kau taburkan?” Tanya ustaz.

“Tidak, ustaz!” kata si murid sambil menghirup lagi air kolam yang dingin dan segar. Sang guru hanya tersenyum dan membiarkan muridnya mengambil dan minum air tasik sampai puas.

Tiada manusia bebas daripada masalah sambil menepuk bahu Aiman. Ustaz memberitahu, “beginilah Aiman, segala maslah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang dan tidak lebih. Banyaknya maslah dan penderitaan yang kau hadapi di dalam hidup ini sudah ditentukan Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tidak berkurang dan tidak pula bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian.”

“Tidak ada satu manusia pun, walau ia seorang nabi bebas daripada penderitaan dan maslah.”

Si murid terdiam dan khusyuk mendengarnya. “Tapi rasa masin daripada penderitaan yang dialami itu sangat bergantung daripada besarnya kalbu (hati) yang menampungnya. Jadi, supaya tidak merasa derita, berhentilah menjadi cawan dan jadikan kalbu di dalam dadamu itu sebesar kolam.”

Begitulah masalah yang kecil menjadi besar tatkala hati tidak berjiwa besar. Banyak kita saksikan dalam perjalanan hidup kita ada orang saling bertengkar malah berbunuhan hanya kerana masalah kecil. Masalah yang kecil itu menjadi besar tatkala hatinya sempit.

Besarkanlah ruang hati kita dan jadilah kita lebih bijaksana dalam menghadapi masalah. Nescaya hasilnya akan terhampar seiring dengan terdampar luas ruang hati kita. Bersemangatlah menjalani kehidupan. Berfikirlah bagaimana untuk hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Jangan jadikan masalah kecil sebagai masalah besar sehingga membebankan fikiran.

Saturday, October 16, 2010

A father and his son

A young man was favoured to win the 400m race in the Barcelona Summer Olympics. However, disappointment came about 250m from the finish. His hamstring tore; he hobbled into a halt and then fell to the ground in pain....

A stretcher bearers made their way over to him, he knew he had to decide. So, despite the pain, he stood up and began to hobble along the track.

Suddenly...

a large man pushed through the crowds, fighting back security. The man was his father.

“You don’t have to do this”, he told his weeping son.

“Yes, I do”, the son declared.

“Well, then” replied his dad.

“We are going to finish this...together!”

The father was wrapped his arms around his son and helped him hobble through the track.

Shortly, before finish line, the father let go of his son and the son completed the race...with a standing ovation from the crowd of 65,000.

Derek Redmond may not have finished first place.

But...he managed to finish his race!

Despite the pain...

despite the tears...

he determined to give his all motivated by a love so strong...of a father who picks him up when he falls.

What made the father do that?...to leave the stands and meet his son on the tracks?

It was the pain on his child’s face.

His son was hurt...but wanted to finish the race.

So the father came to help him finish.

God is like that. When we are hurting and fighting to finish, He comes and helps us.

How about you?

How about your race?

Are you in pain?

Are you on the verge of quitting?

God wants you to finish strong...because He loves you.

Will you open your heart to Him?





Saturday, October 2, 2010

tak abes2 lg...

Baru-baru ni byk berita di media mengisahkan tentang wang sumbangan hasil judi oleh kerajaan Pulau Pinang. Apakah benar ia haram??? Abes tu camne plak dgn hasil gaji mak ayah kita? nk kne pulangkan semula ke? alamatnya,mati kebuluran la satu malaysia ni. bukan ke malaysia pn ade sumber pendapatan arak?

again...and again...and again...dh xde isu lain nk dibangkitkan...media..oh media...
sebelum ni isu Teo(non-muslim) masuk ke surau kononnya utk tujuan berpolitik.
(surau je pn...bukannye masjid).
yg org islam masuk masjid x tutup aurat tu xde plak jd isu.
and now...wang sumbangan hasil judi oleh kerajaan pulau pinang.haih...
m'sia ni dh xde cite lain.msti nk kne ade kaitan dgn politik.

pernah sy berdiskusi dgn rakan tentang isu2 di m'sia ni.
kdg2 kte lihat isu di m'sia ni seolah2 bermusim dan asyik benda yg sme je dipaparkan.
kdg2 plak mcm kebudak2an...dan ade jgk yg berunsurkan seksual yg bertahun2 x settle2 lg.
pendek kata, isu di m'sia ni kurang pentarbiyahan dan didikan khususnya utk membentuk modal insan.
jgn politikkan isu agama...inilah jadinya kalau kita kurang ilmu agama.

luckily, i've read an article from ustaz zaharuddin. He has commented on this issue from islamic perspective.i got some info about dis issue.

Antara ulasan beliau adalah seperti berikut:

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

PANDANGAN ULAMA MAZHAB


Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :-


إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.


KESIMPULAN

# Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.

# Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

# Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini

# Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

# Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Thursday, September 30, 2010

Visit To Orphanage Home and Raya Gathering


Alhamdulillah...
thank to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful for giving me alive untill today without doing any transactions,payments, repay and etc.(mentang2 br stdy account..).
Sorry for non-updated entry since almost 1 month ago.
After passing through a hectic week (last week), now is time for me have a little bit rest even it doesn't mean for 'enjoy' but i've still have a time for the sake of my blog...
i thought that dis week is time to "let go" all the trouble things, but....
mmmm..."xde mknenye..."
the only one solution that can settle down all my problems:
~M-U-J-A-H-A-D-A-H~
plus, have a strong believe in Allah who is the only one can help us wherever and whenever even we are in the worse situation.

Last weekend (25th September 2010) also could be a memorable event for me as i was appointed for the first time as Programme Manager for Visit To Orphanage Home and Raya Gathering event organized by Mahallah Representative Council at Penempatan Rumah Anak-anak Yatim Permata Camar.

It such as a problematic issue in my head since this event started right after raya, all preparations must be done before holiday. But...the problem keep arising as the event approach (application in advanced calculus: limit of the sequence approach to zero and the absellon become lesser and lesser.hehe..mandai2 je tu).Plus,i have 3 papers of mid term exam to go, the world became upside down. Arghh!!

Alhamdulillah...i have an understanding assistant PM. She always guide and help me to settle down all the problems especially when dealing with such kind of sluggish committes. She supposedly to be a PM but i know,as a Head Committes of Welfare Bureau,she also has the right to assign any sub-committes to be a PM in order to learn something new. For me,i took it as challenge even almost rejected that offer from her.



i thought,initially, all residents of Permata Camar was surprised when noticed us cz all of us were ladies unlike they were all men. Contradiction happened here!haha...but...as long as it never beyond our programme's objectives,we still can go on with them.

now,let me switch into malay version...hehe
adik2 kt cni sgt2 bgus sbb dyorg dh ditarbiyah oleh mudir.so,xde la isu ssh nk handle dyorg ni seperti yg sy prnh join progrm di rumah kebajikan tengku ampuan fatimah. adik2 di permata camar mmg tertib dan bertatasusila.

Pd mulanya,kami ingin bekerjasama dgn pihak Faciteam,tp mereka pula terpaksa tarik diri pd saat akhir disebabkan hal2 yg tidak dpt dielakkan.kami diberitahu pd petang hari sebelum hari kejadian..mcm nk teriak pn ade!tp sy masih waras dan akal masih berfungsi...hehe.Akhirnya,hasil perbincangan saya dan mashitah,kami teruskan dgn plan B. Lebih2 lg malam tu dh final touch.

program bermula dgn ucapan oleh penasihat kami,dr.norlita dan mudir permata camar serta persembahan oleh adik2. Kami ada meminta adik2 membuat persembahan nasyid.Mula2 lagu nasyid yg didendangkan best dan rancak. Sebaik sahaja lagu kedua didendangkan, saya hampir menitiskan air mata kerana lagu ni sesuai dinyanyikan utk ibu dan ayah.Bayangkan mereka sume xde ibu dan ayah boleh nyanyikan lagu nasyid ni.bagaimana agaknya perasaan mereka. kami ni yg mendengar hampir menitiskan air mata.mmg sedap sungguh suara adik2 ni.





selepas persembahan,program diteruskan dengan slot motivasi.Saat yg penuh debaran sebab sy yg akan handle slot ni utk sesi ice breking.sejujurnya, mmg sy x prnh handle prgrm motivasi ni.ice breking je pn...klu setakat prgrm mentoring utk mengajar matematik ke...BM ke...pernah la sy handle.satu pengalaman baru bg sy mse ni.Byk benda yg sy belajar mse prgrm ni.







selepas ice breking,kami adakan slot menara impian.slot ni dikendalikan oleh mashitah.slot ni yg best! setiap kumpulan diminta utk membina sebuah menara. mcm2 bentuk manara kami jmpa.adik2 ni mmg sgt kreatif. Semangat dyorg ni smpi sanggup balik ke bilik dyorg utk ambil bunga hiasan. Ade pula yg mencari bunga2 dan daun2 di luar surau...







program diteruskan dgn slot "You Are Special" oleh Zakiah dan Aima. Syabas utk mereka! Cubaan yg bagus! malam sebelum program mereka berdua bertungkus lumus mencari bahan disebabkan ada masalah yg berlaku secara tiba2. Mula2 mereka rse down ckt sbb lcd dan lptp ade masalah.dh la pihak penganjur (kami) sume perempuan. adik2 pula sumenye lelaki.mereka mana la nk tau benda2 ni sume.Akhirnya,kami berjaya juga. tak sangka zakiah dan aima ade bakat jd motivator.



Majlis diteruskan oleh pengerusi majlis mse tu iaitu Ainun, dgn majlis penutup. Thanx ainun,lawak menjadi...pasni bleh msuk raja lawak deh.. Kami ade menyedikan hadiah utk adik2.Suka sy lihat mereka gembira...Dan sesi seterusnya ialah sesi jamuan raya...







Usai shj solat zohor kami adakan sesi fotografi dan sementara menuggu bas sampai,kami adakan games suka2 dgn adik2. ICE!! sume kne membekukan diri. kita tunggu spe yg kena!



yeay!
finally,on that event i able to handle all the orphanages with our committees' help. Thanx to all committees and participants who attended this event.you have done a good job!Without you all,this event never succeed!



















p/s: to all my beloved committees, mohon jutaan kemaafan atas segala kesalahan, kesilapan,kekurangan semasa dan sebelum mengendalikan program.