Monday, April 19, 2010

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Ini kisah seorang pemuda yang gemar melakukan Maksiat kepada Allah. Pada suatu hari pemuda itu didatangi rasa kerisauan di atas tabiatnya yang suka melakukan kemaksiatan, lantas pemuda itu pergi berjumpa ahli sufi iaitu Ibrahim bin Adham. Maka berkatalah pemuda itu kepada Ibrahim perihal dosanya dan kerisauannya di atas maksiat yang beliau telah lakukan.

Maka Ibrahim lantas memaklumkan kepada pemuda itu yang dia boleh melakukan maksiat sekiranya pemuda itu boleh memenuhi 5 syarat berikut, lantas pemuda itu berkata kepada Ibrahim yang hajat kedatangannya untuk mencari penyelesaian akan dosa maksiat yang dilakukannya, bukan untuk meneruskan kemaksiatannya.

Maka Ibrahim memberitahu pemuda berkenaan tentang 5 syarat berikut:-

Ibrahim : Syarat pertama jika kamu ingin berbuat maksiat, 'Jangan makan walau secubit pun rezeki yang Allah turunkan kepadamu'

Pemuda : Mana mungkin wahai Ibrahim kerana setiap makanan dan minuman yang ada di bumi ini adalah daripada Allah.

Ibrahim : Syarat kedua, jika kamu ingin berbuat maksiat, jangan kamu tinggal di bumi Allah ini

Pemuda : wahai Ibrahim, ke mana harus aku pergi sedangkan seluruh langit dan bumi adalah kepunyaanNya

Ibrahim : Syarat ketiga, carilah tempat persembunyian yang tidak dinampak oleh Allah untuk kamu melakukan maksiat.

Pemuda : wahai Ibrahim, sesungguhnya Allah itu Maha Melihat

Ibrahim : Syarat ke empat, Jika Malaikat Maut datang kepadamu untuk mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, 'Nanti dulu wahai Malaikat Maut, aku belum bertaubat kepada Allah'.

Pemuda : Adakah aku tahu dan sedar bila nyawaku akan di ambil?

Ibrahim : Syarat yang akhir sekali, jika Malaikat Zabaniah ingin menghumban kamu ke dalam Neraka, katakanlah kepadanya, 'Aku tak ingin masuk Neraka, letakkanlah aku ke dalam Syurga'.

Jika kamu dapat penuhi 5 syarat berikut, maka kamu bebas untuk melakukan maksiat kepada Allah. Justeru tu maka menangis dan meraunglah akan pemuda itu atas dosa yang telah dilakukannya, maka pemuda itu telah bertaubat kepada Allah dengan taubat Nasuha bersaksikan oleh Ibrahim bin Adham.

SIBUKKAN DIRI ANDA

Most probably, exam result will announce tomorrow.
dup...dap...dup...dap...
nothing to do.
juz tawakkal 'alallah....!
my holiday is about 1 week left.
this weekend i'll enroll at gombak campus for doing my short sem.
x sbr rsenye nk msuk short sem.
nasib baik la ade short sem.
kalau x mse saya akan terbuang dengan benda-benda langho je.

Utk cuti kali ni saya byk habiskan masa di rumah cz dpt cuti 2 mggu je.
Saya plan untuk menghabiskan baca semua buku yang tak terbaca.
Agak banyak jgk buku yang saya pinjam dari kawan-kawan.


"sibukkan diri anda dengan kesibukkan yang bersyarat"
Saya quote kata-kata ni dari blog Muni.

Tibe-tibe saya menerima msg YM dari Muni.

"penggerak dan sukarelawan AMANI diperlukan.untuk maklumat lajut sila layari http://amanpattani.blogspot.com "

Satu peluang yang bagus untuk saya sibukkan diri dalam amal islami. Betul ape yang muni cakapkan. Banyak benda yang kita perlu lakukan untuk bangunkan ummah.

Masalah couple la...ketagihan dadah la...budaya hedonisme la...
Itu baru isu yang berdekatan dengan kita.
Belum lagi isu ummah.
Isu palestin...isu selatan thai...and banyak lagi...

So, untuk mereka yang akan berhadapan dengan cuti selama 3 bulan, jgn sia-siakan cuti anda.
Hargailah masa lapang yang ada.~

Sunday, April 18, 2010

10 AMALAN YG TERBALIK


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.



5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Saturday, April 17, 2010

DI MANAKAH KITA AKAN BERAKHIR?

"Kak We, dulu Kak We belajar kat mne lps abes sekolah?"
"DQ" jwb saya pendek.

"kat mne?"
"kuala kubu bharu"

"bpe lama?"
"setahun setengah"

"lepas tu?"
"pusat asasi"

"kat mne?"
"PJ"

"PJ tu putrajaya ke?"
"bukan....petaling jaya"

"ooo..lps tu?"
"kat kuantan"

"ooo...pasni kt gombak plak?"
hurm...mengiyakan aje.

Saya memilih untuk mengambil "short sem" di UIA gombak even saya belajar di UIA kuantan disebabkan kekurangan lecturer semasa short sem dan utk mengisi masa cti yg t'lalu lama bg saya.
dalam hati saya berkata, "banyak betul soalan dia ni..."

Soalan demi soalan diajukan. Nasib baik bkn soalan exam. fuhh... jenuh nk jwb.
Dalam keadaan mengantuk, saya pun menjawab dengan acuh tak acuh je.

Saya teringat tentang kisah dalam buku tulisan Ustaz Hasrizal yang menceritakan tentang seorang ayah dan seorang anak kecil dalam perjalanan di dalam kpal terbang. Satu persatu soalan si anak ajukan kepada si ayah tetapi si ayah tanpa jemu menjawab dan menjelaskan satu persatu jawapan kepada si anak.

Tapi kebanyakan kita selalu tidak mengendahkan soalan yang diajukan oleh si kecil walaupun kebiasaannya soalan yang ditanya sgt2 simple yg boleh dijawab dalam masa satu saat.Malah akan dimarah oleh segelintir ibu bapa kepada si kecil tanpa sebab.

Kadang-kadang saya sendiri pernah dimarahi oleh nenek semasa kecil kalau banyak sangat tanya.

Kisah ini membuatkan saya untuk terus menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh adik saya.
Soalan adik saya bukan saja berhenti di situ saja malah berpanjangan.

"lepas bljr kat kuantan Kak We wt ape?"tanya adik saya lagi.
"kerja la...apa lg..."jawab saya.

"lps kerja?"
"pencen."

"lps pencen?"
"wt la ape yg ptt."

Adik saya terus tnya "....pas tu.. pas tu... and lps tu..."
Akhirnya saya surrender.

"lps tu kte akan mati la...."jwb saya.

"kak we, lps mati kte wt ape?"
"kne seksa....msuk neraka..masuk syurga....insya allah..."



Saya terkedu soalan yg menyusul dari mulut adik saya yg berumur 10 tahun.

Teringat akan amalan yang dilakukan.
Adakah diterima oleh Allah?
Cukupkah bekalan yang saya buat ni???
Kalaulah saya mati esok ke lusa ke...???
Bagaimanakah kita sebagai seorang pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi?


Ya Allah...kau ampunila dosa-dosaku ini...

Friday, April 16, 2010

MELAYU DIPERHAMBAKAN!!

Artikel ini saya ambil dari majalah Milenia Muslim keluaran April. Artikel ini menunjukkan bahawa golongan Melayu di Malaysia sudah jauh ketinggalan walaupun berada di bumi sendiri. Kita telah diperhambakan oleh golongan bukan Melayu!!!

Ini buktinya!

Secara kolektifnya, nilai kekayaan 18 individu berketurunan Cina adalah sebanyak RM108.32 bilion manakala kekayaan seorang individu kaum India adalah RM27 bilion. Nilai kolektif tiga individu Melayu pula hanya RM90935 bilion!!!



Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia(ADB) dan Pertubuhan BAngsa-bangsa Bersatu(PBB) menganggarkan bahawa lebih 900juta penduduk Asia dikategorikan sebagai miskin tegar yang berpendapatan kurang daripada AS$1.25(RM4.25) sehari, di mana penduduk India dan China adalah golongan miskin tegar paling ramai di Asia.

Namun di Malaysia berbeza apabila senarai terkini golongan terkaya negara adalah rata-ratanya daripada kalangan bukan Bumiputera negara ini, bahkan hanya terdapat  tiga usahawan Melayu dari 22 jutawan Malaysia yang memiliki nilai kekayaan melebihi RM1 bilion.

Siapakah mereka???
 1. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (RM 6 bilion)








 2. Tan Sri Azman Hashim (RM 2.86 bilion)










3. Datuk Mokhzani Mahathir (RM 1.075 bilion)










Hipotesis dapat dibuat bahwa hasil dari kemakmuran negara dipimpin dari kalangan umat Islam, penduduk bukan Melayu turut dapat diperkasakan kekayaan mereka dan menjadi "tuan" dalam segmen ekonomi negara.

Secara nisbahnya, golongan individu terkaya negara antara Bumiputera dan bukan Bumiputera ialah 9.9:135.326 atau 1:13.66.

Kekayaan Melayu terkaya ini hanyalah pada kadar 7.42 % daripada pemilik kolektif 19 individu bukan Bumiputera yang terkaya di negara ini.

Ini menunjukkan 93 % jauh mendahului kekayaan tiga umat Islam yang tersenarai daripada 22 individu terkaya Malaysia.

Tidakkah ini menunjukkan, seolah-olah "ketuanan ekonomi" lebih jelas memihak bukan bumiputera.

Di sebalik pelbagai polemik yang timbul di Malaysia seolah-olah menggambarkan betapa golongan Bumiputera mencengkam kuasa politik namun hakikat sebenar kuasa ekonomi berada di tangan bukan bumiputera.

Isu politik yang entah bila akan berakhir tetapi pemimpin kita lupa dan alpa akan hak orang Melayu Islam yang jauh ketinggalan. Di manakah "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"???. Rakyat entah ke mana, pencapian apatah lagi...???

fikir-fikirkan....

"perasmian" blog

assalamualaikum...
alhamdulillah....
setelah seminggu lebih saya berada di rumah,
dapat juga akhirnya saya buat blog yang sebelum ni tergendala.
insya allah, ini blog yang terakhir dan selama-lamanya.
mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya dalam mengupdate blog dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna dunia siber.

"STRIVE FOR MARDHOTILLAH !!!"