"Kak We, dulu Kak We belajar kat mne lps abes sekolah?"
"DQ" jwb saya pendek.
"kat mne?"
"kuala kubu bharu"
"bpe lama?"
"setahun setengah"
"lepas tu?"
"pusat asasi"
"kat mne?"
"PJ"
"PJ tu putrajaya ke?"
"bukan....petaling jaya"
"ooo..lps tu?"
"kat kuantan"
"ooo...pasni kt gombak plak?"
hurm...mengiyakan aje.
Saya memilih untuk mengambil "short sem" di UIA gombak even saya belajar di UIA kuantan disebabkan kekurangan lecturer semasa short sem dan utk mengisi masa cti yg t'lalu lama bg saya.
dalam hati saya berkata, "banyak betul soalan dia ni..."
Soalan demi soalan diajukan. Nasib baik bkn soalan exam. fuhh... jenuh nk jwb.
Dalam keadaan mengantuk, saya pun menjawab dengan acuh tak acuh je.
Saya teringat tentang kisah dalam buku tulisan Ustaz Hasrizal yang menceritakan tentang seorang ayah dan seorang anak kecil dalam perjalanan di dalam kpal terbang. Satu persatu soalan si anak ajukan kepada si ayah tetapi si ayah tanpa jemu menjawab dan menjelaskan satu persatu jawapan kepada si anak.
Tapi kebanyakan kita selalu tidak mengendahkan soalan yang diajukan oleh si kecil walaupun kebiasaannya soalan yang ditanya sgt2 simple yg boleh dijawab dalam masa satu saat.Malah akan dimarah oleh segelintir ibu bapa kepada si kecil tanpa sebab.
Kadang-kadang saya sendiri pernah dimarahi oleh nenek semasa kecil kalau banyak sangat tanya.
Kisah ini membuatkan saya untuk terus menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh adik saya.
Soalan adik saya bukan saja berhenti di situ saja malah berpanjangan.
"lepas bljr kat kuantan Kak We wt ape?"tanya adik saya lagi.
"kerja la...apa lg..."jawab saya.
"lps kerja?"
"pencen."
"lps pencen?"
"wt la ape yg ptt."
Adik saya terus tnya "....pas tu.. pas tu... and lps tu..."
Akhirnya saya surrender.
"lps tu kte akan mati la...."jwb saya.
"kak we, lps mati kte wt ape?"
"kne seksa....msuk neraka..masuk syurga....insya allah..."
Saya terkedu soalan yg menyusul dari mulut adik saya yg berumur 10 tahun.
Teringat akan amalan yang dilakukan.
Adakah diterima oleh Allah?
Cukupkah bekalan yang saya buat ni???
Kalaulah saya mati esok ke lusa ke...???
Bagaimanakah kita sebagai seorang pelajar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi?
Ya Allah...kau ampunila dosa-dosaku ini...
No comments:
Post a Comment