Ini kisah seorang pemuda yang gemar melakukan Maksiat kepada Allah. Pada suatu hari pemuda itu didatangi rasa kerisauan di atas tabiatnya yang suka melakukan kemaksiatan, lantas pemuda itu pergi berjumpa ahli sufi iaitu Ibrahim bin Adham. Maka berkatalah pemuda itu kepada Ibrahim perihal dosanya dan kerisauannya di atas maksiat yang beliau telah lakukan.
Maka Ibrahim lantas memaklumkan kepada pemuda itu yang dia boleh melakukan maksiat sekiranya pemuda itu boleh memenuhi 5 syarat berikut, lantas pemuda itu berkata kepada Ibrahim yang hajat kedatangannya untuk mencari penyelesaian akan dosa maksiat yang dilakukannya, bukan untuk meneruskan kemaksiatannya.
Maka Ibrahim memberitahu pemuda berkenaan tentang 5 syarat berikut:-
Ibrahim : Syarat pertama jika kamu ingin berbuat maksiat, 'Jangan makan walau secubit pun rezeki yang Allah turunkan kepadamu'
Pemuda : Mana mungkin wahai Ibrahim kerana setiap makanan dan minuman yang ada di bumi ini adalah daripada Allah.
Ibrahim : Syarat kedua, jika kamu ingin berbuat maksiat, jangan kamu tinggal di bumi Allah ini
Pemuda : wahai Ibrahim, ke mana harus aku pergi sedangkan seluruh langit dan bumi adalah kepunyaanNya
Ibrahim : Syarat ketiga, carilah tempat persembunyian yang tidak dinampak oleh Allah untuk kamu melakukan maksiat.
Pemuda : wahai Ibrahim, sesungguhnya Allah itu Maha Melihat
Ibrahim : Syarat ke empat, Jika Malaikat Maut datang kepadamu untuk mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, 'Nanti dulu wahai Malaikat Maut, aku belum bertaubat kepada Allah'.
Pemuda : Adakah aku tahu dan sedar bila nyawaku akan di ambil?
Ibrahim : Syarat yang akhir sekali, jika Malaikat Zabaniah ingin menghumban kamu ke dalam Neraka, katakanlah kepadanya, 'Aku tak ingin masuk Neraka, letakkanlah aku ke dalam Syurga'.
Jika kamu dapat penuhi 5 syarat berikut, maka kamu bebas untuk melakukan maksiat kepada Allah. Justeru tu maka menangis dan meraunglah akan pemuda itu atas dosa yang telah dilakukannya, maka pemuda itu telah bertaubat kepada Allah dengan taubat Nasuha bersaksikan oleh Ibrahim bin Adham.
No comments:
Post a Comment