Friday, April 16, 2010

MELAYU DIPERHAMBAKAN!!

Artikel ini saya ambil dari majalah Milenia Muslim keluaran April. Artikel ini menunjukkan bahawa golongan Melayu di Malaysia sudah jauh ketinggalan walaupun berada di bumi sendiri. Kita telah diperhambakan oleh golongan bukan Melayu!!!

Ini buktinya!

Secara kolektifnya, nilai kekayaan 18 individu berketurunan Cina adalah sebanyak RM108.32 bilion manakala kekayaan seorang individu kaum India adalah RM27 bilion. Nilai kolektif tiga individu Melayu pula hanya RM90935 bilion!!!



Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Asia(ADB) dan Pertubuhan BAngsa-bangsa Bersatu(PBB) menganggarkan bahawa lebih 900juta penduduk Asia dikategorikan sebagai miskin tegar yang berpendapatan kurang daripada AS$1.25(RM4.25) sehari, di mana penduduk India dan China adalah golongan miskin tegar paling ramai di Asia.

Namun di Malaysia berbeza apabila senarai terkini golongan terkaya negara adalah rata-ratanya daripada kalangan bukan Bumiputera negara ini, bahkan hanya terdapat  tiga usahawan Melayu dari 22 jutawan Malaysia yang memiliki nilai kekayaan melebihi RM1 bilion.

Siapakah mereka???
 1. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (RM 6 bilion)








 2. Tan Sri Azman Hashim (RM 2.86 bilion)










3. Datuk Mokhzani Mahathir (RM 1.075 bilion)










Hipotesis dapat dibuat bahwa hasil dari kemakmuran negara dipimpin dari kalangan umat Islam, penduduk bukan Melayu turut dapat diperkasakan kekayaan mereka dan menjadi "tuan" dalam segmen ekonomi negara.

Secara nisbahnya, golongan individu terkaya negara antara Bumiputera dan bukan Bumiputera ialah 9.9:135.326 atau 1:13.66.

Kekayaan Melayu terkaya ini hanyalah pada kadar 7.42 % daripada pemilik kolektif 19 individu bukan Bumiputera yang terkaya di negara ini.

Ini menunjukkan 93 % jauh mendahului kekayaan tiga umat Islam yang tersenarai daripada 22 individu terkaya Malaysia.

Tidakkah ini menunjukkan, seolah-olah "ketuanan ekonomi" lebih jelas memihak bukan bumiputera.

Di sebalik pelbagai polemik yang timbul di Malaysia seolah-olah menggambarkan betapa golongan Bumiputera mencengkam kuasa politik namun hakikat sebenar kuasa ekonomi berada di tangan bukan bumiputera.

Isu politik yang entah bila akan berakhir tetapi pemimpin kita lupa dan alpa akan hak orang Melayu Islam yang jauh ketinggalan. Di manakah "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"???. Rakyat entah ke mana, pencapian apatah lagi...???

fikir-fikirkan....

No comments:

Post a Comment