Friday, May 21, 2010

DEMONSTRASI BANTAHAN JUDI SUKAN




Hari ini insya Allah akan diadakan demonstrasi bantahan judi di seluruh negara secara besar-besaran iaitu di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Semua rakyat dijemput hadir bagi menzahirkan bantahan terhadap kerajaan yg telah meluluskan lesen judi sukan kpd Kumpulan BERJAYA bersempena dgn Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010. Demonstrasi akan diadakan secara aman di perkarangan masjid dan melibatkan semua pihak termasuk NGO dan semua badan pertubuhan Islam.




Sedikit ulasan tentang pemberian lesen judi sukan kpd Kumpulan BERJAYA.

Pada 11 Mei yg lalu kerajaan telah meluluskan pmberian lesen judi sukan kpd Kumpulan BERJAYA bersempena dgn Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 yg akan diadakan di malaysia pd 11 Jun ini. Alasan yg diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, ialah jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dpt mengawal aktiviti perjudian selain hasilnya dpt digunakan terutama utk pembangunan bidang sukan di negara ini. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

Firman Allah di dlm surah Al-Baqarah ayat 219:
"Mereka bertanya keadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "pada kedua-duanya terdapat dosa besar dan terdapat pula beberapa manfaat bg manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kpdmu apa yg mereka nafkahkan. Katakanlah: "yg lebih dr keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kpdmu spy kamu berfikir.

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan lesen judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Keburukan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Sudah terang lg bersuluh di dlm Al-Quran  bhw arak dan judi lebih byk mendtgkan keburukan dr kebaikan.

Jika alasan ini diteruskan, maka dgn itu, isu rasuah, pelacuran dan sebagainya menjadi halal. Jgn disebabkan aktiviti sukan yg bersifat semula jadi dan sihat telah dicemarkan oleh aktiviti perjudian.

Di manakah identiti kita sbg rakyat Malaysia yg berpegang teguh dgn Rukunegara yg pertama iaitu "kepercayaan kpd tuhan"?

Mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langsung telah melanggar prinsip rukunegara dan juga mengingkari perintah Allah.

Inikah "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi merosakkan masyarakat. Tidak ada mana-mana ajaran agama di Malaysia ini yg menggalakkan judi malah tidak ada mana-mana budaya yg mengatakan "judi adalah budaya kami".

Krisis ekonomi mungkin salah satu sebab kerajaan mengambil langkah sebegini sehingga membelakangkan soal agama. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Oleh itu, setiap rakyat perlulah sedar dan membuka mata serta bangkit menolak dasar-dasar perjudian yg cuba dihalalkan. Insya Allah, dgn bersumberkan pendapatan yg halal tanpa unsur-unsur perjudian akan meningkatkan ekonomi negara dan kita mampu melangkah lebih jauh.

No comments:

Post a Comment