Kali ini NGO Malaysia bekerjasama dengan pihak NGO di seluruh dunia akan menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan laut yg mana laluan begitu mencabar utk melepasi halangan. Sebagimana yg kita ketahui, utk melepasi sempadan Gaza bukanlah suatu kerja yg sgt mudah seperti memasuki sempadan Thailand yg kebanyakan rakyat Malaysia biasa lakukan.
Untuk memasuki sempadan Gaza lebih-lebih lagi melalui jalan laut memerlukan semanagat juang dan jihad yg tinggi kerana kita akan berhadapan dgn pihak Israel yg mana mereka semua tidak mempunyai hati dan perasaan seperti manusia. Misi ini memerlukan kekuatan spiritual yg tinggi utk berhadapan dgn kemungkinan yg berlaku.
Misi kali ini dinamakan Lifeline4Gaza dgn slogan "Break The Siege" (Menerobos Tembok Kematian) merupaka usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza yg diterajui oleh NGO Insan Hak ve Hurriyetleri (IHH) dr Turki yg akan disertai sukarelawan antarabangsa. Mereka akan menerobos halangan Israel dgn menaiki 20 buah kapal yg membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital, ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan dan sebagainya.
Kita mengharap dpt menghantar 2 buah kapal bg menzahirkan rakyat Malaysia terhadap mereka yg ditindas di Gaza. Proses penghantaran akan dijalankan pd hari ini 15 Mei 2010.
Insya Allah, dgn adanya hubungan politik yg dijalankan oleh negara Turki dgn pihak Israel akan memudahkan penghantaran bantuan ke Gaza bagi membantu saudara kita di Gaza.
Bersempena dgn projek besar yg dijalankan ini, pd 8 Mei yg lalu telah diadakan Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Malawati bagi mengutip sumbangan seberapa maksimum yg boleh. Kutipan ini dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara.
Pada mlm tersebut telah diadakan konsert nasyid bersama artis nasyid tanah air dan juga penampilan istimewa Shoutul Harakah yg mana nyanyian dan dendangan lagu yg disampaikan sgt membakar semangat penonton jika dihayati dgn mata hati.
Sudah menjadi lumrah rkyt Malaysia,msti ada konsert nasyid jika ingin menjayakan sesuatu projek. Jika tidak, kurang mendapat sambutan. Tidak sah jika tidak ada unsur hiburan.
Tiba-tiba hati saya berkata, saudara kita di sana sdg sengasara, berperang dgn nyawa tp kita di sini sdg bersuka ria dgn konsert. Tidak saya nafikan, mmg wujud suatu perassan dlm diri setiap penonton yg hadir utk membantu umat Islam di Gaza tp kita tidak dpt mengubah mentaliti org Malaysia bhw msti ada unsur hiburan dlm menjayakan sesuatu program walaupun berunsurkan Islam. Dan tidak dinafikan juga ada segelintir yg hadir semata-mata utk menonton konsert.
Cukupkah bantuan kita kepada saudara kita di sana dgn sekadar mengadakan konsert shj???
Walau bagaimanapun, konsert yg diadakan mstilah tidak lari dr syarak. Selain konsert nasyid, terdapat juga solat maghrib berjemaah dan solat hajat di dlm stadium tersebut. Nyanyian lagu-lagu nasyid cukup membakar semangat para penonton terutamanya anak muda yg mana berpusu-pusu utk turun dari tempat duduk mereka di bhgn ats stadium utk memenuhi ruang tgh stadium.
Kehadiran penonton pd mlm itu memberangsangkan tetapi tidaklah sehebat penonton yg hadir ke konsert AF yg pernah diadakan suatu ketika dahulu di Stadium Melawati ini. Penonton yg hadir dlm perhimpunan tersebut berpakaian menutup aurat dan sopan tidak seperti konsert AF yg mana penontonnya kurang berpakaian kerana tidak mencukupi kain sdgkan tiket utk memasuki konsert AF sanggup pula dibyr tp x sanggup membyr kain utk menutup aurat.
Bahagian tgh stadium kini dibanjiri dgn remaja yg mengibar-ngibarkan bendera Palestin tidak kira lelaki mahupun perempuan. Penuh dgn sorakan dan laungan kutukan terhadap Israel. Ada yg membawa banner sbg menunjuk perasaan bencinya terhadap Israel. Laungan takbir di dlm stadium menggegarkan lg suasana perhimpunan perdana pd mlm itu.
Mudah-mudahan dgn takbir yg dilaungkan dpt menggetarkan jiwa musuh-musuh Islam!!!
Takbir!!! Allahu Akbar!!! 3x
khaibar,khaibar,khaibar ya yahud!!!
jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!
Ayuh! Sahutlah jeritan rkyt Gaza yg sdg diganyang zionis dan sekutunya. Bantulah mereka membina semula segala yg telah dimusnahkan dan buktika kepada Zionis bhw seluruh manusia yg waras termasuk anda semua menolak dan membenci kejahatan mereka!!
Marilah sama-sama kita mendoakan misi yg akan dijalankan. Moga bantuan yg dihulurkan oleh seluruh dunia selamat sampai di tgn saudara kita di Gaza.
Marilah sama-sama kita mendoakan misi yg akan dijalankan. Moga bantuan yg dihulurkan oleh seluruh dunia selamat sampai di tgn saudara kita di Gaza.
Ya Allah... Kau bantulah kami dlm menjlnkn misi ini Ya Allah...
Kau berikanlah kekuatan kpd mereka yg akan membawa bantuan ke Gaza Ya Allah...
dan lindungilah mereka ketika di sana dari malapetaka dan bahaya yg dtg dr musuhMu Ya Allah..
Kau perkenankanlah doa kami Ya Allah...
Amin...Ya Rabbal 'Alamin..
SNAPSHOT
hawa,itu gambar ok dah.tp yg last skali tu..malu la.huhu
ReplyDelete