Setelah sekian lama tidak mengasah soft skill yang ada, tiba-tiba saya menerima jemputan daripada Kak Mas yang merupakan salah seorang exco dalam JKQ untuk menyertai program bersama pelajar sekolah rendah untuk slot JQAF pd 8 Mei lepas (senyap-senyap je Kak Mas ni, dah jadi exco JKQ rupanya).
Pada mulanya, tiada kekuatan dari dalam diri sendiri untuk mengikuti program tersebut tetapi setelah mengadakan perbincangan melalui handset bersama Hafizah, akhirnya kami berdua bersetuju untuk mengikuti program tersebut. Kami berdua bukanlah ahli dari mana-mana persatuan yang terlibat tp kami hanyalah pelajar kampus Kuantan yang menumpang kampus Gombak.
Alhamdulillah, saya berpeluang menimba pengalaman yang sudah lama saya mencari. Di Kuantan tidak banyak kelab atau persatuan yang aktif dalam mentoring. Apa yang kami tahu sepanjang hampir setahun berada di Kuantan hanyalah Facilitator Team dan Volunteer Team yang sering mengadakan program bersama masyarakat. Kebiasaannya, persatuan yang sering menjadi sebutan ramai adalah academic based society. Mungkin, pelajar di Kuantan ni terlalu sibuk dgn stdy sehingga lupa akan masyarakat yg memerlukan di luar sana yang memerlukan bantuan. stdy, stdy gak..tp kte kne igt....byk lg tggjwb kte di luar sana.
Saya hampir tidak mnyertai program tersebut kerana Hafizah secara tiba-tiba ingin menarik diri. Mana tidaknya, hanya kami berdua shj yg wjud sbg golongan minoriti (student Kuantan) ketika dipanggil untuk menghadiri meeting. Dh la bukan ahli dlm mana-mana kelab yg terlibat. Pastu tiba-tiba dipanggil dtg meeting. Saya pada mulanya berasa sgt pelik. Apa yg dibincangkan dlm meeting tersebut byk diluar ape yg kami nk tahu. Mana la tau tersalah masuk meeting ke...So, klu sorg dh nk trik diri,of course la yg sorg la (iaitu sy) nk trik diri jgk. Niat di hati sy hanya nk cari pengalaman bknnya utk menjadi ahli dlm society tersebut.
Mmg kewujudan kami (student Kuantan) di kampus Gombak menimbulkan tanda tanya kpd rakan-rakan kami yg berada di sini.
"aik? bukan kt Kuantan ke sepatutnya?" tanya kwn sy ketika kami terserempak.
"macam mana boleh ade kt cni ni? tukar course ke?"
Inilah soalan-soalan yg biasa diajukan oleh rakan-rakan kami di sini apabila kami terserempak di dlm kampus Gombak. Penat jgk nk explain kt mereka ni. once terjumpa, msti nk kena explain.
Dlm meeting tersebut saya dan Hafizah hanya senyap membatu ditakuti ditanya oleh ahli dlm meeting tersebut berkenaan kami cz ramai yg hadir ketika itu pernah mengenali saya sebelum ini semasa saya berada di CFS.
Kehadiran kami dlm meeting tersebut menjwb persoalan kami. Sebenarnya, kami diminta oleh Kelab Gemilang melalui JKQ dan QYC utk membantu mereka dlm slot JQAF. Sasarannya ialah pelajar sekolah rendah dari darjah 4 hingga darjah 6. Seperti yg diperkatakan oleh presiden kelab, mereka meupakan pelajar yg bergred merah tidak seperti kami yg bergred biru. Kecut perut saya mendengarnya. Kami diberitahu bhw Kelab Gemilang telah byk mengendalikan progarm seperti ini yg mana pelajarnya sgt "mencabar".
Kami tidak menyangka kehadiran pd mlm tersebut sgt memberangsangkan. Kebiasaannya di Kuantan hnya akan dihadiri oleh segelintir shj iaitu golongan yg komited dan diadakan di musolla CF brother dan pd masa yg sama terdapat byk meeting yg berlainan. Sebesar-besar kampus Kuantan, musolla CF brother la yg menjadi pilihan.
Society di kampus Gombak sgt berbeza dgn kampus Kuantan. Di kala segelintir student sdg mengmabil short semester, organisasi kelab dan persatuan sudah ada yg aktif dlm mempromosikan kelab dan persatuan mereka utk pengambilan ahli baru pd sem akan dtg. Timbul persoalan di benak, "sekarang ni musim Annual Grand Meeting ke?". Aktiviti persatuan bkn hnya bergantung pd SRC dan academic based society shj malah mentoring club dan bdn2 beruniform juga turut aktif di sini.
Seperti Kelab Gemilang, utk short sem ini shj mereka telah menghabiskan sponsor sebanyak RM70,000 utk prgrm ini bersama pelajar sekolah rendah yg dirancang untuk diadakn setiap minggu sebanyak 4 kali. Pendek kata, Kelab Gemlang mmg antara kelab yg aktif kerana dpt mengendalikan program sehebat ini dan mampu mendapat sponsor bkn setakat ribuan ringgit malah puluhan ribu ringgit. syabas,diucapkan!
Alhamdulillah, program tersebut berjalan dgn lancar sekali. Saya rasa sungguh puas cz bkn senang student kuantan nk dpt nikmat join aktiviti society di gombak. Apa yg sy perhatikan, adik-adik dibawah jagaan sy tidaklah seperti yg diuar-uarkan malah mereka dpt mengaji dgn lancar cuma perlu ditekankn soal tajwid yg sering berlaku di kalangan kita.
Tapi sayang seribu kali sayang, slot JQAF yg kami kendalikan hnya mengambil masa selama 1 jam 30 minit shj. Mahu shj saya mengikuti slot seterusnya sehingga petang bersama adik-adik tetapi rakan-rakan saya yg turut mengendaikan kelas JQAF ingin pulang sebaik shj kelas JQAF tamat. Insya Allah, jika ada peluang sebegini utk minggu akan datang saya ingin mengikutinya lagi utk program susulan.
Inilah permata yg dicari selama ini. Saya ingin pergunakan sepenuh masa saya utk mencari butir-butir permata yg lain dan menceduk seberapa banyak pengalaman yg ada di sini.
No comments:
Post a Comment