Kami tidak berzina!
Maaf. Saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina..
Kami hanya berbual, sms, berbincang, bertanya khabar, minum-minum... menghampiri zina juga ke?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan...
Tapi kami lain, kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu!
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus.Ia telah menipu myang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannnya banyak. Ia ada lebih 1001 cara untuk menyesatkan kita serta mengajak kita ke arah kemaksiatan. Ingat pesanan Rasulullah:
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan..” (Riwayat Tabrani)
Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadap tipu daya iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan ...Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan sms sahaja...Tak pernah bersua muka pun...
Betul! Itu adalah salah satu cara yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suat pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti begitu sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada macammacam jenis dan peringkatnya...ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi....Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).Mulut jua berzina dan zinanya adalah ciuman.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja, bukan kami saja-saja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu...Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kajayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tak bahagia, akhirat lebih lagilah. Janganlah berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja....Ni study group...
Study group..? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam berdiskusi. Takkan study group berdua saja? Ke mana-mana pun berdua je. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni....betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu....banyak masa dihabiskan dengan fantasi bercinta.
Tidaklah...sungguh memang kami bincang pelajaran je....
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua takde perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan menjadi manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki. (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segalanya akan hambar tanpa naluru atau nafsu.
Tentu ada cinta cara Islam...
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan, cinta berlaku setelah diijab qabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”
(Riwayat Ibnu Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Kalau begitu, cinta remaja semuanya menghampiri zina? Takkanlah sampai macam tu?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua, kemudian mencari tempat sunyi sikit. Kemudian berbual panjang sikit sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam penganti baru semalam......bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan? Kasihanilah ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa sebarang noda.....
Masih ramai yang bercinta tetapi tetap masih boleh mampu mengelak zina......Kami tahan diuji...
Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manisia tak tahan diuji. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Jadi manusia tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahn dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan suatu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan kepada adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman allah:
“Wahai Adam! Tingallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanan sepuas-puasnya apa saja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,(jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim” (Surah Al-a’raaf: 19)
Tegahan yang sebenar adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Jadi Allah perintahkan jangan hampiri pokok khuldi itu. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka, perkara yang menghampiri perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah...Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin...........
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta dengan lakonan yang penuh dibuat-buat dan kepura-puraan. Masin-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik, penyayang, penyabar, pemurah, dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tungu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5minit dah kena tengking. Perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepuraan atau hipokrit?
Percayalah, kami bercinta dengan merancang kebahagiaan hidup untuk masa akan datang, kan kita kahwin untuk selamanya....
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercunta begini. Allah tidak meredhai percintaan begini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas berkahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun canggung.....Bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,..........abang angkat, kakak angkat, boleh ke? Gantikan bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya Nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang erlibat dengan budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke.....motivator ke....semuanya adalah sama. Jalan akhirnyaakan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukanlah ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Ukuran bermaruah atau tidak hanya ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah bercinta tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau musyrik; dan perempuan yang berzina pula (lazimnya) tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik juga. Dan perkahwinan demikian itu terlarang kepada orang yang beriman” (Surah An-Nur: 3)
Jadi orang yang pernah bercinta tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Lelaki yang soleh adalah layak dengan perempuan yang solehah dan sebaliknya. Janji Allah itu pasti....Tidakkah itu satu penghinaan dari Allah..
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati..........
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahja. Habis madu, sepah dibuang. Perkataan itu diungkap kerana ia seing berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ni lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab....
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat manapun, seorang lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu, mana ada orang lelaki yang normalsuka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi harganya boleh test driver. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mi gorang dan segeas sirap bandung. Bawalah ke hulu ke hilir...Sedihkan.......Itulah hakikatnya.
Masih ada orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya...Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini aka nada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina).........Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)
Jahilnya kami......Bagaimana kami, kami kan pernah bercinta..........masih ada peluang untuk bertaubat ke?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuhah. Berdoalah serta memohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuhah....
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubta yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup dengan menjurus diri dalam percintaaan.
3. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul.
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak ke mana!
Ya allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintumu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka.
“Barangsiapa yang menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal jikalau orang menyangka buruk padanya” (UMAR AL-KHATTAB)
No comments:
Post a Comment