Friday, August 6, 2010

Islam dan budaya pemakanan

BUDAYA MAKAN HARI INI

Kita makan bila sampai waktu makan, bukan kerana lapar. Makan juga menjadi pesta dan acara suka –suka. Kita meraikan tetamu dengan menjamu makan. Kita mengadakan majlis kesyukuran dengan makan. Kita makan apabila meraikan sesuatu yang menggembirakan. Bahkan yang jelik sekali ialah adanya pertandingan makan! Persoalan adalah makan itu perlu, menjadi perkara kedua.

ANJURAN MAKAN DALAM ISLAM

Jika kita percaya bahawa Islam adalah agama yang sempurna, maka smestinya kita mengikut garis panduan mengenai tatacara pemakanan dalam Islam.

“ ….Dan makan serta minumlah dan janganlah kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas. (Al-A’raaf:31)

Saya teringat kisah yg disampaikan oleh Ustaz Razak ketika dalam kelas UNGS 2040K. Ayat di atas inilah telah membawa seorang doktor bukan Islam memeluk Islam. Doktor ini telah terdengar khutbah Jumaat yg disampaikan oleh khatib ketika melintasi perkarangan masjid lalu terdengar ayat al-quran iaitu ayat di atas dibaca. Sifat ingin tahu terhadap ayat tersebut dgn lebih lanjut membawanya utk mengkaji al-quran. Hal ini kerana ayat ini bertepatan dgn nasihat yg sering diberi olehnya kpd pesakitnya. Akhirnya doktor ini memeluk Islam dan telah meletakkan ayat al-quran di atas di hadapan kliniknya supaya apabila pesakitnya dtg berjumpa dgnnya, dia akan membacakan ayat al-quran di atas sbg nasihat.

Tidak ada keraguan lagi bahawa masalah kegemukan dan penyakit yang berkaitan dengannya yang sedang melanda masyarakat kita hari ini adalah kerana makan berlebihan. Kita harus memeriksa amalan makan dalam masyarakat kita hari ini dengan merujuk kepada apa yang dianjurkan oleh Islam.

Seorang raja dari Mesir bernama Muqauqis telah menghantar tabib bagi mengubati penduduk Madinah. Setelah beberapa lama di Madinah tabib ini menjadi hairan kerana sangat jarang penduduk Madinah berjumpa dengan beliau untuk mendapat rawatan. Akhirnya dia berjumpa dengan Rasulullah bertanyakan rahsia penduduk Madinah yang jarang ditimpa penyakit. Sabda Rasulullah, “Kami adalah suatu kaum tidak makan melainkan lapar dan berhenti makan sebelum kenyang”.

Renungkan budaya makan kita hari ini. Secara kasarnya setiap orang makan setiap tiga jam. Sarapan pagi, minum pagi jam 10.00, makan tengahari jam 1.00, minum petang jam 4.30, dan makan malam jam 8.00. Itu belu dikira makan ringan antara masa makan. Bahkan ada yang makan tengah malam (supper). Amalan makan ini bukan kerana lapar atau kerana perlu tetapi kerana kebiasaan. Perut hampir sentiasa penuh denagn makanan sepanjang hari. Maka jelaslah kita makan walaupun tidak lapar.

Sebenarnya Allah menjadikan dalam otak manusia suatu pusat yang memberitahu kita bila perut merasa kenyang. Pusat ini dipanggil pusat kenyang. Pusat ini hanya menerima laporan kenyang selepas 20 minit perut seseorang itu diisi. Inilah rahsinya Rasulullah menyuruh kita berhenti makn sebelum kenyang. Kita juga disuruh makan dengan perlahan untuk memberi masa mesej kenyang sampai ke pusat kenyang dalam masa yang sepatutnya.

Dari Aishah r.a “Bala pertama yang akan menimpa umat ini sesudah peninggalan nabi ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum itu apabila perut mereka kenyang, gemuklah adab mereka dan liarlah syahwat mereka.” (Riwayat Bukhari).

Isu penting dalam hadis berikut ialah kaitan antara kegemukan dengan kelemahan hati. Orang gemuk ibarat menggalas beban tambahan. Sudah tentu dengan beban tambahan ini dia menjadi mudah letih, penat, dan sakit sendi dan sukar bergerak. Dengan sendiri mereka menjalani hidup yang kurang aktif.

MAKAN DAN NAFSU SYAHWAT

Seperkara lagi yang disebut dalam hadith di atas ialah peranan makanan dalam meningkatkan nafsu syahwat.

Orang Cina mempunyai kepercayaan bahawa terdapat makanan tertentu untuk menambahkan nafsu seks. Makanan ini biasanya dari jenis haiwan yang aneh dan diharamkan dalam Islam. Kepercayaan ini ada asasnya.

Seorang Pakar Endokrinologi Islam dari Amerika Syarikat mengakui ada kaitan antara jenis makanan dengan meningkatnya kemahuan seks seseorang. Rasulullah sendiri tidak makan dhab, tetapi kita bersusah payah mencarinya sehingga sampai ke negeri Arab. Rasulullah melarang makanan yang menyukarkan kawalan nafsu syahwat, tetapi kita bersusah payah mencari makanan yang menaikkan nafsu. Inilah fenomena masyarakat kita hari ini.

No comments:

Post a Comment