Today, i want to share something regarding how to win and influence people. This book was written by Dale Carnegie and i'm currently reading this precious book. until now, i've read half of this book.
I've learned a lot of things from this favorable book. Let's check it out!
BAHAGIAN 1: Teknik-teknik Asas Menangani Manusia
di bhgn ini terdpt 3 prinsip iaitu:
1. elakkan drpd mengkritik, mencerca, dan mengeluh.
Saya tertarik dgn cerita yg dibawa oleh penulis tentang Abraham Lincoln. Abraham Lincoln semasa hidupnya bukan hanya suka mengkritik tetapi juga menulis surat dan puisi yg mempersendakan org lain dan menjatuhkan surat2 itu di jln2 di pinggir kota di mana beliau yakin org ramai akan menjumpainya dan membacanya.
Pd suatu ketika, Lincoln pernah mempersendakan ahli politik yg agresif iaitu James Shield dan mengecam Shield melalui sepucuk surat tanpa nama. Hal ini menyebabkan seluruh bandar di situ mentertawakan Shield. Shied terus mencari penulis surat tersebut dan mencabar Lincoln utk bertaruh dgnnya pada tmpt dan hari yg ditetapkan oleh Shield sehingga hujung nyawa. Tetapi pertempuran itu diselamatkan oleh penyokong mereka.
Insiden tersebut benar2 memberi pengajaran kpd Lincoln krn insiden itu merupakan insiden yg menakutkan dlm hidupnya. akhirnya beliau tidak lagi mengkritik sesiapun dlm apa jua hal sekalipun.
Sewaktu perang saudara pula, Lincoln telah melakukan kesalahan besar yg tragis dan membuatnya terjelepok di lantai dan berputus asa lebih2 lg beliau dikutuk oleh rakyatnya tetapi beliau tidak mendendami sesiapa dan dpt mengawal perasaannya dgn tenang.
Antara kata2 yg keluar dr mulutnya ialah, "jgn mengkritik mereka, mereka hanya bertindak dgn cara yg sama spt yg kita lakukan a/bila kita berada dlm situasi yg sama"
Selain itu, penulis membawakan tentang sepucuk surat yg ditulis oleh seorg ayah kpd anak lelakinya. Si ayah sering mencerca dan berkasar dgn si anak. Si ayah sering memalukan si anak di hadapan rakan2nya dan sering mencari kesalahan anaknya. Hal ini menyebabkan si anak berasa takut akan ayahnya tetapi si anak tidak berasa benci terhdp ayahnya.
Sehingga suatu ketika si ayah duduk di dlm perpustakaan membaca surat khabar. Tiba2 si anak dtg kpd si ayah dgn ketakutan. Si ayah berasa terganggu dgn kehadiran si anak kecil ini dan menjerkah kpd si anak yg tidak tahu apa2. "kamu hendak apa???"
Si anak tidak berkata apa2 melainkan berlari dan melompat ke riba si ayah. Si anak memeluk leher si ayah dan mencium ayahnya.
Selepas si anak meninggalkan si ayah di situ, surat khbr yg dibaca oleh si ayah terjatuh dr tgnnya. Ketakutan menyelubungi si ayah. Akhirnya, si ayah sedar dan insaf akn tingkah laku yg dilakukannya terhdp si anak dan menulis sepucuk surat kpd si anak.
Terharu sy membaca surat tersebut.
2. berikan penghargaan yg jujur dan tulus
Kajian menunjukkan manusia akan menjadi benar2 gila apabila tiada org menyanjunginya dan menghargainya. Mereka ini merasakan bhw diri mereka diabaikan dan hidupnya tidak penting lagi. Di Amerika lebih ramai individu yg menderita krn penyakit jiwa berbanding penyakit lain. Tetapi yg peliknya, laporan bedah siasat menunjukkan sel2 otak seseorg yg gila ternyata tiada cacat celanya dan sihat seperti manusia biasa sehinggakan doktor yg pakar dlm bidang ini di hospital sakit jiwa sendiri tidak mengetahui mengapa manusia menjadi gila.
Apabila sesetengah org yg dahagakan kasih syg, perasaan menjadi penting sehinggakan mereka benar2 menjadi gila hnya bagi mendapatkan perasaan itu. Bygkan keajaiban yg dikecapi oleh kita dgn memberikan penghargaan yg jujur kpd mereka.
Charles Schwab merupakan ahli perniagaan Amerika yg terawal yg mnerima gaji lebih drpd sejuta dolar setahun. Beliau menjelaskan sbb beliau dibyr gaji sebesar itu adalah sbhgn besarnya berpunca drpd kemampuannya berhubung dgn manusia.
"Tidak ada perkara lain yg mampu membunuh semangat org selain kritikan drpd org atasannya. Saya tidak pernah mengkritik sesiapun . Saya percaya dgn pemberianinsentif kpd pekerja. Jadi sy lbih suka memberi penghargaan drpd mencari kesalahan. Apabila saya menyukai, sy sepenuh hati menerimanya dan ikhlas memberi pujian."
3. bangkitkan minat dlm diri org lain
Antara contoh yg dibawa oleh penulis ialah kisah Ralph Waldo Emerson dan anak lelakinya yg berusaha menarik anak lembu spy masuk ke dlm kandangnya. Namun mereka membuat kesalahan yg biasa dilakukan oleh ramai org kerana hanya memikirkan mengenai apa yg mereka mahukan. Emerson memujuk dan anak lelakinya menarik anak lembu tersebut. Tetapi anak lembu tersebut tidak juga bergerak malah mengeraskan kakinya.
Peristiwa itu diperhatikan oleh pembantu bangsa Ireland. Dia tidak betah menulis esei dan buku, tetapi dlm konflik itu, dia lebih mengerti perangai kuda dan anak lembu apabila dibandingkan dgn Emerson. Dia memikirkan tentang kemahuan anak lembu tersebut lalu memasukkan jari2nya ke dlm mulut anak lembu tersebut. Anka lembu itu menghisap jarinya dan kemudian dia menarik anak lembu itu ke dlm kandang.
begitu juga dlm hal membanteras gejala rokok.
Elakkan berceramah kpd mereka yg merokok dan menekankan apa yg kita inginkan, malah memaklumkan kpd mereka yg merokok mungkin menidakkan peluang mereka disenaraikan dlm pasukan bola keranjang atau memenangi larian 100 meter.
Ini adalah sebahagian drpd bhgn 1. Utk bhgn seterusnya, insya allah sy akan update utk entry seterusnya.
No comments:
Post a Comment